Pages

Monday, May 30, 2011

:: LEGA ::







Sebab mereka tak gaduh dan berebut lagi.

Sekarang perjalanan dalam kenderaan adalah sangat aman, sebab masing-masing tak bergaduh nak menyelit duduk kat tengah-tengah.

Cop! Dont worry, kita tak bagi selalu pun. Biasa dania dapat main, on the way ke sekolah. Alisya lak, petang-petang.... Biasa malam memang kami tak bagi, sebab mak bapak nya nak guna. And kita pun tak download game yang bukan-bukan... Kita cari la game yang pre shool punya.

Ok, sementara aku rajin ni la, meh aku review iPad2. Saper da ada iPad, akan rasa biasa jer iPad2 ni, selain dari dia nya nipis dan ada camera, function lain semua masih sama... Oh, ringgan dan nipis jer la... Yang lain sama ajer... Kualiti gambar dari camera iPad2 pun tak ada la cun mana pun... So kalau beli iPad yang tak ada camera pun tak de masalah. Tak rugi pun tak beli iPad2 ni...

Sekarang aku nak review smart cover iPad2 yang aku rasa tak smart pun... Tapi memang smart la orang yang reka, sebab dapat membazirkan duit orang ramai sebanyak RM159 hanya untuk cover depan ajer... Dan lagi hanya menggunakan magnet... Sekali anak aku dua (2) orang gaduh, rentap, terus berderai iPad aku... Hahahaha, nangessss...








Cara nak pasang, senang ajer, ko rapat kan cover bodo tu kat ipad, dan automatik dia akan melekat... Hahahaha... Vengongs kan? Sekali anak aku rentap, terus terpisah anatara cover da iPad nya. Belakang memang dia tak cover lansung... So kalau ko agak-agak sayang, nak pakai lama iPad tu, ko g lah cari cover belakang... Ala, melambak je jual kat kedai accessories... Sedia kan je duit nya.

Macam aku, aku jumpa cover belakang dia color transparent, memang khas untuk iPad2, so bila pasang, memang tak nampak mcm cover la... Sebab dia transparent kan... Harga aku dapat RM60 jer. Then jangan lupa pasang screen protector. Aku dapar harga RM50 ajer, murah sikit dari yang masa aku pasang untuk iPad1 tapi aku rasa kualiti dia lagi bagus, sebab kesan jari tu tak nampak sangat.

Last one, ini la hasil yang telah di engarve kan... Sayang x muat nak engrave website blog sendiri....





Tak per, boleh je buat creative tampal guna sticker....

Da tu je la review aku, biasa ajer, so saper yang tak dapat beli, jangan la rasa frust sangat. Tak rugi pun tak beli... Jangan jeles-jeles, tak elok untuk hati yer... (ni ikhlas cakap dari hati ni) sebab aku tau ada yang jeles dan perli-perli... So aku update kat sini, supaya boleh share dengan orang lain...


- Posted using BlogPress from my iPad

:: 27 MEI EVERY YEAR ::

Tahun 2011 ni, genap la setahun kembalinya mak aku ke rahmatuallah. Sepanjang tahun lepas, aku sangatttttttt sibuk kat tempat kerja, so aku tak ada masa nak update blog, since bila balik ajer, aku da cukup penat untuk update blog,, hence there are lot of stories to share. Every night, memang tak miss online, tapi biasa aku catchup update blog orang dulu, bila da tak de benda nak baca, baru terpikir nak update blog sendiri. But by the time nak update blog, idea pun hilang, and aku da terlalu mengantuk untuk menaip.

BB aku pun buat hal. Selalu aku update blog dengan gambar ok ajer, tapi ntah kenapa sekarang aku tak boleh nak update blog dengan gambar. Kalau tak letak gambar ok, tapi kalau letak gambar dia tak boleh nak post. Aku google error yang dia pop up bila kita nak post tu, memang ada la error tu, dan memang da ramai yang kena. Tapi aku tak jumpa pun solution untuk error tu. Sudahnya aku delete app wordpress tu dari BB. Esok-esok aku download la balik. Tengok, ok ke tak... Aku lagi prefer update guna BB dari guna iPad, sebab BB kecik, senang nak handle, sebelah tangan pun ok, kalau iPad kena guna dua belah tangan...

