Pages

Tuesday, November 3, 2009

:: HEADWIND ::

Aku bukan la jenis yang headwind2 ni, dan aku bukan nak citer pasal headwind apa pun. Aku nak citer pasal mood yang selalu bertukar2. Kenapa la aku jenis bukan yang suka pada 1 benda ajer? Hish... Apa pun pagi tadi kitaorg (kawan2 seopis, headwind kejap. Enough with that.

Ok, ni nak citer pasal mood yang berubah2. Saper yang selalu follow blog aku ni, mungkin da paham sangat la pasal angan2 tah* ayam aku ni. Bila time mood jahit datang, ha sibuk mengoogle pasal tutorial2 menjahit. Nak buat skirt la, blouse la, gaun budak2 la. Kang bila mood nak buat sepit datang, ha, sibuk dengan kain felt dia lak. Lepas tu bila mood masak datang, segala mcm kek, roti nak try di buat nya. Menyalin resepi beriyer, tapi test buat nya kadang2 ajer. Tu belum konon2 nak buat home shooling nya lagi... hehehehehe



pict form mr google image

Citer pasal home schooling ni, ha, my current mood is about that. Tapi aku bukan la nak buat home schooling sepenuh masa pun. Just nak buat utk isi masa terluang hujung minggu ajer. Dan aku more interested on crafty2 part ni la. Contoh nya bg chance diaorg explore water color ker, konon2 la (angan2 ni) dok kat laman luar waktu pagi tu, sambil budak2 g cari kayu ke, daun ker, then celup2 kat water color, tempek kat kertas lukisan (again, its my angan2, belum buat lagi). Atau pun buat kereta dari kotak, buat sama2 dengan the kids ker. Atau buat kitchen dari kotak. Angan2 ni (stress kan sikit word angan2 tu). So, since i am currently in the mood of googeling all about home schooling, ai add up  a few blog list about home schooling (check it out at the left side bar). So those yang interested to try out some of the activities or just to get some idea of what to do in the weekend, boleh la have a try. Wish me luck! (ter speaking typing  "london", since asyik baca blog org putih ajer. hehehehehe)

Opps... nak sambung lagi. Boleh lak, da publish, nak sambung citer balik. Well, just nak bg tau jer, yang aku salute habis la mak2 yang boleh buat home schooling ni. Aku rasa nak ajar anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku tak punya itu kesabaran. Macam mana yek? Baru ajar anak sikit, da melenting2. Tu belum budak tu hilang fokus lagi. Aduhai... sabar.. sabar...







:: TAUCHU ::

Korang suka makan tauchu tak? Dulu aku tak suka makan sayur tauchu, sebab tauchu yang selalu kita beli kat kedai tu, aku rasa terover masin, then kacang dia tu lebik sangat. So bila kita masak dia hancur.

Then masa majlis aqiqah DANIA, mak mertua aku masak sayur TAUCHU IKAN MASIN as one of the menu. Masa tu aku tak sempat makan, sebab aku host kan. Tapi bila orang nak balik, salam2, diaorg cakap sayur tauchu tu sedap. So bila ramai yang cakap, aku pun try la makan. Ooooo... memang sedap sangat ok. Tauchu tu mak mertua aku buat sendiri. Sedap sangat. Sejak tu aku jadi addicted to sayur tauchu. Then jadi menu wajib bila buat majlis aqiqah. Like untuk majlis aqiqah ALISYA last year pun, aku adakan gak menu tauchu tu.

Nak masak tauchu tu makan berhari2. Actulally boleh gak buat 1 hari, tapi habis tong gas ko sehari tu. Kalau mak mertua aku buat, dia masak berhari2. Masak sekejap2, like 1-2 jam. Then besok tu masak lagi, sampai kacang tu betul2 lembut. Then bila buat sendiri tauchu tu tak masin, tapi manis.

Baru2 ni mak mertua aku buat lagi. So dapat la 2 mangkuk plastik dia bagi aku. Ni la rupa nya tauchu tu




ini selepas di masak


BAHAN-BAHAN
tauchu semahu nya
bawang besar potong kasar2 (lagi banyak, lagi sedap)
bawang putih
halia
ikan masin kurau
cili besar hijau

CARA2
tumis bawang merah, putih, halia, cili hijau sampai naik bau
masuk kan tauchu dan ikan masin.
kacau sebati
tak payah tambah gula garam, sebab rasa nya da complete da tu
hidang dengan nasi panas
mantopppppp!








Posted by Picasa

Monday, November 2, 2009

:: BLOG TEMPLATE ::

Eh, aku nak tanya korang la, korang ada masalah tak nak view blog  aku? Aku ada masalah la dengan blog template aku ni. Tak rau apa masalahnya, sama ada blog template ni atau pc aku ke yang berat. Asal aku bukak, background blog tu putih ajer. Korang pun sama ker? Macam mana nak betul kan yer?

Aku ada banyak gambar yang boleh dibuat story, but not in mood to type la, masih susah hati lagi. Korang rajin2 la update blog, aku nak baca je korang nya blog ajer.







:: SAYA SUSAH HATI ::

  1. Sebab saya ada masalah keluarga, tetapi bukan dengan suami saya yer.
  2. Sebab duit saya da habis, dan gaji lambat lagi, tapi banyak keperluan da habis. Macam mana ni?
  3. Sebab saya masih belum lagi da[at nak cash kan duit nuffnang saya.
huahuahaha.... sob* sob*







Sunday, November 1, 2009

:: KEPUTUSAN BAJET 2010 ::

:: STICKY MODE UNTIL 1ST NOV 2009. NEW ENTRY, PLEASE SCROLL DOWN ::

Ini adalah keputusan poll/undian yang aku buat hari tu. Cuma 10 orang je yang bagi respon. Apa pun terima kasih banyak-banyak sebab sudi main teka teki, teka tekuk dengan aku.


Dari 10 orang yang bagi respon, cuma seorang yang "berangan" dapat 2 bulan bonus tu (hehehehe, sorry guna perkataan berangan), dan 9 orang lagi memang sedar diri yang kerajaan tak mungkin bagi kita bonus sebanyak tu. heheheheehhe. Apapun, jawapan telah diketahui. Sebulan bonus pun tak dapat, dua bulan bonus lagi jauh nak digapai.

Petikan text ucapan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam bajet 2010.
Sememangnya kegigihan penjawat awam dalam memastikan pembangunan negara tercapai demi kesejahteraan rakyat adalah dihargai. Lalu, baru-baru ini, saya telah mengumumkan bayaran khas kewangan sebanyak 500 ringgit kepada penjawat awam kumpulan sokongan. Sukacita saya ingin mengumumkan bayaran khas ini dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingga gred 54 dan setaraf dengan nya serta pesara wajib kerajaan. Bayaran khas ini akan dibuat pada bulan Disember tahun ini. Langkah ini memerlukan peruntukan tambahan sebayank 400 juta ringgit. Ini menunjukkan Kerajaan sangat perihatin dengan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh penjawat awam dan pesara. Oleh itu, Kerajaan berharap supaya penjawat awam dan pesara menggunakan pemberian ini dengan sebaik-baiknya.


Walaupun kecewa, tapi sekurang-kurangnya aku tetap bersyukur kerana rumors yang digembar-gemburkan tidak menjadi kenyataan. Gila ko abolish COLA! boleh bayar babysitter aku tu!

Aku nak tau feed back korang dari keputusan tersebut, dan aku da senangkan keje korang dengan create satu lagi poll. So sudi2 la korang luangkan masa menjawap poll aku tu. Ni poll sajer suka suki ajer. Keputusan da pun dibuat, bukan boleh buat apa pun. Harap2 kali ni ramai la yang bagi feed back.

Thanks kawan2! jangan frust2