Pages

Tuesday, August 16, 2011

:: MENU IFTAR ::

Created with PhotoShake iPad




Last week.

Aku da mati akal nak masak apa, so masaklah lauk biasa-biasa ajer. Tapi tu la, kalau masak lauk biasa-biasa, kurang la sikit selera nya... Mesti ada balance untuk sahur esoknya. Hari ni puasa ke-16, masih mengekalkan rekod tidak menjejakkan kaki ke PARAM. Aku sebenarnya tak de la pun band PARAM ni, tapi sebab aku tak sanggup menampak mencari makanan, baiklah aku masak kat rumah. Lagipun, orang dalam rumah ni, tak reti makan lauk campur-campur dan macam-macam. Lagi satu, diaorang tak makanberulang. Da makan buka tu, so sudah lah. Tak de la pulak dia nak repear makan lepas sembahyang.

Hari ni last day laki aku kerja petang. Aku paling nyampah kalau dia kerja petang, baik bulan tak puasa atau bulan puasa. Atleast kalau dia ada, boleh dia tengok-tengokkan eryna. Ni aku masak, eryna dok nanges-nanges kat kaki aku mintak dokong. Tu belum aku mandi, dia boleh dok depan pintu bilik air, nanges-nanges tunggu aku mandi....

Esok cuti, target nak siapkan 1 lagi langsir sliding door. Lepas tu nak alter baju melayu bapak aku, then nak jahit baju kurung dania lagi satu. Dania kena buat baju lebih, adik-adik dia tak per, sebab boleh pakai baju dia... Tapi macam tak syok pulakkan kan, dia jer ada baju baru, adik-adik dia tak der.. Tak per, kita tengok keadaan macam mana.

Sempena cuti nuzul Quran esok, aku nak share 1 app kat ipad, quran explorer... Dia mcm quran explorer yang kat komputer tu, korang pernah bukak tak? Ada lah shiekh-shiekh yang akan mengaji, korang boleh pilih shiekh mana yang korang nak dengar suaranya. And the best part, its come with tafsir, english tafsir. App tu free, tapi kalau korang nak malay tafsir, boleh beli app tu dengan harga $9.99. Tafsir tu ada banyak bahasa, indon, german, urdu, dan macam-macam lagi la...

So, selamat berxplorasi di bulan ramadhan ni...

No comments: