Pages

Sunday, April 29, 2012

:: CONTOH SOALAN::

Created with PhotoShake iPad



Next year Dania akan masuk primary school. Last year, aku da registered kan dia kat sekolah lama aku. Cadangnya, dia akan transit kat rumah babysitter sebelum pergi sekolah agama. Pergi mungkin aku akan hantar, balik mungkin bapak dia atau suami babysitter tu akan ambik. So babysitter tak putus rezeki, and Dania still rapat dengan mereka.

Tapi, aku macam rasa tak puas jer dengan sekolah tu. Mmmmm, aku tak nak Dania sekolah tu, banyak sebab lah, yang penting aku kalau boleh tak nak lah. It is a last resort la orang cakap. Kalau da tak ada sangat, terpaksa lah jugak.

Nak masukkan private school, duit tak berapa nak cukup. So plan macam nak masukkan Intergrasi. Lepas tu dengar pulak orang cakap, sekolah Intergrasi ni, budak tak boleh masuk asrama penuh, MRSM... So da berbelah bagi pulak. Lepas tu last-last pikir, kalau sekolah biasa pun belum tentu dapat asrama penuh pun... So Intergrasi it is.

Kat Shah Alam ni, Intergrasi ada 2, satu kat seksyen 19, satu lagi kat seksyen 7. At first, aku ingat nak kat seksyen 19 ajer, sebab dekat dengan rumah. So incase aku termengandung dalam jangka masa 6 tahun ni, boleh la aku harapkan suami babysitter tu untuk hantar dan jemput. Yang kat seksyen 7 tu pulak, aku tak tau kat mana tempatnya, sampailah, pertengahan bulan april hari tu, aku sajer jalan-jalan, terjumpa. Terus jatuh cinta pandang pertama. Terus nak sekolah tu. Tempat luas, sekolah bersih, padang besar, Jalan masuk pun besar. Dekat dengan opis aku lagi, so incase emergency atau sajer nak datang lawat tengah hari, senang. So puas hati la.

Kenapa nak sekolah Intergrasi?

Sekolah Intergrasi ni under kelolaan JAIS. So dia Islamic basis la. Negeri lain aku tak tau ada Intergrasi ke tak. Yang senangnya, sekolah ni satu sesi. So ko hantar pagi, ambik petang. Kalau sekolah biasa, pagi sekolah kebangsaan lain, lepas tu kena pikir transport balik tengahari, then kena pikir, nak transit kan kat mana. Lepas tu petang sekolah agama, kena tukar baju lain pulak. Pukul 5.30 - 6.00 baru balik. So kesian la, penat kan. Kalau sekolah Intergrasi, masuk 7.30 habis pukul 2.30 (seksyen 7), 4.30 (seksyen 19). So budak pun tak penant sangat, kalau petang nak hantar kumon ker, muzik/art class ker, boleh la kan. Baju pun tak yah tukar-tukar. No hassel kat mak bapak la... Senang.

Tapi masalahnya, sekolah tu ada exam untuk masuk!

So bulan april hari tu dia bukak untuk pendaftaran, aku daftar pertenghan bulan hari tu. As at masa aku daftar tu, da 5 bilik exam dia bukak. 1 bilik consist of 30 orang students. Bayangkan berapa ramai lagi yang akan daftar. masa pendaftaran hari tu, aku ada beli buku panduan dan koleksi soalan-soalan untuk test yang lepas. Ada BM, BI, Sains, Jawi, Math and Arab. Yang BM, BI, Math, Sains aku tak risau, kecuali ejaan/spelling. Setakat match-match atau suruh color, insyallah Dania boleh buat. Simple Jawi pun insyallah, cuma aku risau yang bahasa arab tu, sebab berapa banyak perkataan aku nak bagi kat dia. Lagi pun, macam mana dia nak ingat! So Bahasa Arab aku just let it go la. Aku concentrate kat the rest. Jawi tu aku risau kalau arahan dia tak de dalam rumi. So budak tak tau arahan dia apa. at the end dia tak jawab atau salah jawapan dia, sebab bukan dia tak tau buat, tapi sebab dia tak tau arahan nak apa. Macam Dania pun, bacaan still tergagap-gagap, so dia ambik keyword ajer bila baca soalan.

Aku tak tau berapa banyak soalan dia bagi, dan berapa lama exam tu. So aku tak boleh nak agak dan train Dania. Apa yang aku buat sekarang, setiap soalan yang ada 5 bahagian tu, aku bagi dia 5 minit. Since da kesuntukkan masa dan reading dia pun masih tergagap, aku train dia untuk menggagak soalan. Bila tengok solan, agak soalan tu nak apa, nak suruh circle ker, underline ker, warna ker. So aku suruh dia agak. So far so good, kecuali jawi la. Sebab mana dia tau nak baca jawi. Tapi aku suruh dia bedal ajer. Aku selalu cakap dengan dia, "kakak mesti jawap semua soalan, jangan tinggal 1 pun. Kalau tak tau pun, kakak buat jugak." hahahahaha... Then aku cakp dengan dia lagi, tengok markah semua 5 kan, so mesti ada 5 jawapan... Ingat tu... Hahahahah, pysco dowwww aku...

Harap-harap Dania boleh buat/jawab dengan jayanya, dan dapat sekolah tu tanpa rayuan. Kalau gagal, terpaksa buat rayuan dan mencari "kabel" kuat untuk dapat kan tempat...



Saturday, April 28, 2012

:: IDAMAN KALBU ::

Created with PhotoShake iPad



Aku punya wordpress kena bandwidth limit, so tak boleh nak update. Aku google, dia kata kalau nak bagi hilang bandwidth tu kena upgrade. Kalau tak nak upgrade, biar je, next month ok... Kata google la... So biar je la... Klau tak ok jugak, tahun ni tak renew contract da... Stay dengan blogspot jer la, free pun free...

So, this is my idaman kalbu... Tiap-tiap minggu mesti aku tengok... Da masuk dalam cart, tapi tak checkout-checkout, sebab pikir-pikir balik, aku nak pakai g mana ajer kasut vogue gini kan? So biar je la dalam cart, agak-agak tak boleh tahan, aku check-out la sambil pejam mata.

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Tuesday, April 3, 2012

Sunday, April 1, 2012