Pages

Thursday, March 19, 2009

:: SUDAH KEMBALI ::

kegilaan ber scrapblog sudah kembali
ater
boss aku x de ajer
so aku boring
berscrapblog la aku

:: AUSSINO WAREHOUSE SALE ::

Butik buat sale, warehouse pun buat sale
bengong betul
benci2...
x suka, x suka...
.
.
.
poster kat bawah ni
sale kat butik
plan nak dapatkan
3pcs embroidery towel tu
murah la... biasa RM49.90
dgn nak beli bakul pink tu...
cantik kan?
tp perlu ker??
heheheheheheeheh
tp towel tu aku rasa memang sgt berbaloi
.
.
.
lps tu de sale kat
warehouse pulak..
lagi la bonggok...
benggang aku...
detail as below
.
.
.
20 to 22 & 27 to 29 March 2009
Aussino Warehouse Sale Clearance
Up to 70% Off

Products Offered
Bedsheets
Quilts
Pillows
Bolsters
Mattress
and more

Brands Offered
Aussino
Aussino Kids
Sino
Royal Symphony
Inspire
Aussino Whites
Now
Dreamland

Time : 930am to 630pm


Location
Aussino Factory Outlet
No 2 Jalan Sejahtera 25/124
Section 25
Axis Premier Industrial Park
Shah Alam
.
.
.
klu kat kilang
aku nak beli quilt utk dania la
dan more2 quilt cover utk kami
hahahahahahahah
giler tamak
dan juga plain bedsheet
sbb klu kat butik, x dpt 50% plain bedsheet tu
plain bedsheet tu, lg mahal daripada bedsheet biasa
knp yek????

Wednesday, March 18, 2009

Tuesday, March 17, 2009

:: SIGNATURE TUTORIAL ::

hari ni aku nak ajar
mcm mana nak buat signature tutorial
mcm aku nya kat bawah ni
.
.
.
smlm klu de yg perasan
byk giler entry
:: TESTING ::
ye la masa tu aku tgh testing2 signature tu..
.
.
.
masih lagi x berpuas hati dgn signature tu
tp tgk la, de time nanti aku adjust2
.
.
.
OK
mula2 korang g cari icon yg korang nak
nak letak gambar korang pun boleh
klu nak dapatkan icon yg cute mute
cuba try cari kat SINI
korang save/download icon tu
.
.
.
then korang bukak
:: PAINT ::
kat menu edit tu
korang pilih "paste from"
so pilih la icon yg korang da save/download td
lps tu korang letak la signature korang
untuk signature tu
korang boleh pilih text utk type nama korang
then pilih font yg korang suka
klu x de font yg korang suka kat pc korang
korang leh download dari SINI
free ajer
lps tu resize dan save
.
.
.
then korang g kat posting
create new entry
download apa yg korang save td
then pilih HTML
copy semua "huruf2 pelik" kat situ
then g kat setting
bawah formatting
ada post template
korang paste semua "huruf2 pelik" tadi kat situ
dan save
.
.
.
.
tadaaaaaaa
skrg semua entry korang
akan auto de signature ni
.
.
.
note: masalah yg belum dpt diselesaikan
klu blog korang background template color putih
cun sgt la tu, sbb background putih dia x nampak
tp klu backgroud hitam mcm aku, susah
sebab petak 4 segi tu nampak color putih dia
(akunya kat bawah ni aku edit pakat PS, letak background color hitam)
then, mcm mana nak hilang kan border dia?
programmer2 yg bertauliah di U*T*
(ehem.. ehem, u know who u r),
sila bagi cadangan yer

:: CUBA NASIB ::

hari ni
aku ingin mencuba nasib
jarang2 sekali aku berbuat begini
tp ntah kenapa
kali ni
aku teringin
mencuba nasib
.
.
.
peraturannya senang sahaja
hanya meninggalkan komen di blog beliau
dan menulis mengenai blog beliau di blog peserta
.
.
.
aku belum lagi meninggalkan komen di blog beliau
tp aku sedang cuba "mengoreng" beliau dgn entry ini.
usai "menggoreng" akan ku maklum kan kepada beliau
heheheheheeh
.
.
.
aku menemui blog beliau
lebih kurang 2 tahun yang lepas
masa tu aku masih bekerja di syarikat lama
seperti biasa, cara penemuaan adalah dgn
clik sana clik sini
.
.
.
aku de 1 cerita menarik
semasa mula2 menemui blog beliau
seperti biasa, klu aku berminat dgn blog itu
akan cuba ku khatamkan blog itu dr mula2 penubuhan nya
sedang aku "giler" membaca archive2 entry beliau
tiba2 satu hari, bukak2 blog beliau
nothing appear
aiseimen....
"mana g blog minah ni"
esok nya aku try lagi
nasib baik
kehilangan blog beliau hanya sehari ajer
kata beliau waktu tu
beliau terlambat membayar....
mmmmm....
bayar apa ntah..
lupa lak aku
then itu la kali pertama aku meninggalkan jejak di blog nya
selepas tu aku nya menjadi
royal silent reader nya sahaja
.
.
.
aku sgt berminat dgn hasil kraft tgn beliau
really admire
tp aku x serajin beliau
semua hasil kraft tgn beliau
dilabel dgn label sendiri
menjadikan ia kelihatan begitu
EKSKLUSIF
.
.
.
.
walaubagaimanapun
aku telah mencuba beberapa tutorial
yang diberikan secara percuma oleh beliau
yer
PERCUMA
bukan senang mencari blogger yang ingin memberikan
tutorial secara percuma
kerana mungkin org yg melawati blog beliau
akan mengambil kesempatan utk mendapatkan
keuntungan daripada tutorial yang diberikan secara percuma itu
.
.
.
.
antara tutorial yang pernah aku cuba adalah
dengan sedikit adjustment yang aku buat
ini la antara hasil nya
.
.
.
DRESS DANIA
DRESS DANIA
DRESS ALISYA (3 mths)
mcm dress anak patung
.
.
.
klu ikut tutorial asal
baju tu berbutang
tp since aku malas nak bukak mesin jahit lubang butang mak aku
jadi aku tukarkan dgn zip
then tutorial asal
x kembang sgt
tp aku buat kembang dan siap bertali utk ikat di pinggang
.
.
.
note: aku tgh buat dress mcm ni lg utk DANIA
.
.
.
.
.
satu lagi tutorial yang telah aku cuba
:: PEASANT BLOUSE ::
ni versi aku la
.
.
.
disini aku ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada beliau
kerana sudi berkongsi kepandaian dgn kita semua
aku juga ingin memohon maaf
kerana telah mencuba tutorial2 yg diberikan secara percuma ini
tanpa pengetahuan beliau
sungguh kejam kan aku?????
note: tp aku x buat biz yer!!!
aku hanya menjahit utk anak aku sahaja
.
.
.
.
.
aku juga berminat untuk mencuba
:: TOTE BAG TUTORIAL ::
yang telah susah payah diberikan
tp aku masih belum mempunyai kain yang bersesuai
oleh kerana itu la
aku sangat2 berharap
agar aku berpeluang
untuk memenangi hadiah yang ditawarkan secara percuma itu
agar aku boleh membelek, menelek bag tote tu
untuk dijadikan contoh kelak
.
.
.
dan "beliau" didalam entry ini ialah
MAYA
dari
:: MY CRAZY ART ZONE ::
.
.
.
.
cukup la ye "gorengan" aku... jam telah menunjukkan 11.50 malam, sian anak2 aku tido sendiri
selalu aku tido pkl 9.00 malam, tp tote bag punya pasal, sanggup tido lambat
.
.
.
note for elman: "elman, auntie ada 2 org anak dara tau... elman pilih je yg mana satu..."