Pages

Friday, March 5, 2010

:: PINATA ::

korang tau tak PINATA tu apa? hasil pembacaan dan pemerhatian aku, PINATA ni berasal dari mexico (kalau tak salah). Aku pun baru2 tau je pasal PINATA ni. aku tengok orang2 kaya klu buat beday anak, mesti ada acara PINATA ni...

PINATA ni ada mcm2 bentuk. Hari tu aku sajer la google, nak tengok ada tak orang jual online kat malaysia ni.. adalah wei... sekarang ni, apa yang tak der kan. Nak kata mahal sangat tu idak la, tp aku tak rela la nak membeli... hahahahha, klu aku banyak duit, mungkin aku beli... hahahahha.. price range around RM60-RM80 la... aku tak ingat lah website dia... tapi ada macam2 bentuk. ikan la, aiskrim la... macam2 lagi la...

dalam PINATA tu kita sumbat segala macam gula2, jajan2 ker, pensil ker, apa2 la yg korang nak letak, janji jgn besar2 sangat. Biasa diaorg letak gula2 je aku tengok. Then PINATA tu kita gantung kat atas. jangan tinggi sangat, kang budak2 tak leh pukul. Lepas tu, suruh sorang budak pukul PINATA tu. Klu dia pukul tak pecah, suruh budak lain lak pukul. Pukul sampai pecah. Ada jugak yang aku tengok, sebelum pukul tu, mata budak yang memukul tu kena tutup dengan kain ker, so nanti masa dia pukul tu, dia tak nampak la PINATA tu, sometime dia pukul angin kan. Then bila PINATA tu da pecah, maka akan berterabur la semua gula2, jajan2 dalam tu. So budak2 yg berkurumun tadi boleh la berebut2 ambik... instead of kita campak gula2 tu je kan? ha, syok tak?

aku x pernah nampak benda ni live, tapi aku plan nak buat masa kitaorg reunion nanti. Since yg datang reunion semua da beranak pinak kan, so bagi budak2 enjoy. Tp aku x nak beli, membazir, kang benda tu da pecah bukan boleh pakai lagi pun.. so aku plan nak buat sendiri. Klu korang google, ada diaorg tunjukkan macam mana nak buat PINATA ni, yg hiasan2 tu, ikut kreativiti masing2 lah..

aku ingat nak buat simple bulat ajer pinata tu. Macam ni. Cuba bayangkan aku tukar color dia warna biru dengan putih atau biru dengan silver... marvelous tak? hahahahaha.. berangan2...

nak buat nya tak susah.. (chewah, macam da buat...) melalui pembacaan aku lagi, kita boleh guna belon atau pun bola yg boleh isi angin tu, mcm bola pelampung tu. mula2 tiup belon atau bola tu, bila da dpt bulat dan besar yg kita nak, ambik potongan surat khabar dan tampal kat atas belon atau bola tu tadi. tampal mengunakan gam kanji. tampal sampai penuh, buat 2-3 lapisan. lepas tu biarkan kering. jangan lupa buat lubang untuk keluarkan belon atau bola tu nanti. bila da kering pecah kan belon tu atau kempis kan bola tu, keluar kan la bola tu td... tada! da siap!!!... bunyi mcm senang kan...

tapi aku ingat, masa dulu aku form 1, aku ada buat la benda ni. tapi masa tu utk subject geografi dan benda tu nak buat globe... saper ingat? atau saper pernah buat jugak?

so, sekali lagi, ini adalah entry berangan.... hehehehehhehe



:: WHITE & BLUE PARTY ::

aku kan akan menjadi tuan rumah untuk majlis ex-STARian gathering this coming april. Asalnya ada kawan aku sorang ni dok mintak idea kat kitaorg nak buat gathering somewhere out of KL/Klang la, nak stay 2d1n kat PD ker, kat bagan lalang ker... macam2 response budak2 ni bagi, tapi tak de kata putus.... then aku suggest kita buat majlis 1 hari ajer la, since klu nak stay2 ni mesti pakai duit banyak punya kan.. So diaorg pun, suggest la macam2 tempat, but still tak de kata putus. Last2 aku offer diri sebagai tuan rumah la senang..

so kata putus telah dicapai, we choose this coming april utk bat gathering. So nak bg mudah semua orang, aku volunteer utk sediakan semuanya, dari makanan sampai la aktiviti2. yang lain tinggal datang makan ajer. Aku dapat sokongan en suami sepenuhnya, malah dia yg terlebih xcited utk buat benda2 ni semua.

So untuk memastikan semua nya berjalan lancar dan terbaik, (insyallah), aku pun dok google2 la sana sini. aku macam teringin nak buat majlis yg de color tema ni. tp aku x ckp pun lagi kat budak2 ni. rasa mcm hover pulak. Tapi aku rasa color yg aku pilih ni x de la menyusahkan diaorg kot. i choose WHITE & BLUE theme.. konon nya nak mendapatkan aura anak lelaki... bukan, bukan aku da tau jantina anak aku, tp sajer la... mana tau aura tu dtg kan... heheheheh... buka susah pun, diaorg leh dtg pakai t-shirt putih, jeans biru da ikut tema da kan?



klu la meja aku nanti boleh buat mcm ni kan best? (berangan lebih). x de makna la nak buat gini, nyusah hidup aku ajer... hahahahahha, da tentu2 aku sediakan mangkuk, pinggan polistrine ajer senang... hahahahah..
somemore, cuaca kat negara kita x sesuai la nak buat gini. da tentu2 kipas akan terpasang, mcm mana belon ni nak stay dok diri diam2 atas meja tu, ada gak yg belon nya meletup nanti.


ni leh buh atas cupcake, saper lak nak buat cupcake ni... hahahahaha. mcm superwomen, semua benda nak buat...

tapi bila tgk theme RED, WHITE, BLACK kat bawah ni mcm cun pulak....


ini entry berangan nama nya... tgk la nanti apa hasil nya... hahahahahah


Tuesday, March 2, 2010

:: KAMBING GUNA BOTOL AVENT? ::


yessss, u read it right... gilos, last week aku g balik kampung, terkejut beruk tgk inlaws aku bg kambings2 diaorg minum susu guna botol avent... gilos apa... aku tanya la, mana dpt ni? giler apa g beli botol ni, bg susu kat kambing... hahahahah, so diaorg ckp, ada sepupu laki aku ni bagi. Kan kita digalak kan menukar botol susu anak2 kita every 3 months... uuuiiissss... bagus betul sepupu laki aku ni, aku idok la tukar botol tiap2 3 bulan, tp puting tu aku make sure aku tukar la... dasat2... rugi aku tak de camera time tu, klu tak dasyat kambing2 bapak mertua aku... hahahahaha 

so utk next baby, x mo da beli botol avent... apa kelas beli botol avent, botol ni standard kambing inlaws aku jer... hhahahahaha (giler nya statement, sorry yer, aku gurau ajer) .. x de, x de, aku tipu jer, insyallah panjang umur, next baby nak try ni lak, lagi pun alisya da pakai avent. aku kena tukar2 botol budak2 ni, klu tak bapak diaorg ni main belasah ajer botol adik bg kakak, botol kakak bg adik... so klu lain2, senang sikit nak recognise kan... mcm skrg, baik adik baik kakak, diaorg tak suka nak share2 botol. masing2 geli dgn puting botol adik bradik diaorg. mcm kakak pakai botol NUK yg kecik, adik pakai botol NUK yg besar (kat rumah babysitter, adik guna avent), puting botol lain2, so diaorg da kenal botol masing2. klu aku tukar kan pun diaorg tak nak...

newborn set
ambik aura warna biru, mana tau de rezeki anak lelaki
tp dia ada color pink jugak






Monday, March 1, 2010

:: KISAH BLEEDING ::

ok, last week aku MC 2 hari. remember tak kisah bapak aku xcident hari rabu last week? suppose aku ambik EL on that day, tapi sebelah petang nya ada berlaku bleeding quite heavy jugak la... 1 pad penuh jugak la. So ptg tu balik rumah inlaws aku kejap, then kat sana, bertambah byk pulak kuar nya, so au paksa laki aku bwk aku g hospital terus.

So mlm tu buat pertama kali nya aku pergi antenatal check-up. so berat sekrang adalah 50kg. berat semasa aku adalah 47kg, so aku da naik 3kg.. aku seronok ngadung, sebab ini la masa nya aku nak tambah berat badan... hahahahahah, dan aku x peduli klu org kata badan aku naik, WTF, i'm pregnant ok...

suppose last week, aku around 10 weeks plus la, tapi hasil scan yang dibuat, doc kata aku da 11 weeks plus.. and due insyallah on 11.09.10.. bagus, itu adalah hari raya ke-2... tapi laki aku nak date 08.09.10.. tak kisah la, ceser kan, da nak dkt2 sok aku pilih tarikh.

hasil scan, doc kata uri/plasenta aku kat bawah, so kebarangkalian utk berlaku nya bleeding tu ada.. so doc suruh aku rehat ajer... sebab tu la aku dapat mcc on rabu and khamis tu.  iyor la tu rehat, dgn budak 2 org kat rumah, boleh sgt la aku rehat. Baby dlm perut sgt2 aktif, aku da takut klu anak aku sok hyperactive, sebab aku dok menggila mkn coklat. ada org pernah ckp dgn aku, klu budak hyperaktif ni, masa ngadung mak dia suka mkn coklat... at 11 weeks, kaki tangan da ada da.. aku boleh nampak dia berenang2 dalam perut aku.

aku rasa pregnancy kali ni sgt teruk. aku rasa sebab aku da semakin tua utk mengadung... hahahahahha.. aku mengalami pening kepala yg sangat berdenyut2... klu ko baring je, bgn mesti nak pitam. dan paling best, aku boleh pening dalam tido dan early moning sickness. let say aku tido da siap2 pakai baju sejuk (badan aku x berapa sihat, so w/pun skrg musin panas, tp aku tido pakai baju sejuk), tgh2 aku tido, aku boleh pening kepala berdenyut2, siap peluh2 dahi aku. So aku bgn minum air, terus duduk kat kerusi, mengeluarkan air tu balik at 2.30 in the morning... bersendirian mengeluarkan angin2 dalam badan... pergh... sayhdu rasanya.... compare muntah ada isi, aku prefer muntah air.. mulut tak pahit... sebab tu la aku hilang selera makan, klu x mkn, angin naik atas kepala, aku muntah air... bila aku lambat bg mkn, pun aku muntah jugak...

sabo jer la....


:: IKHTIBAR KISAH SAFIYAH ::

aku antara yang terlambat mengetahui berita ini. nak kata lambat sangat pun tidak la, aku ada baca kat FB masa tu, tapi tak berapa paham jalan cerita sebenarnya, sampaila semalam aku beli paper, baru aku paham... tapi masa tu tak seronok, tak de saper aku nak bawak bahas... hahahahaha

so hari ni masuk pejabat, semua jenis paper diaorg ni beli, nak memaham kan kisah disebalik kematian nya... memang tragis, klu dipikir2 kan, tak terjangkau dek akal perbuatan ibunya... muka nerd giler, rupa orang tak bersalah, rupa org tak berdosa (tapi saper la kita nak ckp dia dosa ke tidak) tak kan la keluarga kedua2 belah pihak tak tau ko da kawin ke belum? da sah bercerai ke belum? mcm mana ko bawak perut 9 bulan? mcm mana ko beranak? mcm mana ko berpantang? mcm2 soalan yg bermain di kepala otak aku. seronok dapat berbahas dengan budak2 opis... meriah sungguh...

apa pun, ambik la ihktibar dari kisah SAFIYAH ni. Benda2 macam ni, buat aku insaf dan beristigfar banyak. Semoga aku, keluarga dan kawan2 dijauhkan daripada semua kejahilan2.