Pages

Thursday, October 22, 2009

:: MY SEWING & BLOGGING WORK STATION ::

Request dari e.l.i.s.s.m.i.e, nak tengok sewing work station aku. Ni beno nya bukan aku punya sewing work station pun. Asalnya dulu sebelum aku kawin, mak aku adalah tukang jahit sepenuh masa. Takat baju raya aku siap malam raya, tu da biasa da... tu pun nasib baik siap.
Asalnya mesin2 ni semua ada bilik khas dia, tp sejak2 anak buah aku da beso, da tak mo tido sekatil dengan mak aku, terpaksa la mesin2 ni dikeluarkan dari bilik khas tu.
Currently, mesin2 ni di letak kan kat main hall rumah aku. Senang aku nak tengok TV sambil menjahit dan perhatikan anak2 aku main. Main hall rumah aku memang lapang, tak ada perabot, sebab aku beranak kecil, kang kat situ la aku bergolek2 dengan anak aku, letak buaian tido anak aku (2 buai, ok), kat situ gak anak aku pusing2 naik basikal, lagi pun mak aku sekarang x berapa nak sihat sangat, so tak boleh ada byk perabot kat ruang tu, sebab nanti dia jalan terlanggar2, susah.
Ini 2 mesin yang ada kat dalam rumah. Satu lagi mesin letak kat luar rumah. Mesin yang kat luar tu adalah mesin untuk jahit lubang butang. Sebelah kiri mesin jahit heavy duty. Aku rasa semua tukang jahit, nak sangat beli mesin jahit gini kot. Yang kanan tu mesin jahit tepi heavy duty gak. So, kalau aku malas jahit, memang saje la tu kan, semua da ada. Mesin jahit ni semua main letrik ajer, korang nampak tak moto mesin kat bawah tu?

ni rupa mesin jahit tu. Brand singer. Aku tak pasti harga dia berapa, tapi makan ribu jugak la kot. Ramai yang nak beli mesin ni, tapi mak aku tak nak jual. Dia nak suruh aku jahit la tu, tak paham2 lagi?

ni lak mesin jahit tepi. Brand singer jugak. Benang kena guna tiga, jarum pun ada tiga! Mesin ni ada pisau atas bawah. Kalau benang mesin ni putus, memang bercinta nak masuk kan. Sebab laluan benang dia berbelit2. Saper ha yang reka mesin jahit tepi ni? tak boleh ke dia reka macam mesin jahit biasa tu ajer? Senang sikit. Biasa kalau benang putus, bapak aku atau laki aku yang jadi mangsa mencari punca putus nya benang tu.






ni pulak laci2 menyimpan segala warna benang, lis/piping baju, cangkuk2, butang2 dan segala mak nenek lagi la. Ni semua balance2 mak aku jahit dulu. Da 4 tahun mak aku tak menjahit, so benang2 ni semua da berumur lebih 4 tahun! heheheheeh

Saper tau apa benda ni? Ini evegreen ni. Kenapa aku sepia kan gambar ni? sebab da byk calar balar kat benda ni, sebab tu kena adjust gambar ni jd warna ala2 gitu. Apa aku nak nama kan benda ni yer? nak panggil mesin ker? tapi dia bukan mesin! Aku nama kan benda ni alat ajer la.


Ini adalah alat untuk membuat butang kain. Ala, butang yang dibungkus dengan kain tu!, biasa orang buat baju kebaya kadang2 nak butang kain so diaorg guna alat ni la nak bungkus butang tu. Aku tak tau mana mak aku beli benda ni, tapi ada setengah2 kedai rupa dia lain sikit. Tai fungsi tetap sama.


Ni gambar dari depan. Dia ada accesori sampingan. Esok2 aku tunjuk macam mana nak buat butang kain tu. Butang tu boleh buat saiz kecik, besar dan sangat besar yang di attach kan kat langsir. Pernah nampak tak? Tapi untuk dapat kan butang yang berlainan saiz, kena ada MOULD yang berlainan. Dan MOULD2 tu sangat mahal (pada aku la) makan ratus2. Esok2 aku tunjuk MOULD tu dan macam mana nak buat.


Sewing work station ni jugak, bukan sajer untuk menjahit, tapi jugak untuk berblogging. Kat sini la aku berblogging atau berfacebook sambil buai anak tangan sebelah. Hahahahahah... ada modem streamyx dgn board fan untuk laptop.

terima kasih puan e.l.i.s.s.m.i.e, kerana bagi aku idea untuk buat entry pasl ni. Aku tak terpikir ada orang nak tengok tempat aku menjahit. Project terakhir aku buat adalah 3 pasang baju untuk aku dan 2 pasang baju untuk anak2 aku (4 pasang la semua nya) untuk hari raya hari tu. Project tertangguh, bellum ada lagi.

6 comments:

Harry said...

dayah... join me...

macam nuffnang gak...
dapat reward...sy bukak2 jer dah dapat RM1.00

copy n paste this.

http://www.catcheye.com.my/?r=3500

Dania's mummy said...

ok2, nanti saya try tgk.

Eliss said...

wowieyy...syokkknyaa..tempah baju sepasang buleh?? ini seriyes :)

Dania's mummy said...

TAK NAK! TAK NAK! huahuahua.. aku bukan sombong, tp aku x yakin ambik tempahan lagi... sorry yek... takut la wei

Sarah Syazwani said...

complete set btl...mmg senangla ko nk buat baju n mcm2 sewing tuh..

Dania's mummy said...

sarah: boleh la, buat suka suki.. hilangkan rasa boring. kebetulan benda da ada...