Pages

Sunday, August 26, 2012

:: RECAP JULY - ALISYA TURN 4 YO ::

Created with PhotoShake iPad


Ok, sambung update, mood blogging aku ke laut betul. Page nuffnang pun da lama tak bukak. Tadi sajer gatal bukak, bila tengok earning tu ada seratus lebih, wah terus semangat nak blog balik. Tengok la berapa lama angan-angan tahi ayam aku ni.

So Alisya turn 4 last july. Alhamdulillah, membesar dengan sihat. Aku tak pasti la aku pernah blog tak pasal Alisya ni ada hernia (angin pasang), so berdasarkan pemerhatian, bengkak dia tu da obvious la, kita boleh nampak... So mungkin nak buat operation kot, since aku laki bini dok tertangguh-tangguh bawak dia urut. Tahun lepas, masa dapat tahu tu, orang kata suruh bawak g urut, orang kata kalau urut selalu, dia boleh kecik, tapi aku laki bini dok kisah kan sibuk masing-masing, so asyik tertangguh je nak bawak dia g urut. Lepas tu, aku ingat nak biarkan jer benda tu, since dia tak komplen pun sakit atau tak selesa, tapi bila pikir balik, kang dibuatnya jadi effect kat dia bila besar nanti tak boleh ngandung, lagi susah, tak pasal-pasal dia salahkan aku... So aku decide buat operation la. Doktor pun ada cakap, kalau nak buat, baik buat sekarang, masa dia kecik ni, dan masa dia tak rasa sakit lagi ni.... Btw, mesti ada yang pelik, orang perempuan, ada yang kena hernia ker?, ada! Memang ada, tapi kes terpencil. Macam mana, dan bagaimana ianya berlaku, sila cara doktor google untuk maklumat lanjut.

Berikut perkembangan alisya buat masa kini.

1. Rajin, tak macam dania, bila suruh kemas mainan2 yang dia sepahkan, bersih rumah dia kemas...

2. cakap macam mak nenek... Cakap dan perangai macam orang tua. Dia ni observen orang nya... Dia tengok je apa yg kita buat, kang ada peluang, dia balas balik. Contoh, bapak dia selalu bising sebab dia suka sepah2 kan barang. Nanti bila barang bapak dia hilang, bapak dia pun cakap la, "alisya, nampak kunci moto dady tak?" sekali dia jawab "ha, tu la, letak lagi rata-rata, kan da hilang.. Tu la x nak dengar cakap lagi" hambikkkkk ko, berdesup sampai ke jantung, bapaknya tengok aku, aku buat sign tanda "bagus" je la... Hahahahahah

3. Cakap, masih pelat-pelat lagi, tapi pandai susun ayat dan buat ayat panjang-panjang.

4. Drama queen, bila bangun pagi... Bercinta aku nak mandikan dia, siap kan dia... X tau la sok kalau da sekolah macam mana..... Grrrrr......

5. Ada bantal busuk yang digunakan sejak kecil, tak ada bantal, tak boleh tidur. Bantal dia tu tak busuk, tapi sarung dia tu da tak boleh bersih la, walau di basuh. Dia bukan nak cium bantal tumasa tido, tapi dia nak gunakan bucu bantaltu untuk dia gentel-gentelkan, kat tapak tangan, cuping telinga, lubang hidung dan tempat-tempat lain yg dirasakan dia boleh "steam" untuk tido.

6. Kuat berangan... Suka cakap sorang-sorang, konon cakap kat phone la, main masak-masak...

7. Panjang akal tak bertempat. Pening kepala aku. Contoh panjang akal tak bertempat, ialah, tarik kerusi ke singki, nak main air, tarik kerusi ke peti ais, untuk ambik aiskrim... Kalau lapar, ambik pinggan dan nasi sendiri.. Haish, habis bersepah dapur...

Tapi kesian dia, sebab aku tak beri perhatian untuk ajar dia, macam mana aku ajar Dania dulu. Tapi alhamdulillah, da pandai color tak keluar-keluar, dan da pandai tulis ikut dot dot dot... Insyallah, tahun depan sekolah kat tempat kakak Dania.

So, happy birthday Dhia Alisya, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat... Insyallah...



No comments: