Pages

Thursday, November 12, 2009

:: MARI BELAJAR MENGENAL NOMBOR ::



Aisei, huruf pun tak lepas lagi, da sibuk nak ajar kenal nombor pulak. Tak pe la, kita buat carca marba la. Aku kan sebenarnya da xcited nak ajar dia math tau. Sebab aku quiet risau gak la, nanti mana2 kwn dia yang da sekolah masa 4 tahun, mesti da pandai basic2 math yang campur tolak tu. Sebenarnya aku pun tak berapa nak tau sangat kokurikulum atau subject apa yg diajar kat sekolah untuk budak 4 tahun. Tapi tak pe la, belasah ajer la.
Aku tak tau, apa yang aku ajar ni, cara yang betul atau tidak dan sesuai atau tidak untuk budak yang berumur 3 tahun. Aku buat try and eror ajer la. Agak2 kaedah ni tak berkesan, aku try kaedah lain. Mungkin kaedah A berkesan untuk anak aku, tapi tak berkesan untuk anak korang. Dan mungkin kaedah B tak berkesan kat anak aku, tapi berkesan kat anak korang. So apa yang aku tulis kat sini, adalah salah satu proses mengenali kaedah yang sesuai utk anak aku. Senang cerita, aku dalam proses try & error la.
Start malam tadi aku ajar dia basic math. Mengenali nombor. Tapi byk cabaran nya ok. Sebenarnya, takat kira 1-10 tu, insyallah da boleh la, tak ada salah2. Cuma nya aku nak dia kenal no 1 itu ialah 1, 2 itu ialah 2. So bila aku tunjuk no tu, dia boleh bagi tau jawapan yang betul. Let say, bila aku tunjuk no 3, dan tanya dia "INI NO APA?", dia boleh jawap dengan yakin "TIGA!". gitu la. tapi, bukan boleh buat 1 malam pun kan. Tak per, slow2.
So malam tadi aku main sticker lekat2 dengan dia. Aku potong kertas color2, dan tulis no 1-10 kat atas kertas tu. Lepas tu aku bagi dia sticker, lekat kat atas kertas tu, mengikut no yang tertulis kat atas kertas tu. Sambil tu ajar kira sekali. Dia lebih seronok main tampal2 dari mengira. Tak per, malam ni buat lagi. Tengok, ada improvement ke tak

Sebenarnya, melalui pembacaan aku, budak2 baya dania ni tak perlu lagi nak kenal kan kat nombor ni. Boleh la basic. Tapi baya2 dia ni, lebih pada pengenalan warna (merah, biru, hijau, etc), bentuk (bulat, segiempat, tiga segi), saiz (besar, kecik, panjang pendek, gemuk kurus). Lebih2 kepada gitu la. Aku ada jumpa gak website2 yang begitu. Nanti aku share dengan korang yer.
Agak2 mlm tadi da boring kenal huruf, aku ajak dia main color2 pulak. Tapi color2 tu ada no. So sambil color, sambil kenal nombor dan sambil kenal warna. Semua sekali. Ni namanya serampang 2-3 mata. Hahahahahaha. Contoh nya, gambar BOB THE BUILDER kat bawah ni. Dia da bahagi2kan setiap bhgn badan dia tu . Cthnya, topi dia letak nombor 1= warna kuning. Then baju dia letak no 2 = warna biru. So aku tanya dia, mana no 1 (sambil pegang kad no 1, as reference), so dia pun tunjuk. Tanya lagi, "mana lagi no 1?", nanti dia tunjuk la. Then bagi tau dia No 1 tu kena color dengan warna kuning, so suruh dia cari warna kuning.

sementara kakak dia belajar, adik dia tolong buat sepah. Since daddy kerja petang, kena belajar kat bawah, tak boleh atas meja, sebab nanti Alisya sesuka hati je jln atas meja tu.

ni contoh suruh cari color. Korang boleh gak belikan color yang byk, contoh yang 24 batang tu, 2 set. Hahahahaha, (tamak haloba, tapi skrg color da murah la, 24 btg, cap ayam nya baru RM5-6 ajer). So nanti color biru ada beberapa batang la. Then bila kita suruh dia cari color biru, tak de la dia jumpa satu ajer kan, dia akan nampak biru tua, muda, muda sikit. Gitu la

ni suruh cari color merah, dapat la byk2 batang. Sambil ajar nombor, boleh ajar kenal warna sekali kan?


tu



tu contoh card no 9, bagi dia reference nak cari no 9 kat badan BOB tu


Tada!
gambar BOB saya da siap


jom tampal kat Wall of Arts


Kalau korang nak gambar2 mcm BOB ni clik kat SINI. Ada banyak gambar yang korang boleh print. Tapi korang kena pandai pilih, ikut kesesuaian anak korang. Unutk gambar BOB ni aku rasa sedang2 elok utk anak aku. Aku print gak gambar MONSTER INC tu, tapi dia byk saiz yg kecik (cth nya kuku) yang kena warna, so no tu kecik, anak aku tak nampak. Lepas tu yang gambar aiskrim, Ruang dia terlalu besar, anak aku boring asyik color warna yang sama untuk saiz yang besar. Banyak songgeh kan anak aku? hahahahahah






Posted by Picasa

4 comments:

Mazrina said...

mmg gud try and effort la Dayah...rajin gak ko yer..kalau harap aku..sure seminit jer aku sabar...pastu gone... sebb x der kesabaran..anak2 aku pun x nak blajar ngan aku....hak hak hak

oma said...

salut dik! rajin ko! cam uda gak masa dolu2..hehe terkenang zaman silam..tapi kan dik..bersih dan kemas lukisan dania! cool laaa....
uda dulu tak ajor sangat huruf atau number...dia orang yang nak tahu sendiri....so far uda yakin kesabaran tuz amat penting for parents laaa...sebab kalukita geram2 nanti budak tu jadi terbantut ..malas...kan kan kan?

Mrs Taj said...

another tips..bagus....nk coba ni..

Dania's mummy said...

mazrina: terpaksa la, aku tak hantar dia sekoalh lagi, nanti dia ketinggalan pulak

oma: rajin tak rajin la, sajer seronok2

mrs taj: try la, anak awk baru sorang, senang nak handle