Pages

Thursday, July 16, 2009

:: TAKRIFAN::

Suapan
======
.
wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
.

apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
.

apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
.

apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
.

apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
.

apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
.

apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.
.
note: saper tau 'alang' tu aper? (tgh semangat nak ber poppppp kuizzzz)
.






















5 comments:

kak aja said...

beb, esok g ronggeng kat jusco,.. ada promotion slimming-blanket wrapping...promotion 50 hinggit, original price RM840.00.. jom beb.

Alang tu yg kat umah kg.. tiang lintang.. sama la makna ngan rasuah gak.. hahahaha ada kaitan ker????????

Dania's mummy said...

kak aja... nak slimming pe lg.. kang keding saya....

akak... x de kaitan... x kan bg tiang rumah dikira rasuah????

Eliss said...

alang?alang2 menyeluk perkasam kot... :P

Sarah Syazwani said...

jelesnyer dah kurus..berjaya x turun 45kg???? biler aku nk kurus nihhhh..skang asik nk mkan jek

Dania's mummy said...

e.l.i.s.s.m.i.e: hahahahahah.. alang, alang menyeluk perkasam, meh jawap ajer apa yg kuar kat kepala

sarah: x de nya kurus... muka gemuk gak... aku rasa ko lg kurus... aku jeles dgn ko ni, sbb da ambik master.. bila aku nak ambik master ni...