Pages

Tuesday, August 2, 2011

:: MENU IFTAR ::

Created with PhotoShake iPad



Ini menu iftar saya hari ni. Alhamdulillah da 2 hari ni aku sempat masak. Biasa ngam-ngam pukul 7 aku da siap masak. Hari ni aku masak nasi tomato, ayam masak merah dan jelatah/terencam (timun dan nenas. Eh, cop! Ala, aku lupa letak carrot sikit. Da selamat masuk dalam perut pun... Hahahahahah nasib la. Next time kalau ingat). Oh, tak lupa juga papadom.

Apa yang uniknya bila bulan puasa ialah, selalu bila bulan tak puasa, every time aku masak, aku rasa banyak kali. Cukup ke masin manisnya, ye la nak bagi orang makan kan. Tapi bila bulan puasa, tak boleh nak rasa pun, but alhamdulillah result nya tidak mengecewakan. Tidak la terlalu masin dan tidak la tawar. Pada aku, masih boleh diterima tekak la. Eh, aku pulak yang komen...

Aku dapat suami yang tak suka makan luar, (actually malas nak layan kerenah anak bila makan kat laur,) dan jugak, malas/tak suka beli makanan untuk buka. So aku terpaksa la masak. Bapak aku juga, bukan jenis makan luar. So memang aku kena masak lah. Tak rasa penat, bila masakan yang ko masak tu habis, walaupun tak ada ucapan terima kasih, aku da cukup puas hati, kalau diaorang nak makan hasil masakan aku. nasib baik la aku kawin dengan orang yang tak berapa nak manjakan aku sangat. Kalau aku kawin dengan orang yang sayang aku nak mampos, mungkin sampai sudah aku tak tau masak, sebab asyik ambik kesempatan kebaikkan suami... Semua pun suruh suami buat, suami pun, sayang punya pasal, buat ajerrrrr...

Terus terang, aku tak pandai masak. Aku cuma mula belajar masak bila da kawin. Itu pun melalui kawan-kawan dan interent. Berlagak, tak nak belajar dari mak... Hahahahaha... So bila-bila aku share status kat FB, mesti dapat komen ala-ala, aku teror masak, aku rajin masak, si suami untung dapat bini macam aku la, etc, aku jadi malu. Aku belajar masak dari internet, dan aku tak pandai, tapi MEMANDAI tukar resepi orang mengikut apa yang ada dalam peti ais aku pada ketika dan waktu aku nak masak. Aku main bedal ajer apa yang ada, tak ada la bila nak masak mee sup tu aku kena complete ada semua bahan. Oh tidakkkk. Aku main belasah ajer, kadang tak ada daun sup, kadang tak ada sup bunjut tu.. Belasah je apaa yg ada... Hehehehehe...

So, apa pulak menu iftar untuk esok yer? Any idea? Mind to share?

Monday, August 1, 2011

:: UNIFI ::

Created with PhotoShake iPad



Da seminggu lebih kitaorang pasang unifi. Sebelum ni aku langgan streamyx yang 1.0Mpbs, then sekarang pakai unifi yang 5.0Mpbs. So boleh bandingkan kelajuannya? Hahahahaahhaha, jangan terpedaya!

kalau dulu aku pakai streamyx, handphone aku, boleh connect dengan wifi dia, sekarang, pakai unifi, boleh connect, tapi lemb macam siput babs.... Eventho aku da langgan BIS plan from maxis, tapi agaknya sebab aku dok kampung, rumah kayu atap zink so bila dalam rumah, susah sangat nak online. So bila ada streamyx, laju sikit, and aku boleh je berFB dan twitter di BB. Tapi sekarang bila pakai unifi, hampegasss.... Kadang-kadang bila kita nak update status, dia kata tak connectdengan internet... Tension acik, acik lagi suka guna handphone jer kalau nak update apa-apa.

Tapi kalau tengok youtube memang terbaik la. Tak de buffering. Internet pun ok. TV, so far aku tak tengok sangat, tapi kalau hujan, gambar still ada, compare dengan astro, baru angin sepoi-sepoi bahasa ajer, da tak ada gambar. Da ada unifi ni, boleh je kalau nak potong astro, tapi rasa sayang pulak nak potong... Mmm, tak per la, so far mampu lagi bayar. Sok-sok kalau tak mampu bayar, potong je la astro tu.

Harap-harap da guna unifi, tak de lagi masalah internet. Aku dulu masa pakai streamyx, kerap rosak line aku. Rosak tetiba ajer pulak tu. Lets say mlm ni kita guna, terus menerus sampai esok paginya, then bila pagi kita try connect tak boleh. Bila call customer service, mesti dia ckp computer aku yang rosak. Ngok betulll... Kalau tak pun, dia kata modem yang rosak, walhal, kita tak usik apa pun modem tu. Lain la kalau kita memang godek-godek modem tu kan. Last customer service yang serve hari tu bagus. Dia ada suruh aku check on something la, dia ajar aku. And found out, bukan komputer atau modem aku yang masalah. Tapi memang line dia rosak. So dia anta orang teknikal untuk betulkan wayar.

So sebagai penutup, nak tanya korang, patut ke tak patut aku terminate line astro???
.

Sunday, July 31, 2011

:: SALAM RAMADHAN ::

Created with PhotoShake iPad



Alhamdulillah, dipanjangkan usia untuk bertemu di ramadhan kali ini. Jadi sempena bulan ramadhan yang mulia ini, aku dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali aku baik secara zahir mahipun di alam maya ini.

Semoga Allah memberikan kita kesihatan yang baik dan dipermudahkan untuk kita menjalani ibadah puasa dan solat sunat terawih sepanjang bulan puasa ini. Ameen...

Tuesday, July 26, 2011

:: PU3 BUBBLE KURUNG ::

Created with PhotoShake iPad



Cantikkan? Aku nak boleh tak???

Monday, July 25, 2011

:: PAMPERS-LESS ::

Created with PhotoShake iPad



Alhamdulillah, khamis ni 28 hb, Alisya genap 3 tahun. So sekarang da 3 minggu dia pampers-less... Baik malam, baik siang. Malam pun alisya dan dania da tidur sendiri kat bilik sebelah.