Pages

Monday, December 7, 2009

:: PLAY TIME ::

Ada masa2 nya anak aku pun malas gak nak belajar... hehehehe, terutama bila dia da nampak maianan dia... Anak aku tak byk mainan, sebab aku dgn bapak budak2 ni pun tak biasakan belikan mainan. Aku kan perasan bini orang kaya, so berangan nak beli mainan yang mahal2 ajer... kalau beli murah2 mesti aku sepah2 kan, dan malas nak jaga betul2, (sebab tau dia murah kan, hahahahahahah). So klu beli murah, tak terjaga pun, baik tak yah beli la, membazir ajer...

So last week, ada satu hari ni, anak aku malas nak belajar, sebab da ternampak lego set yang aku dok sorok kan bawah katil. Lego set ni terpaksa disorok kan, sebab klu anak buah aku dtg rumah, habis bersepah rumah. Lagi pun, klu anak aku main pun sepah gak, so malas nak kemas sorok kan bawah katil.

Lego set ni aku tak beli, x kosa aku nak beli. Ni aku tukar dgn reward susu yang dikumpul sejak azali. Anak aku minum susu wythe tu (S26, PROMIL GOLD etc), so kumpul sudu tu, dapat rewards. So boleh tukar dgn brg yang ditawarkan.

Dengan mainan gak, kita boleh mengajar jugak. Jangan biarkan dia main sorang2, kita joint main dgn dia sekali, baru dia seronok. Kadang2 tengok kreativiti dia seronok jugak.

ni dia buat lori kontena
mcm kat tmpt kerja bapak dia


ini minah kacau


bila dia da susun tinggi2
adik nya pulang tukang hancur kan
da melalak2 si kakak


main dgn kereta racing pulak


lepas tu suruh susun ikut warna
then tanya la, ni warna apa, ni warna apa

boleh gak suruh dia kira, ada berapa warna biru
atau susun ikut yg sama saiz


minah kacau lagi


tukang merosakkan kreativiti kakak


so boleh ajar saiz, warna, kira
bukan tertumpu pada buku ajer


kena marah dgn mummy sebab kacau kakak


there is one day kan, bila DANIA tunjuk kan kat aku "mummy2, huruf T mummy!" Dia buat huruf T guna lego kat papan lego tu. Speechless ok, sebab aku tak ajar pun... Aku pun tak terpikir bleh buat huruf kat situ. So bila aku suruh buat huruf lain, she come out with huruf F, E, T, L.... dont under estimate ur kids yer... well done kakak!





Posted by Picasa

Friday, December 4, 2009

:: WAREHOUSE OH WAREHOUSE ::

Awat la, hujung tahun je kome semua buat warehouse sales... Tahun ni tak dak bonus la, so jgn la buat warehouse sales....

Kronologi kisah warehouse aku!

Pagi ni aku breakfast kat KOMPLEKS dgn partner2 in crime aku. Makan MEE BANDUNG yang paling sentappppp di dunia (so far la). B'4 masuk parking tu, lalu depan guardian (sebelah KFC) ternampak la ada warehouse sales guardian kat situ. So tak pe la, kita isi perut dulu. Lepas menyentap mee bandung, kitaorg pun proceed g warehouse sales guardian tu. dengan RM30.00 dpt la 2 bijik bedak yang konon nya murah... belasah la labu...

lepas tu, kembali la ke opis dengan hati yang girang, dan semangat bekerja yang tinggi... Sekali ada sorang kakak ni tanya, "wei, tengah hari ni nak g mana?", then, partner in crime aku ni ckp la, dia nak mintak tlg aku, tapi malu. Aku kata ckp je la kan. Then dia kata nak mintak tunjuk jln. Aku serkap la, nak g IKEA ke nak g PYRAMID? dia kata g PYRAMID. So, aku kata jom la...

tgh2 waktu bekerja tu, sempat lagi aku menyelak surat khabar kosmo opis mate aku. Ternampak la warehouse sales silky girl, revlon, etc kat glenmarie, Shah Alam. Tunjuk kan partner in crime, dia kata tak nak la. Ok, kita stick pada tunjuk jln g PYRAMID sahaja.

Well, initial plan is to show jln g pyramid kat kawan aku. Since dia tak nak jln2 kat dalam tu PYRAMID tu, aku plan nak bwk diaorg g warehouse UNZA kat depan Mydin Subang tu. Aku tunjuk jln lalu KESAS Highway, sebab aku rasa, tu jln paling senang dan tak byk traffic light kena tempuh. Sampai persimpangan kewajipan, depan summit USJ tu, aku pun belok kiri. Jalan terus nampak flight Over. Aku pun dengan confident nya, suruh member aku ni naik atas. Sekali, hambikkkkk ko, sampai glenmarie sana tu! Rupa nya aku da tersalah naik flight over da. Patutnya aku naik flight over yg ke-2, turun ke pyramid tu. Ni aku naik flight over yg pertama, flight over yang baru siap, terus tembus ke subang airport tu.

Da alang2 sampai glenmarie, moh la kita cari kat mana warehouse sales silky girl revlon tu... jln punya jln, nampak la sign board nak ke warehouse sales tu. Follow ajer la, get strategic parking lot, proceed to the warehouse sales... Pergh, elok2 aku nak beli contact lens, ter beli brg mekap pulak... Cis! habis lagi RM60.00.... pengsan... tapi berbaloi2... Jom check it out the items!


all this belong to 5 orang yer
habis dalam RM129.00


perfume silky girl tu member aku punya
harga warehouse RM12.00
kat luar RM18.00 kot
bedak compact tu RM3.00 ajer!
member aku borong 5 pcs kot


ini REVLON AGE DEFIYING
sejenis bedak asas
harga asal RM29.90
harga warehouse RM5.00!
berbaloi2
best siot.. aku da test da
sok klu aku g lagi, aku nak borong ni la


ohhh... this one is not mine
tapi aku beli kan utk laki aku
dia kan cukur kepala dia every day
hak hambikkk, stock setahun
botakkan la kepala ko tu licin2
actually aku da tersalah ambik
dia tulis kat situ 5pcs RM3.00!
dia da siap2 pack 5pcs dlm plastik
yang aku lak bengong
ingat 5 pack tu RM3.00
sebab tu aku terambik 5 pack
tak pasal2
klu tak boleh shop benda lain


ni blusher aku
RM25.00!
kat luar tak silap RM45.00 kot

eye shadow silky girl yang 2 color tu RM5.00
eye shadow silky girl yang 4 color tu RM12.00
lip liner, eye liner, eye brow silky girl around RM5.00-RM7.00
bedak silky girl yg 2 way cake tu RM15.00
yang ada free refill RM25.00
lipstick, gloss murah2 la...

eye shadow revlon yang kat guardian harga RM45.00 tu jadi RM15 ke RM20 mcm tu
2 way cake revlon byk yg da habis, kecuali utk warna gelap
lip gloss, lipstick murah2 lah

ada gak make-up brand STAGE. walaupun harga dia murah, tapi pada aku mahal la... Sebab dia pun standard MAC mcm tu kan.... tapi overall aku rasa berbaloi2!
Habis duit kan warehouse sales tu, baru g pyramid. Aku siap tunjuk jln naik ke parking. Siap masuk parking, lepas tu kuar balik. Giler tak giler la. Tak kuar kereta pun... Kuar parking terus balik opis....
Esok pagi2, nak g warehouse sales UNZA lak, bawak PIL aku. Kita stock-up shower foam utk setahun punya. Nanti try tanya MIL aku, nak tak g warehouse silky girl tu, klu dia nak, boleh cont shopping lagi...
duit.. duit, di mana ko duit?... (nyanyi mcm hattan nyanyi)










Thursday, December 3, 2009

:: METROJAYA WAREHOUSE SALES :;


Lunch time tadi aku g METROJAYA warehouse sales.... sajer boring, plus, kwn aku ajak, so aku on ajer... btw, x de pe pun yang interesting (ke duit nya yang tak ada?). Aku tgk gitu2 ajer... tak best la klu pergi mengejar masa ni, nak belek telek satu2 barang tu, tak puas...

Malam tadi aku buat aktiviti mcm biasa dengan DANIA. Malam tadi belajar huruf B pulak... walaupun dia da boleh kenal byk huruf, tapi bab penulisan masih lemah... so nak enforce kat situ la.... Actually, aku tak memaksa sgt pun... dia yg beriyer nak. Sampai2 ajer rumah dari rumah babysitter, dia da tanya aku "mummy da bawak ABC kakak?"... atau "mummy, jom main color2", kdg2 tak menyempat2, dalam kereta dia da tanya.. kadang2 bila laki aku ada kat rumah (shift malam atau pagi), aku akan masak dan mkn mlm sama2. So sometimes dia x menyempat nak main color2 b'4 mkn, dan yg best tu, dia nak color2 dgn aku je pulak tu, dengan bapak dia tak! habis tu mcm mana? aku gak yang nak kena masak, aku gak yg nak kena layan dia...

Hari ni da hari kahmis, kejap ajer kan... lagi beberapa minggu nak masuk tahun baru. Mulai minggu depan, setiap minggu adalah hari yg ditunggu2, sebabnya, mulai minggu depan, warga selangor akan bekerja 4 hari je seminggu. Tak caya? 11hb, Beday Sultan S'gor, 18hb Awal muharam, 25hb xmas, 1hb tahun baru.... 4 minggu berturut2 kitaorg kerja 4 hari seminggu.... best2......

