Apa korang buat dengan duit RM250.00 yang akan dapat nanti? Hahahahah, pysco siot, belum dapat da berangan2. Tak per, meh kita meroyan, sebab tahun ni tak ada bonus. Nasib baik laki aku tak keje gomen jugak, kalau tak haru. Meh la kita ngedeng2 dengan bonus dia sajor. Tu pun ntah2 company dia tak kasi jugak. Haru duit insurans & roadtax keta aku.
ok2, hari tu pak najib kata bantuan RM500.00 tu dibayar secara ansuran selama 2 kali. RM250.00 dibayar sebelum hari raya untuk membantu mengurangkan bebanan persiapan hari raya. So aku sebagai "saya yang menurut perintah" telah membelanjakan kesemua duit tersebut, siap kena top-up lagi RM15.00 dan membeli handbag dan kasut raya aku dari SINI. heheheeheh.. ok what, kata bantuan hari raya, harus beli barang raya.
So disember ni kita akan dapat lagi RM250.00 yang selebihnya. Kata pak najib lagi, bayaran hujung tahun ni adalah bagi membantu meringgankan beban ibu bapa yang mempunyai anak sekolah. Tapi anak aku tak sekolah lagi!(ketawa setan). Boleh beli kasut ke, handbag ke, baju kan? kan? kan?
tidak! tidak! tidak!, aku kan "saya yang menurut perintah", jadi aku da berangan2 nak beli item2 dibawah untuk pra pembelajaraan anak2 aku. heheheheeheheh
LACK SIDE TABLE dari IKEA
Harga RM39.90 satu
aku nak beli dua
so total RM79.80
nanti da cantumkan jadi gini la
lepas tu nak beli kerusi ni
kat IKEA gak
nak beli dua
satu RM59.90
total RM119.80
kalau nak jimat
boleh beli kerusi ni
satu RM45.00
So RM79.80 + RM119.80 = RM199.60 (RM200.00 je la). RM50.00 boleh beli benda sampingan lain. Apa aku nak buat dengan meja2 dan kerusi2 tu? Ha, aku nak buat macam ni
pict from HERE
yeah!, harap2 x de la godaan kasut atau handbag yang perlu diberi perhatian. Tak sabar ni, cepat la disember.
3 comments:
hehehehe.... mummy dania & alisya ni kan, kalau bab menghabiskan duit mmg pintar!!!!
welll.... u know me... hehehehehe
shopping kak jgn tak shopping! nikmat dunia!...
Post a Comment