Pages

Thursday, June 26, 2008

+ OMI a.k.a UDA is here for summer holiday +

Omi DANIA a.k.a UDA (makcik mummy), selamat tiba di KLIA on 19th June, last week for her summer holiday. Dia balik sorang dulu, sebab dia kan tak keje, so boleh la blk awal. Husband dan 2 org anak nya akan smp sini, Insyallah on 10th July kot.... yg lain tu keje dan masih belajar. some more, klu balik b'4 July, Omi DANIA leh dpt discount utk tiket kapal terbang...
Memang every 2 years dia akan balik ke M'sia. tp tahun ni dia x plan pun nak balik, since nenek pun da x de, then fuel price pun naik giler2, so tambang pun naik giler2 la kan... last min, dia punya ajen kat sana call, tanya sama ada dia still interested nak blk m'sia. bila dia tanya husband dia, husband dia bg green light, so here they come.....
Omi landed around 6.30-7.00 a.m la... tunggu beg2 semua dlm pkl 9.00 a.m da smp rumah. so sblh ptg, kami sepupu2 semua melawat la dia kat rumah arwah nenek. Omi pesan sim card kat mummy... so mummy belikan la utk dia.
and here are presie from her to both of us (DANIA & mummy)














mula2, pakai t-shirt boy.. lps tu bila mummy mintak dia test baju ni, dia bukak angkat tgn.. nasib baik mood dia baik.. dia ni klu org suruh pakai skirt ker, dress ke, baju kurung ker, paya sikit... mcm tomboy sikit dia ni... pandai pilih baju sendiri... baju tu brand H & M yer... kat sini x de la butik nya, tp klu yg reject ada la...
Perfume tu, OMI bg mummy... kylie Minouge... wangiiiiiiiiiiiiiii.. i like... kecik ajer, sesuai utk diletak dlm handbag.. so perfume ni skrg, letaknya didalam handbag mummy.... takut gak klu terjatuh ke aper... tp insyallah la yer...
klu nak tau, every time OMI balik sini, memang ni la presie nya utk mummy.. last 2 year, mummy dpt perfume pleasure, x silap... ada brand benetton, x habis lg... byk la, klu di kumpul2kan ada dlm 7-8 botol kot.... hehehehehehe thanks Omi...
Tomorrow, mummy janji nak bwk OMI g pesta buku kat kilang ALAF 21. mummy ambik 1/2 day.. lps kuar lunch dgn Ms. J (insyallah), mummy akan bwk OMI jln2 lak dgn DANIA... kita g window shopping.... yeeehaaaaa.............

+ DANIA dan rokok??? +

mlm td mummy godek2 lappy, lama x bukak lappy tu, kang tahu2 kena virus pulak... then godek punya godek, mummy jumpa gambar ni.... masa ni umur DANIA da setahun lebih gak la rasa nya.. cuba teka, apa dia tgh buat ni? khusyuk giler....


apa benda kat blkg dia tu?????


nampak tak dia tgh pengang apa tu??? x nampak lg? sat2... mummy bg gambar lg clear yer...
















nampak da???? punya la khusyuk, ingat dia main aper, senyap ajer, rupa2nya dia kerja kan rokok daddy dia... ha, padan muka daddy, letak lg rokok merata2..... sekotak rokok di jahanmkan.. heheheheeheheh

















gotcha!!!!...... muka budak x bersalah... ni la dia....

Pengajaran untuk daddy: JANGAN LETAK ROKOK MERATA2!











Wednesday, June 25, 2008

+ Happy Birthday Ms. J +

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Ms. J
Happy Birthday to you


Birthday Ms. J bukan hari ni. Tp mummy baru berkesempatan nak memblogging hari ni. Birthday Ms. J was on 21st Jun 2008. Tgh mlm hari tu mummy da ingat da birthday Ms. J tu, tp x kosa la mummy nak bangun tgh2 mlm menaip msg bg Ms. J. So pagi2 buta 21st June tu, terus grab hp type mms kat dia.. Knp mms? sebab mummy bg presie maya kat dia, kasut ked's idaman kami berdua.. heheheheehe

msg mummy kat dia, standard la.. semoga panjang umur, murah rezeki kan... but she replied this:

"Hahahahaha. tq.. tq.. tp xkan maya je kot.. klu real lg best. syg giler aku kt ko.. hahahaha... anyway tnx my dear frenz"

wah.. i'm so touched la baca dia punya reply.. nak nangis pun ada... tu baru bg presie maya.. belum real lg...

lps beberapa kali berbalas msg, kami pun set date nak kuar mkn2 tis coming friday... (but looks like mcm x jd ajer...). SO yesterday, received msg dr daddy, ckp dia kuar g main bola... mummy pun apa lg, terus g SACC mall cari presie Ms. J.
Hari tu kan mummy de plan nak bg Ms. J this book (Insyallah, coming soon kan Ms. J?)

Tp pikir2 balik, eleh, Ms. J ni ada ke masa nak baca buku bagai... da la selalu balik lambat, tgh berkasih pulak skrg ni, x yah la bg buku ni... biar aku je la yg baca... heheheeheh. so mummy pun pikir2 apa nak bg yer... ingat nak beli something dr bodyshop, tp smlm masuk bodyshop x de yg menarik la gift dia... x kan la nak invest RM80.00-RM90.00 utk body shower yg cinonet tu... pakai berapa kali je da habis. surf kat tnet, crabtree, ada hand lotion, menarik.. tp kan sini2 mana de crabtree.... kena g suway atau oneutama lak... Jusco Bukit Tinggi x perasan lak ada crabtree ke idak.... masa da x de ni...

So smlm masa kat SACC mall, jln punya jln, jumpa la kedai perfume... so mummy kata, baik bg perfume, dr bg brgan bodyshop tu.. da la mahei, shower gel ajer pulak tu... x berbaloi... so mummy decided to gift Ms. J this perfume:




YSL, baby doll... bau dia sungguh2 la wanggiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Actually mummy yang nak perfume ni, Ms. J jugak yg perkenalkan. tp x beriya cari pun... then smlm x tau nak pilih perfume aper utk Ms. J. Ms. J ni sbnrnya da byk sgt perfume.. kakak dia dulu kerje kat KLIA, kat kedai perfume. SO kat rumah Ms. J ada satu almari penuh dgn botol perfume yg miniture tu... mcm2 bentuk... ada org ckp, klu kita nak bg hadiah kat org, bg la hadiah yg paling kita suka... since mummy nak sgt perfume tu, so mummy beli la as presie Ms. J... hope Ms. J would like it. bila nak pass kat Ms. J nie yer????

Thursday, June 19, 2008

DANIA BATRISYA vs DAYANA BATRISYA

apa hubung kaitnya antara DANIA BATRISYA dengan DAYANA BATRISYA? mereka berdua adalah dua pupu dari sebelah mummy. Bapa kepada DAYANA adalah sepupu kepada mummy. kenapa nama mereka berdua seakan2 sama? jawapannya kerana kedua2 ibubapa DAYANA tidak suka campur sedara!!!!! (geram aku...) heheheheheeh
semasa DAYANA dilahirkan, umur DANIA da masuk 1 tahun 3 bulan. Semasa DANIA menyambut harijadi nya yang pertama, mummy siap buat party kecil2lan lg untuk DANIA. Persoalannya sekarang, how come parents si DAYANA ni tak tahu nama anak aku???? anak aku da berumur 1 tahun 3 bulan tau masa anak dia di lahirkan.. x kan dalam masa 1 tahun 3 bulan tu, dia x boleh nak tahu nama anak aku????
Masa mummy tahu nama anak sepupu mummy tu, (diberitahu oleh cousin2 yang lain) DAYANA BATRISYA, mummy x rasa apa2 pun.... pada mummy, x pe la..ia hanya sekadar nama, sapa2 pun boleh letak kan... dari DAYANA ni lahir, kitaorg sepupu2 ni x pernah nampak dia, sebab mak DAYANA ni balik ke johor selepas 3 hari bersalin kat sini. then kemudian lps mak DAYANA ni habis pantang, dia tinggal kan DAYANA ni kat johor utk mak dia jaga.. X tau la reason di sebalik tu.. but then, selepas 7 bulan anak dia kat sana, dia ambik DAYANA tu utk tinggal dgn dia kat sini... SO baru2 ni, ada birthday party anak sepupu yg lain, berkumpul la kami sepupu2 ni kat rumah makcik kami ni.. kat situ la baru nampak si DAYANA ni... bila mummy nampak parents DAYANA ni bawak DAYANA ni, tetiba hati mummy berbulu pulak.... mcm mana la ko leh letak nama anak ko ni sama mcm nama anak aku? Walaupun ianya sekadar nama, tp mummy rasa dia x patut letak nama anak dia lebih kurang sama dgn anak mummy... klu dia tu org lain, mummy x kenal sgt, x pe la.. ni sedara sendiri.. klu berkumpul mesti akan berjumpa... so mummy mcm x leh nak terima...
Masa kat birthday party tu, mummy terdengar perbualan ni:-
makcik A: B, saper nama anak ko ni? (makcik A bertanya kepada mak si DAYANA)
makcik C: DAYANA BATRISYA (makcik C menjawap bg pihak menantu dia)
makcik A: eh, bukan sama mcm nama anak ko ke? (makcik A menunju kan soalan kepada mummy, tp mummy tidak menjawap, sebab didalam hati sudah berbulu ajer)
makcik C: ha'ah, sama mcm anak si ida ni. MAK BAPAK DIA X TAU, LEPAS DAFTAR KAN NAMA, BARU TAHU NAMANYA SAMA MCM NAMA ANAK SI IDA NI.
aduhai makcik C.. nasib baik la ko yang jawap bg pihak anak menantu ko... klu la anak menantu ko yang menjawap, da tentu aku fired cukup2 punya... LAIN KALI BERCAMPUR LA DGN SEDARA MARA... JGN MCM KATAK BAWAH TEMPURUNG... BILA RAYA, DTG LA RUMAH, BILA ORG BUAT KENDURI ATAU MKN2, DTG LA KERUMAH.. KLU ADA SEDARA BARU BERANAK, BWK2 LA MELAWAT... BUKAN KITA NAK HADIAH BAGAI PUN... CUMA INGATAN TULUS IKHLAS TU YANG PENTING... boleh mak mertua dia jawap, anak menantu dia x tahu nama anak aku? hello... aku leh ingat nama anak2 buah sedara aku, walaupun bukan nama penuh tau... ayoyo.. teruk betul la sepupu yang sorang ni... angin betul aku dengan jawapan makcik aku tu....

