Pages

Sunday, July 31, 2011

:: SALAM RAMADHAN ::

Created with PhotoShake iPad



Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk bertemu di ramadhan kali ini. Jadi sempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali aku baik secara zahir mahipun di alam maya ini.

Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik dan dipermudahkan untuk kita menjalani ibadah puasa dan solat sunat terawih sepanjang bulan puasa ini. Ameen...

Tuesday, July 26, 2011

:: PU3 BUBBLE KURUNG ::

Created with PhotoShake iPad



Cantikkan? Aku nak boleh tak???

Monday, July 25, 2011

:: PAMPERS-LESS ::

Created with PhotoShake iPad



Alhamdulillah, khamis ni 28 hb, Alisya genap 3 tahun. So sekarang da 3 minggu dia pampers-less... Baik malam, baik siang. Malam pun alisya dan dania da tidur sendiri kat bilik sebelah.

:: ERYNA & GIGINYA ::

Created with PhotoShake iPad



Gigi dak kecik ni da ada tiga (3). 2 kat belah bawah, 1 kat belah atas... Huarggggg, sakit sekarang kalau dia menyusu, agak-agak nak tarik jer, dia gigit. Da la dia menyusu banyak style, menonggeng la, kang, kalau dia nak gerak, dia tarik sekali... Sakittt ooooo.... Esok kalau gigi da penuh, macam mana ni???

Wednesday, July 20, 2011

:: FITFLOP ::

Created with PhotoShake iPad




Ok, seyes aku tak PAHAM:-

1. kenapa selipar bodoh ni, harganya mahal sangat?

2. Orang bodoh mana yang beli selipar bodoh ni dengan harga yang membunuh ni?

3. Kenapa aku suka selipar yang aku sendiri panggil bodoh?


Mmmmm..... Ok, ok, aku sedar diri sekarang, sebab aku pun BODOH gak!!!! Hehehehehehe....

Will be My raya wishlist...

Note: aku minta maaf sebab banyak guna perkataan bodoh dalam entry ni, sebab nak mengambarkan betapa kasut ni tak patut dijual dengan harga yang sebegitu tinggi...

Tuesday, July 19, 2011

:: RESEPI JELLY KELAPA ::

Created with PhotoShake iPad



Ok, lama tak share resepi kan? Mmmm, kalau ikut pemerhatian aku bila tengok nuffnang tu, ramai yang masuk blog aku, cari resepi cheese cake. So mana la tau kalau aku share resepi jelly kelapa ni, ramai pulak yang tersesat kat sini, alhamdulillah.

So, mula-mula korang pergi beli serbuk jelly kelapa tu.biasa dia ada jual kat kedai-kedai bakery kat bahagian jual serbuk dadih tu. Aku tak pasti giant/tesco ada tak. Cuba la korang tengok. Murah ajer, 1 paket tu RM3 lebih.

Selain dari serbuk jelly tu, bahan yang penting da tentu la air kelapa, kalau tak, idok la dipanggil jelly kelapa kan. Kalau untuk sepeket serbuk tu, kita kena gunakan 3000 ml air dari campuran air kelapa dan air paip. Tapi kalau nak sedap, ko guna semua air kelapa, baru la originality tu ada. Tapi kalau payoh beno nak dapat kelapa, air dari sebiji air kelapa pun da memadai. Macam aku, aku memang guna 100% air kelapa. Kelapa pulak, jenis yang baik adalah dari kelapa pandan. Tapi kalau tak de kelapa pandan, kelapa muda biasa pun boleh. Aku pun guna kelapa muda biasa ajer.

Jangan lupa ambik isi kelapa tu. Apa korang panggil isi kelapa tu? Aku orang jawa, panggil "de'gan". Isi kelapa tu, basuh bersih dan potong kecik-kecik, nanti nak masukkan dalam bekas jelly. So bila orang makan, bolehlah gigit-gigit isi kelapa tu kan.

Kemudian, tapis air kelapa tu, dan masak hingga mendidih. Untuk mendapatkan bau kelapa pandan, boleh la masukkan sehelai dua daun pandai. So bau dia nanti akan wangi la... Bila air da mendidih, masukkan serbuk jelly tersebut dan +/- secawan gula. Kacau, dan biarkan mendidih.

Masukkan isi-isi kelapa yang telah dipotong kecil-kecil kedalam bekas, kemudian tuangkan jelly yang dimasak tadi di atasnya. Biarkan sejuk, kemudian boleh la ditutup dan disimpan didalam peti sejuk.

Da SIAP!. FYI, untuk sepeket serbuk tu, kita boleh dapat dalam 50 bekas kecil tu... Biasa aku buat 2 paket utk dapatkan 100 bekas.

Ok, itu sahaja, SELAMAT MENCUBA!

:: DANIA's SCHOOL SPORT DAY ::

Created with PhotoShake iPad



Sukan sekolah Dania ni bulan 5 kot, tapi baru sekarang aku upload... Heheheheh, masa tu aku tak beli connector camera untuk ipad lagi, so agak leceh nak transfer gambar dari camera bagak ke ipad atau pc. Sekarang tidak lagi, sebab da ada connector, laju giler ok dia transfer... Hehehehe

Ok, so sukan sekolah dia, biasalah budak-budakkan, main sukaneka la, tak kira tempat no berapa, semua pun dapat hadiah. Hadiahnya tu, towel tu la.. Tak de pingat-pingat atau piala-piala.. Ok la, aku pun tak kisah hadiah apa, janji budak tu seronok.


Sunday, July 17, 2011

Wednesday, July 6, 2011

:: BLOGSPOT VS DOMAIN ::

Aku punya domain PROUDMUMMY, will expired on next coming 15th july,rasanya macam baru semalam ajer aku subscribe domain sendiri, ikut-ikut orang. Tapi sampai da nak setahun ni, aku tak fully utilised pun kelebihan-kelebihannya. Sebab aku sendiri taktau macam mana nak setting. Contoh, aku rasa aku eligble untuk email sendiri under proudmummy.com. Tapi tak tau macam mana nak setting. Aku rasa, aku punya, lagi banyak kelebihannya, sebab aku bukan sajer beli domain, tapi hoster nya sekali. Apa itu hoster? Ntah, aku pun tak tau.

Bila da nak dekat-dekat expired ni, aku mula berkira-kira samaada untuk menyambung subscription atau tidak, sebabbbbbb kalau tak sambung, automatik korang tak boleh nak baca blog ni lagi da. Kalau sambung, tak de masalah. Tujuan awal aku tulis blog, adalah sebab nak cerita all the moment pembesaran anak-anak aku, dan jugak perjalanan hidup kami sekeluarga la, untuk bacaan anak-anak aku bila besar nanti. Tapi pernah tak korang terpikir, kalau korang mati secara tiba-tiba? Xcident ker? Serangan jantung ker? Pernah tak terpikir? So, saper akan maintain blog ni, kalau aku tetiba mati? So, atleast, kalau under blogspot, free, blog akan wujud la sampai bila-bila. So mana tau esok besar, anak aku google, jumpa blog mak dia, so dapat la baca blog mak dia kan? Tapi kalau aku tak sempat tinggalkan wasiat, macam mana?

So, what say u? Aku nak dengar pendapat korang lak. In the mean time, aku da tukar url blogspot lama aku dari daniamummy.blogspot kepada p-r-o-u-d-m-u-m-m-y.blogspt.com . Aku nal proudmummy, da tak available, proud-mummy pun tak available, p.r.o.u.d.m.u.m.m.y, tak boleh guna karakter fulstop (titik) as url. Su aku guna la yang dash-dash tu... Kawan-kawan yang ada domain sendiri, what say u!

Thanks in advance!



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, July 5, 2011

Monday, July 4, 2011

Sunday, July 3, 2011