So, insyallah awal bulan july nanti, aku akan buat kenduri arwah. Sekejap je da setahun kan. Rasa nya baru lagi aku tido kat hospital, jaga mak aku, pergi kerja dari hospital, ulang alik anta mak aku pergi cuci darah... Saya sangat beruntung sebab diberi peluang untuk jaga mak aku. Dan aku sangat beruntung dilahirkan hanya sebagai perempuan tunggal dalam keluarga, dan aku juga sangat bernasib baik sebab cuma ada sorang abang ajer.

Kenapa?

Sebab aku berpeluang jaga mak aku sepenuhnya dan aku tak perlu bergaduh dengan adik perempuan lain suruh bergilir jaga mak aku. Dan aku tak perlu sakit hati dengan adik beradik lain yang tak nak jaga mak aku (kalau aku ada ramai adik beradik) sebab ada comitment lain (jaga anak la, anak sekolah la, duduk luar daerah la, tak boleh cuti la)..... Dan aku juga sangat beruntung sebab dijodohkan dengan suami yang sanggup jaga mak aku macam mak dia sendiri dan sangat memahami situasi aku masa tu...





Gambar terakhir beberapa jam sebelum roh nya ditarikh.

Semoga mak aku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-fatihah....


- Posted using BlogPress from my iPad

:: HENLEY TUNIC ::


From The Poplook



So far da collect 5 colour. Kalau boleh nak collect semua color, sebab baju ni best dan selesa sangat.







First-first aku beli color kelabu, tu adalah 1st edition henley keluaran diaorang. So jahitan sangat-sangat tak kemas. Tang kedutan kat dada tu memang tak kemas LANSUNG. Even lepas 2-3 kali cucian, jahitan kat tepi baju tetas... Nasib baik ada mesin jahit, so aku jahit balik.

Walaubagaimanapun, aku tak pernah serik, sebab aku suka design, material kain dan service dari thepoplook. Mana ko nak jumpa kedai online yang ko beli hari ni, esok confirm sampai? Cakap, kalau ada bagi tau aku.... Aku nak try shopping kat situ lak... Somemore, postage dia free regardless the amount you pay. Sometimes ada kedai yang offer free postage, tapi with a minumum purchase such as above RM200 ker, RM250 ker....














Then, lepas tu aku beli lagi 2 henley, color purple dengan kelabu gelap.This time, quality dia is much more better... so Bila the next arrival of henley ajer, aku terus rembat lagi 2 which is orange and merah....













Actually ada banyak lagi color untuk collection henley ni, tapi biasanya within 1 day dia da sold out. Jangan kata within 1 day la, kadang aku tengah shopping pilih-pilih masuk dalam basket, sekali bila nak checkout, dia kata, salah satu dari item aku tu da sold out....

So, next time kena pikir cepat yer!

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 29, 2011

:: LETS LEARN ABC ::






Alisya learn how to match the alphabet.

- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, May 25, 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY ::





Belum dapat, tapi transaksi telah berlaku....

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, May 23, 2011

;; QUICK UPDATE ::

Aku tak boleh nak post update terud dari bb aku. Tak tau kenapa. Kena check setting balikmla ni kot. Davtry 3-4 hari da... Tapi still tak boleh lagi. Sebab tu aku senyap ajer 3-4 hari ni... Aku prefer post pdate dari bb compared toipad. Bb kehcik, pegang 1 tgn pun ok, ipad besar, kena pegang 2 tangan. Agaknya bb jeles/merajuk kot...

Ok, tu ajer, aku nak bangun masak ni... Btw, i'm looking fwd for today, sebab aku target parcel ipad2 sampai hari ni... Hopefully lah... And the best part is aku dapat rebet RM100 dari Apple, sebab barang lambat sampai... Yeah!

On separate note, this week aku terpaksa mengadap orang tua tu everyday belah pagi... Thank god in morning, kalau belah petang, kena spray perfume bayank-banyak.... Hahaha.... This one is really not looking fwd, and think abt that, membuarkan aku malas nak bangun.... Erkkkkkk.... Nyampahhhhh....

Ok, da, good morning every one..


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, May 18, 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY ::






Sungai congkak, May 15, 2011


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, May 17, 2011

:: BOWLING TOURNAMENT ::

Hujung minggu aku yang lepas, penuh giler aktiviti. Mula-mula, sabtu tu, husband aku ada bowling tournement kat Sunway Pyramid. Bunyi macam menarik jer kan, sebab kat shopping mall, dengan harapan, bila laki main bowling, aku dan anak-anak, boleh la jalan-jalan cuci mata, window shopping. Oleh kerana sedar ability menjaga anak kurang, maka telah meng import (read:memaksa) adik-adik ipar untuk joint sekali, sambil jadi bibik.... Hahahahah. Point lebih, sebab kawin dengan orang banyak adik. Hahahahah

Tournament start pukul 5 petang, tapi kena sampai awal, so pukul 3 kami dah gerakdari rumah. Sampai jer, lapor diri, terus aku g jalan dengan adik ipar aku... Yg sorang ikut aku, yang sorang g dating... Anak-anak aku jenis tak mesra mall/shopping complex, termasuk la dak eryna ni. Aku sangat jeles tengok anak orang dok dalam stroller diam-diam, yang lagi best tu, boleh tido dalam stroller.... Huaahhh... Eryna tak leh tido kat luar, apa lagi tempat bising, kecuali klu da ngantok sangat. Dia tak menagmuk, tapi dia tak senang duduk dan terjerit-jerit...pitching memang menuruni mak dia la...nyaringggg... Hahahaha..

So eryna tak mau duduk dalam stroller, so dania dengan alisya duduk dslam stroller sorang satu. Eryna aku dokong sambil tolak stroller. Adik ipar tolak 1 lagi stroller. Akibatnya malam tu aku tak boleh tido, sebab tangan aku sakit gilerrrrrrr..... Da la laki aku habis game pukul 9.30 malam. Terus balik rumah PIL, hantar adik ipar, lepak-lepak kejap, pukul 11 lebih baru gerak balik.Bayangkan la, berapa lama aku handle budak-budak ni... Penat ok....

Da la penat, tak dapat nak reward apa-apa untuk diri sendiri... Lagi la tension.... Ada gambar sikit, bagus bawak adik ipar, yang giler ambik gambar... Senang kerja aku. Aku da la tak cukup tangannak jaga anak.




Note: aku jumpa app kat ipad untuk buat collage gambar.... Tada! Ini la hasilnya... Best tau, jakun kejap aku... Hahahaha...


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, May 12, 2011

:: SUSU LEMBU ::





Eh salah, susu ibu.... Hehehehe...

Ok, ni hasil perahan hari ni. Da dekat sebulan lebih hasilnya begini. Sekarang Eryna secara rasmi nya da bercampur susu dengan EBM dan FM. Kat rumah pun da ada stock FM. Aku blame diri sendiri, sebab sejak dapat bos baru ni, aku kerja macam tak cukup kaki tangan nak buat kerja. Kalau dulu aku pump 2 kali, sekarang aku pump sekali je bila petang. Dari 14oz duku-dulu, hasil sekarang tinggal 8-10 oz ajer satu hari. Ada jugak hari-hari yang akj mis pump, sebab kesibukkan.

Aku pun da stop minum soya, da tak larat nak telan hari-hari, da naik gebu aku dibuatnya. Aku pun da datang period yang pertama, selepas 7 bulan beranakkam eryna. Melalui pembacaan aku, bila kita da start period, susu lagi akan berkurangan. So aku da ready la, tapi sebelum tu, aku nak fully utilised, sampai bila aku dapat bf eryna.... Aku pun nak start ganti puasa.... Nanti kalau da semakin sikit hasilnya, aku nak start puasa....


- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, May 5, 2011

:: BULAN MEI ::

Kejap ajer da mei kan? Hujung bulan ni 27hb, genap la setahun mak aku pergi. Kalau ingat-ingat balik, bulan mei ni la, bulan aku bertungkus lumus jaga mak aku. Ulang alik hantar g dailisis, lap-lap badan dis, bagi susu melalui tiub dia, wah masih segar lagi ingatan. Rasa macam baru ajer berlaku, tapi diam - diam da setahun d!

We wont get any kenduri this month. I was planning to have one kenduri hujung bulan ni, untuk genap setahun, tapi bila discuss dengan bapak aku, dia cakap, kita buat sekali masa nak dekat-dekat puasa je nanti terus. So, ok la... Aku ingat nak buat 2 kali ajer, yang genap setahun ni tetap nak buat, then nanti nak dekat puasa kita kirim lagi sekali. Aku x kisah pun, tapi da bapak aku suggest macam tu, kita ikut je la. So untuk setahun ni, kita buat keluarga kecik je la...





Ni dak eryna yang tak sempat jumpa nenek dia. Tapi alhamdulillah, dania still ingat nenek dia lagi. Bila dia nampak kubur ajer, dia akan tanya, nenek kat sini ker? So aku plan nak bawak dania g kubur, raya nanti, insyallah.

So, kawan-kawan, tolong sedekahkan al-fatihah untuk mak aku yer...

Al-fatihah...


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, May 3, 2011

:: DANIA, DHIA & DARIN ::





And mummy DAIA!

Hujung minggu ni Dania ada sukan kat sekolah,xcited sungguh nak tengok dia bersukan. Tiap-tiap petang dia bercerita yang dia berlatih sukan kar sekolah. Sekarang da pandai main mak-mak dengan akisya, da pandai main, cikgu-cikgu....lepas tu bila dia tengah mengajar, kita tengok kan, dia malu... Lepas tu dia datang kat kita, dia pukul kita pulak.

DHIA a.k.a alisya. Kitaorang baru je balik dari klinik, bawak alisya jumpa doktor. Dia muntah-muntah dari petang tadi. Petang tadi balik ajer dRi rumah baby sitter, terus dia main basikal keliling rumah. Tetiba dia muntah depan pintu rumah. Mula-mula muntah ada isi, bila da lama-lama, tinggal air ajer.

DARIN also know as eryna. Da ada 2 batang gigi sebelah bawah sangat-sangat lasak. budak ni tak tidur sepanjang perjalanan dari selangor ke kuala pilah, dan dari kuala pilah sampai ke nilai.

Wei, mata aku da ngantok... Sambung lain kali lah... Bye..




- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, May 2, 2011

:: TELEKUNG ::





Aku kena buat telekung baru la untuk budak berdua ni. Telekung sedia ada da kecik, tak muat untuk diaorang. Kena tanya ibu uwais ni, berapa meter selalu dia buat telekung budak.... Ni aku tengah mood nak menjahit ni....

Budak - budak ni ( ecspecially anak aku la) ada mood nak pakai. Kadang kita beriyer paksa dia pakai, dia tak nak. Bila tak disuruh nak pulak... Ni sementara diaorang nak, baik la aku buat kan cepat...





- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, May 1, 2011

:: MUKA BUDAK KENA CHIKENPOX ::





Dengan mata-mata kena... Sian dia, atas kepala dia penuh, aku rasa tak kurang dari sepuluh. Sebab tu aku pakaikan dia sarung tangan, kalau tak dia asyik gosok-gosok kepala dia. Alhamdulillah, sepanjang kena tu, dia tak merengek-rengek, tapi masa mula tu, bila tido malam dia gelisah ajer, tak senang tido, kejap pusing kiri, kejap pusing kanan, kejap menonggeng... Macam-macam pesen la....

As at today, kebanyakkan luka-lukanya da kering. Ada yang berlubang pun... Aku rasa yang berlubang tu akan meninggalkan kesan... Tapi baik demam ni, lasaknya... Kerjanya asyik nak memanjat ajer.. Pantang nampak benda yang boleh dijadikan asas, dia akan berdiri. Baik pintu, baik bakul kan, wAlker, semua dia nak
Jadikan asas untuk dia berpaut sebab dia nak berdiri. Lepas tu berlagak nak lepas tangan. Jatuh terlentang, ntah berapa kali da...h

So 6hb ni,genapla usianya 7 bulan...


- Posted using BlogPress from my iPad