Pages

Thursday, November 26, 2009

:: SCHOOL ::


Member aku mazrina, tinggal komen kat entry sebelum ni. Soal nya, DANIA sekolah kat mana tahun depan? Since aku nak menjawap panjang lebar, aku buat entry ni. Thanks to her, sebab bagi idea nak buat entry apa hari ni. Kalau tak, mesti tak de entry.

Well, sejujurnya, aku berniat nak sekolah kan DANIA tahun depan. Since aku ni berangan mcm org kaya, nak sekolah kan anak kat sekolah yang best2 ajer. Malang nya, servey punya servey, yuran kemasukkan sekolah yang best2 tu ajer dan mencecah beratus2 ringgit and even beribu pun ada. Ater nya, sekolah mahal2 je pun yang terima budak 4 tahun ni. Sekolah2 subsidi kerajaan mana nak terima budak 4 tahun ni. Terima budak 5 tahun pun da cukup baik da.

Simple calculation, registration around ratus2, tak tau berapa ratus, letak la dalam RM500-800. Monthly fee dalam RM80-100. Then transportation balik rumah babysitter another RM50-RM80. Then bayar babysitter lagi. Tak bengkong aku laki bini? Da la aku nya status tak confirm2 lagi. Kalau da confirm, boleh aku lenjan duit KWSP. well, tak per, biar dia beranak pinak dulu. Harap2 nya tahun depan boleh kuar, so boleh beranak lagi. Tak sabo nak ngadung balik ni... (apa kaitan ntah)

Sebab tu la korang tengok aku rajin semacam ajer ajar DANIA kan? well, aku kena kerja lebih sikit la, sebab kena ajar dia kan. Tak kan aku nak biar dia tak sekolah, lepas tu tak ajar dia lansung. Nanti dia ketinggalan dari anak2 korang yang da sekolah sejak 3-4 tahun lagi.

Satu lagi sebab aku tak hantar DANIA g sekolah, sebab aku tak sampai hati kat babysitter. Sebab aku ingat bila aku hantar DANIA sekolah, aku akan pilih sekolah yang siap ada day care sekali. So tak payah aku nak bayar byk benda. Bayar day care sekali ajer, let say RM500 kan. Kalau tak, aku kena bayar transportation, kena bayar babysitter sebab DANIA will transit kat rumah dia kan. So perbelanjaan tu double la. Kata la aku hantar DANIA sekolah yang sesiap ada day care, so income untuk babysitter aku akan berkurangan, sebab DANIA da tak dok dengan dia kan? so, aku tak sampai hati la.

So aku pikir, kalau dapat anak lagi sorang, tinggal kan kat rumah babysitter dgn ALISYA, DANIA boleh la sekolah. kalau dia tak duduk kat day care tu pun, dia boleh balik rumah. Da besar kan, boleh jaga diri sendiri. Mak bapak aku pun ada kat rumah tgk2 kan. So tak de la income babysitter aku berkurangan, sebab aku da tambah anak kat dia.

itu la antara sebab kenapa aku tak sekolah kan DANIA tahun depan. Tahun depan DANIA baru 4 tahun pun. Insyallah 5 tahun nanti aku sekolah kan dia. Dan sebab tu jugak la, aku kena rajin ajar dia...









5 comments:

Mazrina said...

oooo... baru aku tau... takper Dayah, at least usaha ko ajar anak2 ko tu sebenarnya merapatkan lagi bonding ko ngan anak2...x mcm aku ni ha.. bkn kesah nak ngajar anak2 aku, sumernyer cikgu sekolah yg ajar... end up, apa cikgu diorg ckp, lagi di terima pakai dari aku yg ckp,... abis tu, diorg nye cikgu kat sekolah jer yg byk diorg belajar kan... keep it up ur effort tu ... bagi aku, ko mmg sgt role model mummy..

Dania's mummy said...

thanks dear, tapi aku bukan nak jadi role model saper2 pun.. sajer suka2. Aku lebih nak memupuk minat anak aku belajar la...

Dania's mummy said...

tambah lagi, ada hikmahnya jugak tak de duit. Kalau aku berduit gak, da tentu2 aku pun akan lepas kan tanggung jawap tu kat cikgu sekolah.... buat apa nak susah2 kan?

Unknown said...

saya setuju dengan awak la.. Lagi pun umur 4 tahun mcm awal sangat. My Aszra pun 2011 masa dah masuk 5 tahun baru nak hantar masuk mana2 center. For now, dia hanya gi weekend class.. saja bagi dia aktiviti sosial sikit..hehehe

Dania's mummy said...

as: saya ada hati gak nak hantar anak g weekend kelas, tapi kan tau je la, dok kampung. weekend class semua buat kat bandar. Nak kata jauh sgt tu idak la, tapi... mmmm... alasan org malas... hahahahahah