Pages

Tuesday, May 17, 2011

:: BOWLING TOURNAMENT ::

Hujung minggu aku yang lepas, penuh giler aktiviti. Mula-mula, sabtu tu, husband aku ada bowling tournement kat Sunway Pyramid. Bunyi macam menarik jer kan, sebab kat shopping mall, dengan harapan, bila laki main bowling, aku dan anak-anak, boleh la jalan-jalan cuci mata, window shopping. Oleh kerana sedar ability menjaga anak kurang, maka telah meng import (read:memaksa) adik-adik ipar untuk joint sekali, sambil jadi bibik.... Hahahahah. Point lebih, sebab kawin dengan orang banyak adik. Hahahahah

Tournament start pukul 5 petang, tapi kena sampai awal, so pukul 3 kami dah gerakdari rumah. Sampai jer, lapor diri, terus aku g jalan dengan adik ipar aku... Yg sorang ikut aku, yang sorang g dating... Anak-anak aku jenis tak mesra mall/shopping complex, termasuk la dak eryna ni. Aku sangat jeles tengok anak orang dok dalam stroller diam-diam, yang lagi best tu, boleh tido dalam stroller.... Huaahhh... Eryna tak leh tido kat luar, apa lagi tempat bising, kecuali klu da ngantok sangat. Dia tak menagmuk, tapi dia tak senang duduk dan terjerit-jerit...pitching memang menuruni mak dia la...nyaringggg... Hahahaha..

So eryna tak mau duduk dalam stroller, so dania dengan alisya duduk dslam stroller sorang satu. Eryna aku dokong sambil tolak stroller. Adik ipar tolak 1 lagi stroller. Akibatnya malam tu aku tak boleh tido, sebab tangan aku sakit gilerrrrrrr..... Da la laki aku habis game pukul 9.30 malam. Terus balik rumah PIL, hantar adik ipar, lepak-lepak kejap, pukul 11 lebih baru gerak balik.Bayangkan la, berapa lama aku handle budak-budak ni... Penat ok....

Da la penat, tak dapat nak reward apa-apa untuk diri sendiri... Lagi la tension.... Ada gambar sikit, bagus bawak adik ipar, yang giler ambik gambar... Senang kerja aku. Aku da la tak cukup tangannak jaga anak.




Note: aku jumpa app kat ipad untuk buat collage gambar.... Tada! Ini la hasilnya... Best tau, jakun kejap aku... Hahahaha...


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: