Pages

Tuesday, August 16, 2011

:: MENU IFTAR ::

Created with PhotoShake iPad




Last week.

Aku da mati akal nak masak apa, so masaklah lauk biasa-biasa ajer. Tapi tu la, kalau masak lauk biasa-biasa, kurang la sikit selera nya... Mesti ada balance untuk sahur esoknya. Hari ni puasa ke-16, masih mengekalkan rekod tidak menjejakkan kaki ke PARAM. Aku sebenarnya tak de la pun band PARAM ni, tapi sebab aku tak sanggup menampak mencari makanan, baiklah aku masak kat rumah. Lagipun, orang dalam rumah ni, tak reti makan lauk campur-campur dan macam-macam. Lagi satu, diaorang tak makanberulang. Da makan buka tu, so sudah lah. Tak de la pulak dia nak repear makan lepas sembahyang.

Hari ni last day laki aku kerja petang. Aku paling nyampah kalau dia kerja petang, baik bulan tak puasa atau bulan puasa. Atleast kalau dia ada, boleh dia tengok-tengokkan eryna. Ni aku masak, eryna dok nanges-nanges kat kaki aku mintak dokong. Tu belum aku mandi, dia boleh dok depan pintu bilik air, nanges-nanges tunggu aku mandi....

Esok cuti, target nak siapkan 1 lagi langsir sliding door. Lepas tu nak alter baju melayu bapak aku, then nak jahit baju kurung dania lagi satu. Dania kena buat baju lebih, adik-adik dia tak per, sebab boleh pakai baju dia... Tapi macam tak syok pulakkan kan, dia jer ada baju baru, adik-adik dia tak der.. Tak per, kita tengok keadaan macam mana.

Sempena cuti nuzul Quran esok, aku nak share 1 app kat ipad, quran explorer... Dia mcm quran explorer yang kat komputer tu, korang pernah bukak tak? Ada lah shiekh-shiekh yang akan mengaji, korang boleh pilih shiekh mana yang korang nak dengar suaranya. And the best part, its come with tafsir, english tafsir. App tu free, tapi kalau korang nak malay tafsir, boleh beli app tu dengan harga $9.99. Tafsir tu ada banyak bahasa, indon, german, urdu, dan macam-macam lagi la...

So, selamat berxplorasi di bulan ramadhan ni...

Sunday, August 14, 2011

:: BAJU RAYA ::

Created with PhotoShake iPad



Selamat, siap da baju raya anak aku... Beli kain hari khamis, jumaat malam sabtu potong, weekend bantai jahit semua. Kalau ikut-ikutkan, sabtu boleh siap semua, tapi adat la orang ada anak, nak leraikan pergaduhan, nak buat susu, nak tidokan anak, terpaksa drag ke hari ahad. But sokay, semuanya under control, and alhamdulillah siap da. tahun ni kita tema color MERAH pulak... Da rupa bendera malaysia da aku nengok baju budak- budak ni.

Langsir tingkap pun semua da siap jahit, tinggal langsir satu lagi sliding door je belum jahit. Aku target cuti nuzul Quran rabu ni boleh siap, so nanti lepas tu boleh la cari kain lagi untuk jahit baju budak- budak ni... Seronok jahit baju budak ni, tapi bila orang nak tempah, aku tak der keyakinan pulak nak ambik... Aku jahit pun suka-suka jer, tapi buat baju kurung banyak- banyak pun, nak pakai g mana sangat la, cuma aku suka je buat... Baju orang besar aku tak buat, baju aku pun hantar kedai...

Sunday, August 7, 2011

:: MENU IFTAR DAY-6 ::

Alhamdulillah, manage to masak sehingga ke hari ini. So, ini apa yg dapat aku masak semalam (sabtu). Weekend, boleh la ambik gambar, weekdays, mana sempat... Siap masak pun ngam2 da waktu buka.






















Nasi minyak pernah masak sekali dulu, tapi ni 1st time guna beras basmathi. Yang lain-lain tu, biasa la masak. Dalca daging pun 1st time masak.

Aku ni bermain experimentasi masak-masak lak bulan puasa ni.... Nasib baik semua menjadi. Tu la miracle nya ramdahan.


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, August 4, 2011

:: DANIA TURN FIVE ::

Created with PhotoShake iPad




Happy Birthday kakak! Semoga kakak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan berguna kepa masyarakat. We love you so much sayang....

Tak de potong kek, kita celebrate dengan eryna nanti yer...

Wednesday, August 3, 2011

:: NASI LEMAK FOR 3rd IFTAR ::

Created with PhotoShake iPad



Hari ni kena bambu kat opis, bukan la aku sorang, tapi satu opis la kena. Tapi makan dalam la. So meeting pukul 8.45, kuar bilik meeting pukul 11.30, so boleh bayangkan dia mengaruk apa dalam meeting room tu, lepas tu pukul 2, nak jumpa aku balik. Dalam masa 11.30 samapai pukul 2 tu, aku buat benda yang dia nak, da naik panas kepala aku (bukan demam), tapi da macam CPU komputer, panas...

So aku tak boleh nak pikir apa, nak masak untuk buka hari ni. Last-last pikir, masak nasi lemak ajer la. Tengok bila balik, laki aku ada beli paru pulak. Oooohhhhh, cun sangat la tu, boleh masak paru sambal..

Resepi tak dak. Aku pemasak amatur, so main suka hati aku jer resepi dia. Hari ni 1st time masak nasi lemak letak susu cair, suka hati mak bapak aku jer kan, nasib baik rasanya tak pelik sangat. Kalau iyer pun nak berexperimentasi, jangan la time bulan puasa. Da la tak dapat nak rasa, tawakal ajer la dengan end result dia...

Esok nak masak apa yer?