Pages

Friday, October 30, 2009

:: MARI MEREPEK ::


Aku belum merepek lagi kan hari ni? Hahahaha, apa aku nak repek kan yer? Poll aku tak mendapat sambutan la. Tak pe, sok aku tarik la poll tu.



image google

Semalam aku hangin emo kejap. Tetiba kawan aku mendapat panggilan tel tanya macam mana nak keluar kan LO nak buat makan2 kat port klang. Walaupun semasa panggilan dibuat, tidak dinyatakan apa nama restaurant tu, da tentu2 la aku tau, da tentu2 nya kat muara tu. Kesana atas nama mesyuarat post moterm. Apa ke jadahnya nak buat post mortem sampai ke sana! Korang ni nak buat post morterm ke nak mentekedarah. Nak buat post moterm apa nya, klu kiri tangan ko pegang ketam batu tu! Kot ye pun, ajak la situkang pembuat LO ni, tak de la aku emo tak tentu pasal.



image google
da tentu2 bukan perut aku ni

Habis satu bab. Ni bab lain pulak. Semalam aku rasa perut aku semakin buncit! oh Tidak!, tapi betul, ini bukan mimpi, tapi kenyataan. Nak jadi cerita, laki aku boleh tegur pulak malam tadi, sambil buat muka takut kalau aku termengandung dek perbuatan dia! Cit! Aku rasa ni sebab kawan baik nak datang ni, sebab tu buncit. Aku selalu gitu, tp kali ni makin besar pulak. Tu la, suka sangat makan sambil bersulam air. Aku tau tak baik, tapi tak tahan. Air tu bagai memanggil2 menyuruh minum. Hehehehehe. Tapi aku tengok kak zana da nak beranak da, teringin betul aku nak pregnant lagi. Cepat2 saper nak ambik batton kak zana lepas ni? Dia da nak pass batton tu

esok, sabtu aku nak ke SUNGKAI, perak. Sepupu aku kawin. yeah! suka! suka! sebab dapat jalan. Bagus gak nak jalan jauh, kalau tak laki aku buat dunno je tak mo service keta. Heheheheheeh









Thursday, October 29, 2009

:: RM250.00 ::

Apa korang buat dengan duit RM250.00 yang akan dapat nanti? Hahahahah, pysco siot, belum dapat da berangan2. Tak per, meh kita meroyan, sebab tahun ni tak ada bonus. Nasib baik laki aku tak keje gomen jugak, kalau tak haru. Meh la kita ngedeng2 dengan bonus dia sajor. Tu pun ntah2 company dia tak kasi jugak. Haru duit insurans & roadtax keta aku.

ok2, hari tu pak najib kata bantuan RM500.00 tu dibayar secara ansuran selama 2 kali. RM250.00 dibayar sebelum hari raya untuk membantu mengurangkan bebanan persiapan hari raya. So aku sebagai "saya yang menurut perintah" telah membelanjakan kesemua duit tersebut, siap kena top-up lagi RM15.00 dan membeli handbag dan kasut raya aku dari SINI. heheheeheh.. ok what, kata bantuan hari raya, harus beli barang raya.

So disember ni kita akan dapat lagi RM250.00 yang selebihnya. Kata pak najib lagi, bayaran hujung tahun ni adalah bagi membantu meringgankan beban ibu bapa yang mempunyai anak sekolah. Tapi anak aku tak sekolah lagi!(ketawa setan). Boleh beli kasut ke, handbag ke, baju kan? kan? kan?

tidak! tidak! tidak!, aku kan "saya yang menurut perintah", jadi aku da berangan2 nak beli item2 dibawah untuk pra pembelajaraan anak2 aku. heheheheeheheh


LACK SIDE TABLE dari IKEA
Harga RM39.90 satu
aku nak beli dua
so total RM79.80

 nanti da cantumkan jadi gini la


 lepas tu nak beli kerusi ni
kat IKEA gak
nak beli dua
satu RM59.90
total RM119.80

kalau nak jimat
boleh beli kerusi ni
satu RM45.00

So RM79.80 + RM119.80 = RM199.60 (RM200.00 je la). RM50.00 boleh beli benda sampingan lain. Apa aku nak buat dengan meja2 dan kerusi2 tu? Ha, aku nak buat macam ni



 pict from HERE

 yeah!, harap2 x de la godaan kasut atau handbag yang perlu diberi perhatian. Tak sabar ni, cepat la disember.








:: SUP KETAM ::

Ok, en suami da balik semalam. Tapi tak berapa nak ok lagi. Tangan dia sakit2 lagi kata nya. So still kena minum air banyak lagi. Baru malam tadi aku sempat/berpeluang nak masak sup ketam untuk dia. Ooooiiiii... mahalnya letam sekarang, Sekilo RM20.00 ko.... DANIA panggil ketam ni labah2.. hahaha.. gelak aku.


sup ketam versi aku
sila abaikan mangkuk DAIA itu..

Serius, sebelum ni aku tak pernah masak sup ketam. Selalu, asal beli ketam je, mesti masak lemak cili api. Tak pernah lagi aku try masak lain. Da la ketam mahal, kang masak2 tak de orang nak try makan pulak. So ni resepi sup ketam versi aku. Tak sempat nak online, cari resepi.

BAHAN-BAHAN
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam
cili kecik
daun sup
bawang goreng
daun limau purut
ketam

Bawang Merah tu, potong 4, tumbuk bawang putih. Lada hitam tu optional la, kalau nak letak, letak la. Tak nak pun boleh. Dalam kes aku, ada balance lada hitam dalam lesung tu, aku tumbuk je la bawang putih, cili kecik dengan halia sekali dalam tu (kes malas nak cuci lesung). Tumis semua bahan2 tadi, then masuk kan air. Lepas tu masuk kan ketam, slow kan api, Pergi mandi. Hahahahahaahah....

Lepas siap mandi, sup ketam tu da mendidih2, dan ketam tu pun da masak. Masuk kan daun limau purut, garam, aji, gula. Lepas tu korang rasa la, sedap ke tidak. Bila da ok, pecah kan telur sebiji, masuk kan dalam tu. Lepas tu mati kan api. Da siap. Tabur dengan daun sup dan bawang goreng. Walla... sedap sehingga menjilat sepit ketam... hehehehehe







Wednesday, October 28, 2009

:: ALISYA'S FAV SONG ::




Pernah dengar lagu mery had a little lamb, litle lamb, little lamb versi indon/melayu? Alisya suka sangat dengan lagu tu, tapi versi indon/melayu. siap boleh goyang2 kan badan lagi. Cute sangat. Ni lirik dia.

mariam ada kambing, ada kambing, ada kambing
mariam ada kambing
kulit putih bersih

mana saja dia pergi, dia pergi, dia pergi
mana saja dia pergi
anak kambing ikut sama

satu hari ke sekolah, ke sekolah, ke sekolah
satu hari ke sekolah
buat mariam susah

mari ketawa riang, ketawa riang, ketawa riang
mari ketawa riang
lihat kambing mariam

mariam ada kambing, ada kambing, ada kambing
mariam ada kambing
kulit putih bersih
ni yang perkenalkan lagu ni en suami la ni. Mana ntah dia dapat ring tone ni, terus budak2 tu suka.

yeah... nak choa. Laki aku da boleh kuar hospital. Hoyeh.. hoyeh...







:: GAMBAR PESAKIT DENGGI ::

Da berbotol2 masuk air. As at semalam, rasa nya da berbelas botol da. DIa mengeluh, sebab asyik kena minum banyak air, dan asyik nak ke toilet ajer. Aku tengok badan dia macam da gemuk sikit, sebab dia makan ikut time. Pagi, tengah hari, petang. Heheheeheheh... Dia kata klu tak makan, nanti lapar.

Dia ngeluh jugak, sebab selalu kalau tak sakit, tiap2 hari atau 2 hari sekali dia akan cukur kepala dia botak licin. tapi ni da 3 hari dia tak dapat cukur kepala dia. So dia rimas, dan rasa kepala dia berat. Habis la, nampak la segala uban2 dia nanti. Ohhh... aku lupa nak usik dia, ada 'foging2' tak kat sana? aku rasa da berapa hari tu dia tak 'fogging tu'... heheheheeheh

tiap2 kali doktor check, mesti nak tengok lidah. Lindah orang kena demam denggi ni putih tau, tak merah macam orang sihat. Selagi lidah dia tak merah dan darah dia tak ok, sleagi tu la dia kena tahan.

Ni result terbaru dia petang semalam. Aku curi2 snap gambar guna camera hp aku yang rosak ni. Nampak tak pletele dia tu? Cuma 57 ajer. L tu maksud nya low la. Untuk orang yang normal range pletele dia ialah antara 150-450. So tunggu la sampai pletele dia naik, baru boleh release balik rumah.

ooohhh... ada yang kata kena makan sup ketam kan? heheheeheh, aku belum sempat buat lagi... heheheeheh, kejam tak? Aku keje la siang. Balik dari opis, aku terus ke hospital. Bila masa nya aku nak masak kan sup ketam untuk dia. Tapi mak dia tiap2 malam bawak kan sup ketam tu... nasib baik de mak mertua...
Harap2 hari ni boleh la balik. Hari2 aku tanya soalan tu kat dia...;-)





Posted by Picasa

Tuesday, October 27, 2009

:: DEMAM DENGGI ::


Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 – 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bnintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan

Tiada rawatan khusus untuk jangkitan denggi dan selalunya doktor hanya dapat memantau perkembangan pesakit dan merawat simptom atau komplikasi yang timbul.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. (sistem imun lemah tak dapat melawan vrus)

Pencegahan

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus. (tidak ada ubat / dadah farmaseutikal yang dapat membunuh virus)

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.
sebanyak 200% lebih aktiviti paras dasar , Oleh yang demikian sistem imun tubuh akan melawan dan membunuh virus . Dan jangan lupa minum air banyak-banyak.

sumber: mr. google













:: PROGRESS EN SUAMI ::


Ok, sedikit perkembangan kesihatan en suami. So far so good. Tapi bacaan darah putih dia tak berapa baik lagi. SO tak boleh kuar ward lagi. Lepas tu muka, tangan dia aku nampak macam sebam2 atau bengkak2 sikit, sebab banyak masuk air kot. As at semalam da berbotol2 gak la masuk air. Suppose dia start keje pagi hari ni. Rugi2, kalau tak da boleh tido rumah. Hai, cepat la balik daddy oii, penat mummy berkejaran dari opis ke hospital, ke rumah babysitter.









:: SOALAN UNTUK HARI INI ::


Susulan 22 pelajar hilang: Read full news HERE

Dulu masa sekolah2, bila ada aktiviti2 luar, aku tak pernah miss joint. Biasa nya rombongan2 la. Aku rasa rombongan paling awal aku joint adalah rombongan masa tadika dulu. Then bila da sekolah menengah, aku selalu gak pergi panjat2 gunung sana sini. So far, mak bapak aku tak pernah banyak tanya, dia approved ajer. sama ada mak bapak aku sayang aku, atau diaorang sporting, go figure u'r self. heheheheheeheh.

Lepas tu aku heran gak, ada 2-3 orang kawan aku yang parents dia selalu tak approved untuk joint rombongan2 ni. Bukan setakat panjat2 gunung hutan tu tak bagi, pergi rombongan2 ke muzium pun tak bagi. Aku pun heran, awat lah mak bapak diaorg ni tak bagi.

Tapi bila aku da jadi mak ni, memang confirm aku pun tak bagi anak2 aku joint. Baru aku tau perasaan mak bapak kawan aku tu.

Apa kata korang? korang benar kan atau tidak?











Monday, October 26, 2009

:: CUBIT ::


Dulu sebelum DANIA ada adik, dia tak pernah kena marah dengan aku. Apa lagi kena pukul atau cubit. Tapi sejak dia beradik ni, wah, tangan aku menjalar2 kat dia... Ater, menguji kesabaran sungguh. Sian kadang2 kat dia. Dulu bila dia nangis, kandang2 mak aku membantu, atau mak aku bising kalau aku laki bini marah kan DANIA. Tapi ada 1 hari tu, aku sound mak aku, kata jangan masuk campur.  Aku tak nak nanti, bila nenek dia selalu bela dia, dia naik tocang.
Aku jarang pukul, bapak dia pun jarang pukul. Marah tu selalu. Tapi kadang2 aku cubit dia. Cubit bukan sikit2 punya cubit. Cubit sekuat hati punya. Heheheeheh, kejam kan aku. Ada 1 hari tu, dia berkali2 mintak susu. Da berbotol2 aku buat kan. Last2 aku naik hantu. Mula2 aku marah dia dulu. Aku cakap no more susu. Then mula la dia nangis. Bila dia nangis tak berhenti, mula la aku cubit suruh dia. Lagi kuat dia jerit, lagi kuat aku cubit. Aku cakap dengan dia, selagi dia tak diam, aku akan cubit. So slowly dia diam, hanya sedu2 ajer. Then aku cakap, no more susu. Air 'jarang' je boleh (air jarang = air kosong). So aku tanya dia, air jarang nak tak?, dia angguk2. Sejak tu bila dia da mintak susu sekali, kali ke-2 dia akan mintak air jarang. Aku bukan nya kedekut tak bg dia minum susu, tapi masalahnya dia minum susu berturut, dan suka hisap botol tu. Bila nak tengok tv ajer, nak kena hisap botol. Tu yang aku mengamuk tu.
Ada satu malam tu, dia terjaga dari tido, mintak air jarang. Tak mintak susu macam selalu. Siap cakap dengan aku "mummy, mintak air jarang boleh?", sian pulak aku dengar. Aku buat kan la dia susu. Kalau jarang antara 1 meal dengan 1 meal tu jauh, aku buat kan la dia susu. Kalau dekat sangat memang kena bambu la dengan aku.
Aku tengah berkira2 nak beli rotan pulak. Sajer standby kat rumah.





Posted by Picasa

:: TRANSFORMASI ::



Kepala Mr. Alarm telah putus dari keychain nya. Nasib baik masa tergolek2 tu aku sedar. Eh, apa benda yang jatuh ni.. Rupanya kepala Mr Alarm telah terkulai.  Aku pun transformasikan Mr. Alaram kepada INI! Mr Alarm memakai Baju!

Aku pernah nampak si DIA buat. Tapi sayang, semalam masa aku bukak blog dia untuk buat rujukan, cuma ada gambar fotobucket ajer. Jadi aku guna imaginasi sendiri je. Janji Mr Alarm boleh bersatu balik dengan kawan2 lain kat keychain tu udah. So kalau fotobucket tu da kembali pada yang normal, akan ku ubah design kembali baju Mr Alarm ni.






:: RUSH KE DENGGI ::



Aku kan, samapi sekrang tak percaya laki aku kena denggi. Iyer ke kena denggi? Sebab hari tu badan alisya pun kena benda yang sama macam dia gak, tapi kenapa alisya da baik? kenapa dia belum baik?
Aku tak rasa dia kena denggi la. Aku rasa dia kena macam campak tu ajer. Kalau betul denggi, kenapa doktor kat klinik pertama yang kitaorang pergi tak suspect denggi? Doktor tu lagi best, dia boleh cakap laki aku alergik kat ubat. Adohai...
tak pe la, bagi chance dia rehat kat hospital je la...





Posted by Picasa

Sunday, October 25, 2009

:: WARDED ::



:: image google ::

En Suami kena tahan kat ward hari ni. Heheheheeh 1st time masuk ward, lepas kawin. Dulu2 pernah la dia masuk ward sebab accident. Tapi sakit2, ni la baru 1st time.

Ingat tak hari tu aku cakap alisya demam kena merah2? Few days after alisya demam, en suami lak demam. Masa tu tak teruk sangat. Dia masih boleh pergi kerja agi. Masa Alisya kuar merah2 tu,  badan en. suami tak de pun tanda2 nak kena jangkitan yang sama. Bila merah2 kat muka Alisya da kurang, dia pulak kena. Dia ingat kena benda yang sama, macam campak, so dia pergi la minum air kelapa muda2 banyak2. Sekali hambik ko, kuar semua merah2 tu.

Semalam, sabtu, dia kena kerja lagi, so dia tak larat ajak aku g klinik. Aku pun bawak la g klinik panel dia kat Sri Andalas. Then dapat la MC sehari. Ini adalah MC pertama dia selama 9 tahun dia bekerja kat westport. Lepas tu hari ni, makin teruk merah2 dia, somemore, sakit2 badan lagi. So hari ni last day shift dia. Aku kata klu tak larat, pergi klinik la, mintak MC lagi. So dia pun setuju. Da tak tahan sangat la tu.
Klinik yang semalam tu kat sri andalas tu, tutup hai ahad. So pergi lagi satu klinik panel kat bukit tinggi. Doktor checked2, doktor suspect kena DENGGI. Btw, doktor kat klinik semalam tu kata, merah2 kat badan dia tu, maybe allergic makan ubat. So husband request nak g hospital panel, ARUNAMARI.

Bila pergi ARUNAMARI Medical Centre, dia ambik darah, checked semua2, dia kata tak berapa teruk sangat. Bacaan darah dia dalam 80 lebih kot. Dia kata kena tambah darah gak, since diaorg tak de stock darah, dia transfer kes ke HTAR.

Tunggu result lab darah, lambat sangat, so aku balik hantar budak2 pergi rumah babysitter. Balik rumah, packing2 barang, terus g ARUNAMARI balik. Ngam2 sampai, result lab keluar, terus bawak en suami pergi HTAR.

Sampai HTAR, follow la procedure2 semua, dalam sejam dua baru masuk ward. Nasib baik ward denggi kat belah bawah ajer... tak yah berebut2 naik lift bila nak melawat. So malam ni, tido la en suami di ward.. Hehehe, sian dia, ntah berapa lama ntah dia kena tahan tu.

BTW, soalan aku sekarang, adakah aku patut bersa lega kerana ia nya DENGGI dan bukan H1N1? jawap2, jangan tak jawap. Tak leh buat poll, sebab poll sedia ada pasal budget. hehehehehe









Friday, October 23, 2009

:: 2 MONTHS BONUS ::

:: STICKY MODE SAMPAI BUDGET 2010 ::

Last friday, CUEPACS announced that they gonna ask 2 mths bonus for 1.2m public servants. 2 months bonus? Boleh dapat ker? pernah ke dalam sejarah sektor awam ni dapat 2 bulan bonus? ntah, aku x pernah tau pulak.

btw, aku rasa 2 mths bonus utk semua sektor awam agak berat dan tidak adil. Pada aku, klu nak bagi 2 mths bonus tu, kena bagi pekerja sokongan ke bawah ajer. Pekerja professional, dapat 1/2 bulan atau 1 bulan bonus ajer. Heheheehehehe, relax2, jgn marah semua boss2!  klu pun pekerja2 sokongan ni dpt 2 bulan bonus, bonus diaorg tu masih belum dpt menandingi basic gaji boss2 tu. Betul x?

So, menjelang budget 2010 pada 23hb Okt depan, aku create 1 poll tanya pendapat korang. Agak2 korang, PM approve ker? Aku create poll tu sajer suka2, korang jgn bahas serius2 lak. One more thing, korang jgn la persoal kan layak atau x layak dapat. Korang jawap ikut logik akal ajer.

RUMORS!

10% increase on basic salary, 1 month bonus & abolish COLA ?
Ohhhh.. tidakkkkk.... aku rela x dapat 10% increase on basic salary tu asalkan maintain COLA














:: SOALAN CEPUMAS ::

Asyik cerita pasal ALISYA ajer kan? DANIA tak dapat interframe lansung. Btw, ni gambar terbaru dia. Baru semalam ambik. Masih belum bergigi lagi. Gigi dia habis ronggak. Risau aku!


