Pages

Thursday, October 29, 2009

:: SUP KETAM ::

Ok, en suami da balik semalam. Tapi tak berapa nak ok lagi. Tangan dia sakit2 lagi kata nya. So still kena minum air banyak lagi. Baru malam tadi aku sempat/berpeluang nak masak sup ketam untuk dia. Ooooiiiii... mahalnya letam sekarang, Sekilo RM20.00 ko.... DANIA panggil ketam ni labah2.. hahaha.. gelak aku.


sup ketam versi aku
sila abaikan mangkuk DAIA itu..

Serius, sebelum ni aku tak pernah masak sup ketam. Selalu, asal beli ketam je, mesti masak lemak cili api. Tak pernah lagi aku try masak lain. Da la ketam mahal, kang masak2 tak de orang nak try makan pulak. So ni resepi sup ketam versi aku. Tak sempat nak online, cari resepi.

BAHAN-BAHAN
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam
cili kecik
daun sup
bawang goreng
daun limau purut
ketam

Bawang Merah tu, potong 4, tumbuk bawang putih. Lada hitam tu optional la, kalau nak letak, letak la. Tak nak pun boleh. Dalam kes aku, ada balance lada hitam dalam lesung tu, aku tumbuk je la bawang putih, cili kecik dengan halia sekali dalam tu (kes malas nak cuci lesung). Tumis semua bahan2 tadi, then masuk kan air. Lepas tu masuk kan ketam, slow kan api, Pergi mandi. Hahahahahaahah....

Lepas siap mandi, sup ketam tu da mendidih2, dan ketam tu pun da masak. Masuk kan daun limau purut, garam, aji, gula. Lepas tu korang rasa la, sedap ke tidak. Bila da ok, pecah kan telur sebiji, masuk kan dalam tu. Lepas tu mati kan api. Da siap. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng. Walla... sedap sehingga menjilat sepit ketam... hehehehehe







5 comments:

What's luv gotta do ? said...

wahhh sodapnyaa.. boleh la saya cuba resepi ni. =)

Dania's mummy said...

a: boleh sajer.. orang yang tak sakit pun boleh makan gak...

Mazrina said...

yerla Dayah..aku x pernah terfikir masak sup ketam...selalu beli ketam pun aku masak sweet sour ker...masak lemak ker...boley try laa

Eliss said...

aku pun x penah masak sup ketam..kalo aku, aku buat macam buat sup ayam tu :)

Luvvvvv said...

uwais called it KAYU..apa la... "ibu... abang nak makan kayu.." tak ke lawak bunyinyer...