Pages

Tuesday, November 3, 2009

:: TAUCHU ::

Korang suka makan tauchu tak? Dulu aku tak suka makan sayur tauchu, sebab tauchu yang selalu kita beli kat kedai tu, aku rasa terover masin, then kacang dia tu lebik sangat. So bila kita masak dia hancur.

Then masa majlis aqiqah DANIA, mak mertua aku masak sayur TAUCHU IKAN MASIN as one of the menu. Masa tu aku tak sempat makan, sebab aku host kan. Tapi bila orang nak balik, salam2, diaorg cakap sayur tauchu tu sedap. So bila ramai yang cakap, aku pun try la makan. Ooooo... memang sedap sangat ok. Tauchu tu mak mertua aku buat sendiri. Sedap sangat. Sejak tu aku jadi addicted to sayur tauchu. Then jadi menu wajib bila buat majlis aqiqah. Like untuk majlis aqiqah ALISYA last year pun, aku adakan gak menu tauchu tu.

Nak masak tauchu tu makan berhari2. Actulally boleh gak buat 1 hari, tapi habis tong gas ko sehari tu. Kalau mak mertua aku buat, dia masak berhari2. Masak sekejap2, like 1-2 jam. Then besok tu masak lagi, sampai kacang tu betul2 lembut. Then bila buat sendiri tauchu tu tak masin, tapi manis.

Baru2 ni mak mertua aku buat lagi. So dapat la 2 mangkuk plastik dia bagi aku. Ni la rupa nya tauchu tu




ini selepas di masak


BAHAN-BAHAN
tauchu semahu nya
bawang besar potong kasar2 (lagi banyak, lagi sedap)
bawang putih
halia
ikan masin kurau
cili besar hijau

CARA2
tumis bawang merah, putih, halia, cili hijau sampai naik bau
masuk kan tauchu dan ikan masin.
kacau sebati
tak payah tambah gula garam, sebab rasa nya da complete da tu
hidang dengan nasi panas
mantopppppp!








Posted by Picasa

1 comment:

Luvvvvv said...

terliur!! nasib tak mengandung!!