Pages

Wednesday, October 21, 2009

:: ALISYA BILA DEMAM ::

Sian anak aku demam. Dia start demam hari sabtu hari tu. Badan dia panas, tapi masih boleh main, jerit2 lagi. Hari sabtu tu sempat bagi dia ubat sekali. Petang balik kampung, tido sana. Sebelum Laki aku pergi kerja malam tu, sempat bersilat bagi alisya makan ubat. Malam tu demam nya tak kebah2. Hari ahad tu, pagi laki aku balik kerja, terus kemas2 balik rumah. Kalau stay rumah mak mertua aku, sian lak alisya tak boleh nak rehat, laki aku pun x leh nak tido, sebab ramai budak2



Alisya macam Dania jugak, susah nak makan ubat. Kena gusti2 dulu nak bagi diaorg makan ubat. So being me yang sangat malas nak bersilat bagi alisya makan ubat, aku boh ajer dalam susu. Mula2 tu dia minum la gak. Dua tiga kali kena, dia da tak mau minum susu da. So ahad tu, dia lansung tak boleh bangun, tak boleh jalan. Melepek ajer kat tilam. So bila laki aku bangun tido ajer, siap2 bawak dia pergi klinik. Badan dia masa tu panas sungguh. Sian dia. Nak ketawa pun tak larat.
Sampai kat klinik, doktor check suhu dia. Hambik ko 40.2! terus doktor suruh baringkan kat katil, dia basahkan towel, lap2 badan alisya. Aku mula gabra bila tengok doktor tu gabra... hahahahah... ye la, dia kelam kelibut g basahkan towel, lap2 semua badan alisya, sambil mulut pot pet pot pet marah aku. Then terus masuk ubat kat buntut... Sian anak aku, Masa tu dia da meraung2 da....


Bila sampai rumah, baring lagi. Nak bangun pun tak larat, nak main pun tak larat. Tapi makan larat! hahahaahah.. siap bermangkuk2 lagi. Minum pun kena papah dia bangun. Lawak budak kecik ni demam. Hoverrrr! Malam aku masuk kan ubat dalam botol lagi. Tak mo dia minum susu tu.
Isnin tu aku ingat nak cuti jaga dia. Tapi aku tau, kang kalau aku jaga, tak makan ubat budak tu. Ye la, aku jenis tak sampai hati punya orang. Bila dia da melalak2, malas aku nak paksa2 dia. So end up, aku hantar dia g rumah babysitter, biar babysitter tu yang handle. What for aku bayar dia kan? heheheeheh... (ayat nak menyelamatkan diri).


Petang Isnin tu aku ambik dia, masih lagi demam. Malam tu laki aku ada rumah, so dia la yang bersilat bagi alisya makan ubat. Malam tu demam dia ok. Pagi selasa pun, da ok. Petang semalam aku ambik, totally ok! da boleh jalan, lari, gelak2... gaduh dengan kakak dia.

Alhamdulillah, so far anak-anak aku demam tak pernah sampai seminggu, walaupun masa demam tu jarang2 dapat makan ubat. Bercinta nak bagi diaorg makan ubat. Ada tips tak?








9 comments:

kak aja said...

tips 1: Ubat jgn di mention ubat.. pronounce as vitamin...

tips 2: tak jalan gak...suh dia pegang syringe tu sendiri.. dan sediakan kain lap..

tips 3: tak jalan gak...sumbat jer.. syringe tu tekan lidah dia...so dia tak leh sembur balik ubat2 tu...try la...

tak sampai hati gak.. guna cara tradisional jer... demam sponge jer bg suhu turun.

Sarah Syazwani said...

samela ng suri...giler punyer susah nk makan ubat..tp kalau dgn baby sitter bleh plak dia makan..geram je aku

kak aja said...

tapi kan.. salute kat anak dayah.. at least mau gak pakai coolababy tu.. kalau anak akak...time demam apa pun tak layan..

Dania's mummy said...

kak aja: semau x jalan, kena paksa gak. segala jenis ubat, vitamin diaorg x mo. diaorg ni kenal ubat. tu pakai coolababy tu babysitter dia yg pakai kan. Tapi kan, walaupun deman, saya tetap mandikan budak2 ni....

Eliss said...

cool fever tu lekat sepanjang masa ke kat dahi tu? my nuha, tak sempat tampal dah buang..bersilat gak mkn ubat..huhuhu

Dania's mummy said...

e.l.i.s.s.m.i.e: tu lekat sampai pagi. ahad mlm aku pakai kan dia x nak, so aku tampal kat belakang badan dia. lps tu isnin hantar g rumah babysit, babysit pakai kan. dia auta la mcm2, so kekal smp ptg. balik rumah malam aku pakai kan, dia da imune.. heheheheheeh

Mazrina said...

siannyer Alisya.... tp kan kalau aku kan..mmg durjana sikit..aku kepit dia ngan kaki tangan sekali...psatu hidung dia aku picit bg dia telan ubat tu...ngeh ngeh.. berkesann

Dania's mummy said...

mazrina: laki aku buat mcm tu la, aku jenis x sampai hati sikit dan lembik.. heheheeheh.. anak aku tolak tgn aku je, aku da x sampai hati... hahahahaahah

Anonymous said...

terer anak dayah ni. our children, tgk mood, ada masa dia ngap je ubat, ada masa, sembur keluar. i dun have tips...tapi kesian tgk baby demam.