Tuesday, June 17, 2008

+ BENGANG +

Hari ni dalam sejarah, mummy kuar pagi2 buta.. pkl 6.45 mummy da keluar rumah.. DANIA mandi pkl 6.20 a.m tanpa air suam... da imune anak aku tu.... Daddy keje pagi, so on the way g keje, daddy hantar DANIA g rumah babysit. so mummy leh g keje terus... Reason dtg keje awal? sebab pagi ni mummy nak jumpa bos besar mummy. mlm td masa tgh tido, mummey teringat something. Actually document2 yang nak dibawak jumpa bos tu mummy da siap kan da.. since ada few things mummy kena edit, so kena dtg awal la.. org tua tu kang klu lambat, mengamuk dia....
Pkl 7.05a.m mummy da smp opis, x pernah di buat nya aku.. selalu time2 gitu baru nak kuar rumah.. smp2 opis, system x leh nak guna pulak... benggong betul.. ni yang buat aku naik hangin ni... da la satu keje tiap2 hari nak kena g jumpa bos besar tu... klu dkt, x pe la, ni jaun tau, kena naik turun bukit, tau la UiTM ni, byk bukit2 nya... geram aku.. geram....

Wednesday, June 4, 2008

+ Abang oh Abang +

Just received a call from my one and only abang. He requested to borrow our handycam. Ask him to call nizam directly... Then mummy cepat2 call daddy, ask him whether abang had called him or not... daddy kata dia de receive missed call dr abang. So cepat2 mummy bg tau dia, abg nak pinjam handycam. At 1st, masa mummy received call from abang tu, rasa mcm nak bg dia borrow ajer.. but then, think back again ayoyo... mummy da dekat nak bersalin la.... kang dia pinjam, x tahu dia bg balik bila... nak mintak balik dr dia pun bercinta, padahal hak kita tu... So mummy ask daddy to give an excuse if abang ask to borrow the handycam from him. heheheeheh sorry abang... Masih ingat lagi mcm mana susah nya kami nak bayar handycam tu... and why we decided to buy the handycam. Masa tu mummy pregnant kan DANIA.. so konon2 nya nak record la the delivered process tu.. sekali kena scissors daa... so x leh nak record....
Hopefully this time around we've get a chance to record the deliver process. Handycam tu memang jarang digunakan, sebab daddy malas nak guna kan.. heheheheeheh. so i think, kita yang susah2 bayar, knp nak bg org guna kan??.. klu handycam tu rosak sekali pun, biar la dia rosak kat tgn kita.. that was what i think... sound so selfish kan???? heheheeheh.. u should know my bro 1st b'4 u judge me....;)

+ Boss +

When boss not around, should or shouldn't I be happy???? Klu dulu, mungkin melonjak2 kegembiraan kot.. tp kat sini x leh nak gembira la... sebab when boss not around, all works progress tergantung... x de saper nak lulus kan.. very the susah hati right now... My boss kecik MC, my boss besar cuti... ayooo.. cuti sekolah kan, bawak anak jln2 la... byk sbnrnya nak mengutuk nie.. tp skrg betul2 tgh susah hati, so speechless sikit... nanti la cerita