Quick update je la, ambik mood dulu...
Ni dalam bulan september, masih mood raya, joint HEP buat jamuan raya pelajar bersama Naib Canselor. Kitaorang bukak gerai steamboat. Gambar lain, aku update nanti-nanti yer..
Ni jamuan raya, organise by pakcik aku. Tahun ni rezeki dia lebih sikit, so dia jemput anak-anak yatim dari sungai buloh...
Yang ni open house rumah aku.. Pergh... Tak pernah-pernah aku buat jamuan, seramai ini, jalan jem, tempat tak cukup, makanan tak cukup... Panik aku laki bini... Disebabkan ni, nak keluar rumah pun malu, jangan kata nak keluar rumah, nak muncul kat facebook pun malu... Hahahahaha, nasib baik la, diaorg memahami....
Yang ni bulan oktober punya. Ni sepupu aku bertunang, eh cop, yg sebelah tu bukan tunang dia, tu bapak dia... Heheheheh
Ni dak eryna nama nya... Dia da dapat kaki da, jalan je kerjanya. Pantang kalau pintu terbukak, mula la dia keluar panjat basikal. Gigih dia panjat basikal kakak dia...
Ni dak eryna lagi. Ni 1st time bawak dia g stadium shah alam tengok bola, anatara veteran selangor & singapore... Ni muka jakun, kenapa ramai sangat orang, and tengah syok dengar orang tiup apa ntah nama menatang yg diaorg dok tiup-tiup kat stadium tu....
Da tu je la benda-benda besar yang jadi sempena kehilangan aku dalam dunia maya ni... Eh cop, ada benda besar lain, tapi tu nanti-nanti la aku update.. Ha, ok la, gambar-gambar lain, nanti aku buat photoshake ajer...
- Posted using BlogPress from my iPad
Location::: FUHHH..... FUHHHH..... ::
No comments:
Post a Comment