Pages

Thursday, November 20, 2008

:: SAMUN LA, BUKAN ROMPAKAN ::

Tingkat kawalan kampus

SHAH ALAM: Pengurusan serta Unit Keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, mempertingkatkan kawalan keselamatan dalam kawasan kampus dengan mperbanyakkan sekatan di lokasi tertentu bagi mengelakkan insiden orang luar masuk dan melakukan jenayah seperti yang berlaku pagi kelmarin berulang.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM, dalam satu kenyataan semalam, berkata pegawai keselamatan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu juga diarahkan supaya memantau lebih teliti kenderaan keluar masuk ke kawasan itu.

“Sekatan jalan raya bagi memantau pergerakan kenderaan serta individu termasuk pelajar dan pengunjung diperketatkan membabitkan beberapa lokasi utama dalam kawasan kampus,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas empat pelajar lelaki sebuah kolej kediaman dalam kampus induk UiTM di sini, disamun tiga lelaki dipercayai orang luar.
Sumber dipetik dari sini.

No comments: