Pages

Friday, November 13, 2009

:: KISAH 2 MALAM ::

Kisah 2 malam.

Malam semalam, aku ajar dania mengira. So aku ambik 4 batanag pensel dan ajak dia mengira.

Aku tunjuk kan sebatang pensel,
dania kata: SATU!
Aku tunjuk kan satu lagi pensel
dania kata: DUA!
Aku tunjuk kan satu lagi pensel
dania kata: TIGA!
aku tunjuk kan satu lagi pensel
dania kata: EMPAT!

kemudian,

aku tanya: ada berapa batang pensel semua nya?
dania jawap: (dengan confident) LIMA!
aku cakap: Mana pulak LIMA? tadi kakak kira kan ada 4 ajer. Kira semula

so, aku pun buat benda yang sama semula, dan tanya soalan yang sama

dia boleh jawap: ENAM!,

kemudian ulang lagi,

dia jawap: LAPAN!

aku ulang lagi, tak ingat berapa kali ulang, tapi tak de satu pun jawapan yang betul. Sungguh menguji kesabaran. Dia kira da betul, tapi bila tanya ada berapa, dia jawap nombor yang bukan2. last sekali aku ajak dia tido. hahahahahaha

So malam tadi, dia pulak yang ajak aku mengira. Oh! its good bila anak kita yang ajak, sebab nya interest/minat da ada, so agak senang dia nak absorb apa yang kita ajar.

So malam tadi aku guna 5 batang pensel. Tapi kali ni, dia sebut dalam bahasa Inggeris (dia yg sebut, aku ikut kan ajer)

Bila aku tunjukkan pensel yang pertama
dania kata: ONE!
Pensel kedua
dania kata: TWO!
pensel ketiga
dania kata: THREE!
pensel keempat
dania kata: FOUR!
pensel kelima
dania kata: FIVE!

kemudia, aku tanya dia: ada berapa pensel semua nya?
dia jawap: FIVE!

aku: yeah, u get it right! Excellent!

then bagi la give me 5 la, cium la, segala pujian2 la, bagi dia kembang sikit.

so, aku try dengan no lain pulak. Alhamdulillah semua menjadi. Agaknya nak kena sebut dalam english kot. Tak tau la, janji she get it right la kan.

lepas tu, malam tadi, tgh2 syok2 tido,tetiba akudengar dia cakap: ENAM!!, hahahahahahaahha, anak aku mengigau mengira siot! sian anak aku, terbawak2 ke tido. Mesti dia rasa presure kan? hahahahahahahaaha

lepas tu bila dia terjaga dari tido, terus dia ckp dengan aku, mummy2, jom belajar kira2 jom. Huahuahuahuahua, aku rasa bersalah ni! sian anak aku.

well, pada aku, bila anak aku yang ajak nak belajar, anytime, anywhere, aku akan ajar dia. tapi takkan tgh tido malam pun nak ajar jugak kan? itu terkecuali la. itu mengigau nama nya. Sebab budak2 ni nak belajar suka2 dia je, mana2 dia suka. Kadang2 kita tgh masak, masa tu la dia nak belajar. So ko suruh je la dia kira pinggan2 yang ada tu. Tak de alasan sbnr nya tak boleh ajar kan?






3 comments:

tunteja said...

akak walaupun penat tp seronokan dpt ajar anak...teruskan..

Mrs Taj said...

nk ckp omputih jugak baru betol ye? iskk

Dania's mummy said...

tun teja: thanks dear

mrs taj: ntah la dik, belasah kan ajer...