Pages

Monday, December 15, 2008

:: CUTI TAHUNAN ::

Cuti pekerja baru sektor awam 25 hari

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari, kelayakan cuti tahunan bagi kakitangan awam baru, kecuali polis, tentera, penguatkuasa maritim dan pegawai pelajaran, akan dikurangkan lima hari. Pada masa ini, kakitangan awam menikmati kelayakan cuti tahun sebanyak 30 hari. Bagaimanapun, mengikut undang-undang, semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan diberikan opsyen untuk mengekalkan kelayakan mereka atau memilih kelayakan baru yang dikurangkan itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam. "Borang opsyen akan dikeluarkan secepat mungkin kerana hari terakhir bagi membuat opsyen itu ialah 31 Disember. "Mereka yang tidak mengembalikan borang opsyen itu menjelang tarikh itu akan dianggap memilih kelayakan sekarang,'' katanya kepada Bernama semalam. Sementara itu, CUEPACS akan mengadakan perjumpaan dengan Ismail hari ini untuk membincangkan perkara itu selain isu lain yang relevan. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, kesatuan itu mahu tahu rasional kepada pengurangan itu. - sumber berita dari kosmo online

aku baru cakap CUTI byk, nak buat aper.. sekali dia nak kurang kan CUTI lak.. ntah pa pe ntah... actually current employee ni dia leh sign option.. sama kes mcm option retired la... kita boleh sign nak 56thn ker 58thn... so ni kes yg sama la.. sama ada kita still nak CUTI 25 hari atau pun 20 hari (kurang 5 hari).
*
*
*
*
*
berdasarkan berita malam td, dia kata klu kita pilih option yg kurangkan cuti kita sebanyak 5 hari, kita boleh carried fwd cuti kita ke pencen sebanyak 150 hari, instead of 120 hari klu yg biasa...
*
*
*
*
*
paham x?!?!? TAK paham?!?!?
*
*
*
*
*
MACAM niii.....
*
*
*
*
*
CUTI kitaorg ni ikut grade... klu mcm aku ni, masuk2 dpt 25 hari, aku group B.. klu yg group A tu, masuk2 dia dpt 30 hari... klu aku da keje 10 tahun, aku leh dpt CUTI 30 hari... untuk group C lak, CUTI diaorg starting is 20 hari... lps keje 10 tahun leh naik 25 hari...
*
*
*
*
*
sekarang ni kerajaan nak kurang kan CUTI public servant sebanyak 5 hari... maksud nya klu group A tu dr 30 hari, boleh dpt 25 hari ajer, klu group B tu, dr 25 hari, cuma dpt 20 hari ajer, mcm tu gak dgn group C
*
*
*
*
*
TAPIiiiiii.....
*
*
*
*
*
tu cuma untuk staff baru yg dilantik ajer... maybe starting JAN'09 kot... saper2 yg dilantik mulai Jan'09, dia akan dpt CUTI tahunan sebanyak:
Group A= 25 hari,
Group B = 20 hari &
Group C = 15 hari...
dan umur pencen diaorg ialah 58 tahun
*
*
*
*
*
untuk staff yg sedia ada, diaorg boleh buat pilihan, sama ada nak kekal kan CUTI diaorg yg sedia ada atau kurangkan sebanyak 5 hari.
*
*
*
*
*
apabila kita memilih untuk mengekal kan kelayakan CUTI tahunan macam dulu, kesan nya ialah, kita cuma boleh carried fwd CUTI tahunan kita ke pencen sebanyak 120 hari sahaja... CUTI terkumpul ini akan dibayar semasa kita nak pencen nanti.. 120 hari CUTI ini, bersamaan dgn 3 bulan gaji... tp aku x pasti gaji terakhir atau gaji bila, dan gaji basic atau plus2 elaun.
*
*
*
*
*
klu kita memilih untuk mengurangkan kelayakan CUTI tahunan nya sbyk 5 hari, kesan nya ialah, kita boleh carried fwd CUTI tahunan nya sebanyak 150 hari atau bersamaan dgn 4 bulan gaji..
*
*
*
*
*
ada paham sekarang????
*
*
*
*
*
clear???
*
*
*
*
*
x clear kalu...
*
*
*
*
*
lu pikir la sendiri....
*
*
*
*
*
hahahahahah
*
*
*
*
*
so skrg, terpulang la kat korang, nak pilih yg mana satu.....
*
*
*
*
*
nota kaki: penerangan ini adalah berdasarkan pemahaman saya, sila betul kan sy, klu maklumat saya salah yer... TQ

2 comments:

Luvvvvv said...

huhu.. better ko kurangkan cuti kpd 20 hari. ni ikut pemahaman/pengetahuan aku la.. klu ko kurangkan cuti 5 hari tu, ko leh dpt kumpul cuti ko utk pencen tu 150 hari. bersamaan 5 bln gaji. so byk cuti ko save, the more money u get... hahaha.. amik jgn x amik... x silap aku kiraan dia ialah gaji terakhir kita kot.. klu x silap aku.. arwah bapak aku dulu gitu gak...

Dania's mummy said...

oh iyer ker?
nanti aku tanya budak2 ni, nak ambik yg mana satu? klu aku x sempat pencen da mati, mcm mana dgn cuti2 terkumpul aku???? aku pun x pasti la nak ambik yg mana.. tp masa option hari tu, aku ambik 56 thn ajer... saper ambik 58 thn, pencen dia kena tunggu 58 baru leh dpt...