Pages

Thursday, May 12, 2011

:: SUSU LEMBU ::





Eh salah, susu ibu.... Hehehehe...

Ok, ni hasil perahan hari ni. Da dekat sebulan lebih hasilnya begini. Sekarang Eryna secara rasmi nya da bercampur susu dengan EBM dan FM. Kat rumah pun da ada stock FM. Aku blame diri sendiri, sebab sejak dapat bos baru ni, aku kerja macam tak cukup kaki tangan nak buat kerja. Kalau dulu aku pump 2 kali, sekarang aku pump sekali je bila petang. Dari 14oz duku-dulu, hasil sekarang tinggal 8-10 oz ajer satu hari. Ada jugak hari-hari yang akj mis pump, sebab kesibukkan.

Aku pun da stop minum soya, da tak larat nak telan hari-hari, da naik gebu aku dibuatnya. Aku pun da datang period yang pertama, selepas 7 bulan beranakkam eryna. Melalui pembacaan aku, bila kita da start period, susu lagi akan berkurangan. So aku da ready la, tapi sebelum tu, aku nak fully utilised, sampai bila aku dapat bf eryna.... Aku pun nak start ganti puasa.... Nanti kalau da semakin sikit hasilnya, aku nak start puasa....


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments: