Pages

Tuesday, November 24, 2009

:: TO THOSE WHO CONCERN ::

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Last few week, sedang enak kami menjamu selera di rumah, tetiba laki aku dapat call. Tetiba aku dgr laki aku cakap "ha'ah, kat rumah. Nanti saya call balik". Ewah! sejak bila laki aku bersaya2 ni. Laki aku bersaya2 dgn aku ajer, apa ke jadah bersaya2 dengan kawan ni. Ni yang buat aku mushkil ni. Tak per, jangan serang melulu. Relax... So bila dia sambung makan, dia cakap dengan aku:-

eceh... entah apa2 kata nya...  Aku confirm sipolan tu mesti perempuan. Tak de makna nya kawan lelaki nak tgk gambar kawin kawan lelaki nya. Pelik je bunyinya kan?.
Suami: mummy de masuk kan gambar kawin kat blog tak?
Isteri: tak de, knp?
Suami: kawan daddy nak tengok
Isteri: apa ke jadah kawan awak nak tengok gambar kawin kita ni daddy? mushkil mummy
Suami: ntah la, ntah apa2 kan?


So, to those who concern tu, aku da add gambar kawin aku kat sini. Buat slide show ajer. I know u read my blog. Laki aku gak yg bg blog URL nya ni. Walau saper pun awak, selamat berkenalan. Kalau takat nak tengok2 gambar, apa salah nya, saya tak kisah. Jangan pulak awak hantar yang bukan2 atau gunakan gambar kami utk tujuan yang tak baik. Zaman sekarang ni, macam2 orang sanggup buat kan. Tak pe la, kita bersangka baik je la. Insyallah.

Kalau awak belum berkawin, kami doakan agar awak mendapat pasangan yang baik. Kalau awak sudah berkawin, peliharala hubungan suami isteri itu. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kalau awak ada niat utk menganggu gugat (KALAU yer, kalau tak ada, saya minta maaf) hubungan kami suami isteri, harap dihentikan la. Biarkan la kami hidup aman bahagia. Kalau setakat nak call2 ajer, boleh apa salahnya. Asalkan tahu batas2nya, dia tu laki orang. heheheheheheh. So far aku memang tak pernah check hp dia, saper dia call, saper dia sms, sebab dia pun tak pernah usik hp aku kan. Tapi kalau aku tgk2 gaya lain mcm ajer, memang aku sport check habis2an la.

Apa pun, sebelum kita membuat apa2 tindakan/hubungan, pikir baik buruk dan kesan nya. Put ur self in her shoes. Kalau kita kat tmpt dia, apa perasaan kita kan.

Laki korang tak de kena kacau ker? ke laki aku comel sngat? hahahahahahah (perasan!)






11 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

hurm...hrp2 laki aku tak kena kacau dah...laki aku pun hensem gak tapi kat mata aku sudahlaah..jgn orang lain tgk hensem plak kan..hikss

Dania's mummy said...

aku rasa laki aku pun x de la hensem sgt pun, boleh la, sedap mata aku memandang la... laki aku pandani meng ayat kot.

ibu_uwais_ameenah said...

hurmmm... tapikan dayah, sedikit sebanyak kena ada rasa curiga skit kat laki kita nih... aku ni lagi la, laki jauh dari mata, berdepan dgn student plak tu... (sib baik la student ala-ala budak2 lagi... lebih2... siap dia!!)

Dania's mummy said...

mala: as long as dia tak pelik2, i'll be fine kot. klu da start tunjuk pelik2, memang aku cari sampai lubang cacing

as a.k.a axa87 said...

sometimes lelaki ni diaorg boleh simpan mcm tak ada apa2 yang berlaku je. Nanti dah terkantoi baru lah nak menyesal.

Prinsip saya.. selagi kita ikhlas dengan suami kite.. InsyaAllah.. Allah akan tunjukkan segala2nya. Selalunya gerak hati seorang isteri ni..betul..

Sarah Syazwani said...

hmm...laki aku penah kene kacau ng student..siap ajk kuar..sungguh berani itu budak..so..be careful kalau laki kita x kacau org..maybe orglak kacau laki kita walaupun laki kita x ensem ke...x comel ke...ppuan zaman skrg bukan cam dulu..

Dania's mummy said...

SARAH: dasat laki ko sarah

as: saya setuju 500% dgn prinsip as! selagi kita ihklas, insyallah. dan gerak hati!

mamazana said...

dayah, laki akak ada citer kat akak pasal sorang kwn pompuan die x kawin2 lg. husband akak ni g gatal tanya naper ko x kawin2 lg? pompuan tu kata apa tau "all good man have been taken..." Jgn dia kacau laki aku sudah!!!

dah jauh2 ni, akak kena pikir yg baik2 je ler...

Dania's mummy said...

kak zana: mcm as ckp td, insyallah, kalau suami isteri ikhlas antara satu sama lain, Allah akan tunjuk kalau ada perkara2 tak baik. Lagi satu, gerak hati la kan. Yang penting, jgn berprasangka buruk, dan cemburu melulu.

juNe@juaNita said...

betul gak kan.. apa kejadah nye kawan lelaki nak tgk gambo kawin kawan lelakinya.. hihihii.. takutnya haku.. jgn la ada member2 pompuan yg cuba2 berhubungan mesra dgn laki aku, agak2 nak kena fire' try la..muahahhaha..

Dania's mummy said...

Sian "to those who may concern" tu. Awak, kami tak blame awak tau,saya pun tak tuduh awak apa2. Ini KALAU ajer. Sorry yer... Mungkin juga suami saya yg menggatal dulu. Tapi nasib baik gak laki saya bg tau dia da kawin kan?