Pages

Monday, July 25, 2011

:: ERYNA & GIGINYA ::

Created with PhotoShake iPad



Gigi dak kecik ni da ada tiga (3). 2 kat belah bawah, 1 kat belah atas... Huarggggg, sakit sekarang kalau dia menyusu, agak-agak nak tarik jer, dia gigit. Da la dia menyusu banyak style, menonggeng la, kang, kalau dia nak gerak, dia tarik sekali... Sakittt ooooo.... Esok kalau gigi da penuh, macam mana ni???

Wednesday, July 20, 2011

:: FITFLOP ::

Created with PhotoShake iPad




Ok, seyes aku tak PAHAM:-

1. kenapa selipar bodoh ni, harganya mahal sangat?

2. Orang bodoh mana yang beli selipar bodoh ni dengan harga yang membunuh ni?

3. Kenapa aku suka selipar yang aku sendiri panggil bodoh?


Mmmmm..... Ok, ok, aku sedar diri sekarang, sebab aku pun BODOH gak!!!! Hehehehehehe....

Will be My raya wishlist...

Note: aku minta maaf sebab banyak guna perkataan bodoh dalam entry ni, sebab nak mengambarkan betapa kasut ni tak patut dijual dengan harga yang sebegitu tinggi...

Tuesday, July 19, 2011

:: RESEPI JELLY KELAPA ::

Created with PhotoShake iPad



Ok, lama tak share resepi kan? Mmmm, kalau ikut pemerhatian aku bila tengok nuffnang tu, ramai yang masuk blog aku, cari resepi cheese cake. So mana la tau kalau aku share resepi jelly kelapa ni, ramai pulak yang tersesat kat sini, alhamdulillah.

So, mula-mula korang pergi beli serbuk jelly kelapa tu.biasa dia ada jual kat kedai-kedai bakery kat bahagian jual serbuk dadih tu. Aku tak pasti giant/tesco ada tak. Cuba la korang tengok. Murah ajer, 1 paket tu RM3 lebih.

Selain dari serbuk jelly tu, bahan yang penting da tentu la air kelapa, kalau tak, idok la dipanggil jelly kelapa kan. Kalau untuk sepeket serbuk tu, kita kena gunakan 3000 ml air dari campuran air kelapa dan air paip. Tapi kalau nak sedap, ko guna semua air kelapa, baru la originality tu ada. Tapi kalau payoh beno nak dapat kelapa, air dari sebiji air kelapa pun da memadai. Macam aku, aku memang guna 100% air kelapa. Kelapa pulak, jenis yang baik adalah dari kelapa pandan. Tapi kalau tak de kelapa pandan, kelapa muda biasa pun boleh. Aku pun guna kelapa muda biasa ajer.

Jangan lupa ambik isi kelapa tu. Apa korang panggil isi kelapa tu? Aku orang jawa, panggil "de'gan". Isi kelapa tu, basuh bersih dan potong kecik-kecik, nanti nak masukkan dalam bekas jelly. So bila orang makan, bolehlah gigit-gigit isi kelapa tu kan.

Kemudian, tapis air kelapa tu, dan masak hingga mendidih. Untuk mendapatkan bau kelapa pandan, boleh la masukkan sehelai dua daun pandai. So bau dia nanti akan wangi la... Bila air da mendidih, masukkan serbuk jelly tersebut dan +/- secawan gula. Kacau, dan biarkan mendidih.

Masukkan isi-isi kelapa yang telah dipotong kecil-kecil kedalam bekas, kemudian tuangkan jelly yang dimasak tadi di atasnya. Biarkan sejuk, kemudian boleh la ditutup dan disimpan didalam peti sejuk.

Da SIAP!. FYI, untuk sepeket serbuk tu, kita boleh dapat dalam 50 bekas kecil tu... Biasa aku buat 2 paket utk dapatkan 100 bekas.

Ok, itu sahaja, SELAMAT MENCUBA!

:: DANIA's SCHOOL SPORT DAY ::

Created with PhotoShake iPad



Sukan sekolah Dania ni bulan 5 kot, tapi baru sekarang aku upload... Heheheheh, masa tu aku tak beli connector camera untuk ipad lagi, so agak leceh nak transfer gambar dari camera bagak ke ipad atau pc. Sekarang tidak lagi, sebab da ada connector, laju giler ok dia transfer... Hehehehe

Ok, so sukan sekolah dia, biasalah budak-budakkan, main sukaneka la, tak kira tempat no berapa, semua pun dapat hadiah. Hadiahnya tu, towel tu la.. Tak de pingat-pingat atau piala-piala.. Ok la, aku pun tak kisah hadiah apa, janji budak tu seronok.


Sunday, July 17, 2011

:: KENDURI TAHLIL ::

Created with PhotoShake iPad