Da pandai cakap, tapi kelam kabut susun ayat. Orang2 yang rapat je boleh faham apa yang dia nak cakap. Bapak dia pun kadang2 tak paham apa dia nak cakap. Lagu fav dia sekarang, lagu superman dengan lagu aliff aziz tu "please, please kamu jangan nakal" tapi dia tukar senikata jadi "please, please, mummy jangan marah". Pandai pulak tu dia tukar senikata.
Soalan cepumas dia setiap pagi:-
Dania: Mummy, mummy nak pergi mana?
Mummy: Nak pergi work la, Kakak stay rumah ibu yer
Dania: mummy work kat mana?
Mummy: Kat shah alam
Dania: Shah Alam mana?
mummy: Selangor
Dania: Selangor mana?
Mummy: da la kakak, diam 5 minit

Lepas tu kaki bodek pun iyer. Setiap kali dia makan masakan aku mesti dia cakap "mmmm, pandai mummy masak". Ada satu hari tu, aku gorengkan telur je untuk dia, makan dengan kicap. Dia boleh cakap "mmm... sedap mummy, pandai mummy masak, TQ mummy". Lepas tu bapak dia cakap "goreng telur je, daddy pun pandai buat" hahahahahah...
Dia masih belum tanggal pampers la, malas aku nak aja dia. Buat nya dia tengah baring2 kat carpet, terkuncil, jenuh la aku nak jemur/basuh carpet tu. Boleh tak aku biar dia pandai sendiri ajer? Weekend ni aku try la, tengok macam mana.







Posted by Picasa
penat aku nak jawap soalan dia. panjang lagi tu. Kesabaran sungguh.

:: SIAN DHIA ::

Sian anak aku, merah2 muka dia. Bila malam dia tak leh tido, sebab badan dia semua mengerenyam. Bapak dia pun kena gak. Tapi sebab bapak dia hitam, tak de la nampak sangat. Tu pun sibuk sms aku, kata tak boleh tahan gatal. Habis, ko tak boleh tahan, anak ko lagi la...

Paling teruk kat muka, tangan, tapak tangan, kaki dengan tapak kaki. Badan tak ada pulak.


da macam badut da, hidung merah2


tangan dia pun kena gak

pipi

nasib boleh tawa2 lagi



Bapak dia teruk lagi, dengan mata ikan kat dalam mulut. Panas dalam la kot, nasib baik ALISYA tak de kena mata ikan. Kalau tak lagi susah nak bela.

Cepat la baik, da tak comel da aku tengok dia gitu.







Thursday, October 22, 2009

:: ALISYA LAGI ::


Ini gambar terbaru Alisya selepas baik demam! Ligat berjalan kehulu kehilir. Tak padan bila demam, dok melepek ajer.
btw, malam tadi ALISYA tak boleh tido. Pusing sana, pusing sini, merengek2. Aku kata apasal la budak ni, kena sampuk ker, sebab aku pegang dahi dia tak panas pun. Bagi sisi x nak minum. Aku boh vics kat perut dia, kot2 perut dia masuk angin kan. Lepas boh vics, ok kejap, lepas tu merengek2 lagi.
Then pagi ni, bila dia bangun tido, aku tengok hidung dia da macam badut da, merah2!, tapak tangan merah, tangan merah, muka la paling teruk. Badan tak ada lagi. Mak aku kata kena "DABEKKEN". Tu bahasa orang jawa, orang melayu aku tak tau panggil apa. Campak ker? tapi dia x de biji2. Dia gatal dan merenyam. Mak aku tak bagi mandikan, tapi aku mandi kan jugak. Demam pun aku mandi kan, ini kan pulak takat merah2 (melawan cakap mak!) heheheheeh..
So, conclusion, itu la punca dia demam hari tu. Petang nanti aku follow up dengan babysitter.






:: SAPER NAK DUIT??? ::

Saper nak DUIT, angkat tangan!!! Semua orang nak DUIT kan? mana de orang tak nak duit. So, siapa2 yang nak duit, click gambar kat bawah ni, da ikut arahan selanjut nya.

Apa itu CATCHEYE? dia ala2 nuffnang gak, tp nuffnang ko kena tempek kat blog, so ads dia running je la kat blog. Yang ni ko kena ajak orang joint under ko ala2 MLM pun ada. Tak caya, ko tengok hieracy kat bawah ni.


moh la kita joint. Mana tau leh dapat duit terpijak ker, saper tau kan? hehehehe. For more info, visit CATCHEYE.COM yer...