Aku gak tak sabar2 nak tunggu duit RM250 tu. Setakat ini aku masih bertahan dengam angan2 nak beli meja dan kerusi study DANIA & ALISYA. harap2 aku tak berubah hati la nak beli yang bukan2. Kesian DANIA kena belajar sambil meniarap (well, ada je meja mkn, tp aku x boleh concentrate ajar dania sebab nak kena perhatikan alisya. suka no jln atas meja sambil baring2 la, sesuka hati dia ajer...)









Wednesday, December 2, 2009

:: WWW.FIRST-SCHOOL.WS ::

Hari ni share website http://www.first-school.ws/ dengan korang. Jumpa da lama da, tapi baru semalam sempat bagi DANIA try out dia punya worksheet. Lets check it out!

click HERE to print (acorn)
dia suka guna magic pen ni
tp aku kena hati2, klu tak habis tgn dia


click HERE to try (aligator)
 
 
ni COVER MINI BOOK
suppose, kena potong, lepas tu bind mcm buku
so dia boleh pegang
dan buat rujukan


 ni STANDARD WORKSHEET
kat bawah dia ada 4 gambar
bg anak korang color
lepas tu gunting

then
tampal kat SINI
sok2 aku nak eliminate kan
then bind mcm buku
so dia boleh baca2 dlm kereta


DANIA masih perlu kan ass utk buat ni


bila da penat belajar
mintak upah susu pulak
si adik pun menyibuk sama


Untuk huruf A ni, dia ada short A la, Long A la... so malam tadi aku try short A ajer, malam nanti aku nak try hurf B pulak. Huruf C tak silap aku ada 3 jenis... aku tak tau la nak try tiga2 tu, atau try basic C dulu.. Ada lagi beberapa huruf yang ada 2 3 versi. Versi HARD la, versi SOFT la... mcm2.... patut la aku tak axcell2 BI..... hahahahahahahaha
aku macam malas pulak nak type detail2, anything yang korang tak paham, boleh tinggal komen yer, nanti aku jawap. Buat entry ruching2, so tak boleh nak pikir susun ayat... heheheheeheh






Tuesday, December 1, 2009

:: DANIA'S DEVELOPMENT ::


Hari ni nak cerita gembira la pulak. Penatla asyik cerita sedih ajer kan. Meh, nak kongsi perkembangan DANIA setakat ini.

:: HURUF ::
Dania da boleh kenal huruf. I can say 89% CAPITAL LETTER dia kenal. Tapi kekadang ada gak yg tersalahnya. Contoh nya mcm huruf I. Dia confius sebab ada I yang ada tanda atas bawah, dan ada yang lurus ajer. Lagi huruf F, sebab mcm jarang2 guna, confius I dengan J. Untuk SMALL CAPITAL masih lemah lagi, kecuali huruf2 yang sama mcm CAPITAL LETTER jer, cth huruf U = u, W = w, S = s, tu senang dia kenal.


:: NOMBOR ::
Masih tak kenal nombor lagi, kecuali dia kira dulu. Contohnya klu nombor 5, kat situ ada 5 bola. so dia kira bola2 tu, baru dia sebut, no 5.


:: WARNA ::
so far warna yang dia kenal warna oren dgn coklat ajer. Warna lain, main sebut ajer.


:: SHAPE/BENTUK ::
so far dia kenal circle, triangle dgn square ajer. Tapi yang paling dia ingat triangle. Yang syok tu, dia sebut triangle dengan pelat2 dia... poyo pulak aku rasa. Bila aku sebut rectangle, da confius lak dengan triangle...


:: PAMPERS ::
DANIA gak da free from pampers skrg ni, tapi malam masih kena pakai lagi. Tido siang pun kena pakai gak.


:: SEMBAHYANG ::
DANIA gak da nak ikut2 sembahyang. Yang best tu dia selalu mandi dgn aku (pagi2), so bila aku ambik air sembahyang, dia pun nak ambik gak. Lepas tu smlm pagi, mcm biasa la, ambik air sembahyang. So b'4 aku sembahyang subuh, aku lap2 badan dia, pakai kan baju dia dulu kan. Lepas tu dia boleh melalak2 nangis2, tunjuk2 pipi dgn muka dia. aku tak paham. Aku ingat aku lap guna towel kuat sgt. So aku biar je la, sebab sampai kesudah aku tak paham dia nak ckp apa. Hari ni bila ambik air sembahyang pagi td, dia ckp dgn aku, jgn lap muka dia, lap badan dia ajer... oooooooooooooooooooo baru aku paham, smlm yang dia menangis melalak2 tu, sebab aku da terlap air sembahyang dia.. aduhai..... gelak aku....smlm nya cerita, baru paham hari ni... APA DA, BENGONG MAK KO NI....

tu je la kot, tak de la banyak mana, tapi ok la dari tak dapat apa2 kan.