Pages

Friday, October 12, 2012

:: DATO VC ::

Created with PhotoShake iPad



Thanks HEP, sebab kalau tak kerana aku bekerja untuk HEP, aku tak dapat ambik gambar dengan Dato' VC. Ni tahun kedua penganjuran Jamuan Hari Raya HEP bersama Dato' VC. Kalau tahun lepas, kitaorang dapat hadiah untuk gerai paling sporting, tahun ni aku berpeluang untuk terima cenderahati dari Dato' VC. Walaupun ini, event HEP, tapi HEP tak pernah lupa untuk invite Bahagian Kewangan untuk turut serta dalam semua event-event dia. Giler tak jemput, habis, saper nanti nak proses bayaran-bayaran dia??? Hahahahaha, atleast diaorang hargai la kitaorang yang kat Bahagian Kewangan ni. Nak harap department sendiri, memang idak lak, sebab asyik keje keje keje...
Sekian, tak de penutup.

Saturday, October 6, 2012

:: RECAP SEPTEMBER - ERYNA TURN 2 YO ::

Created with PhotoShake iPad



My no 3 turn two last september... Mmm..... kejap je da 2 tahun.. Dulu kakak-kakak dia, bila ngam 2 tahun je da ada adik, ni dia tak beradik lagi... Ish.... Lepas tu apa yang ketara sekarang, bila dokong dia, berat giler. Bukan la sebab dia tu besar sangat, tapi dulu, bila kakak-kakak dia masuk 2 tahun je, aku tengah sarat ngadung, so tak berapa nak dokong-dokong sangat. Ni bila tak ngandong, dokong dia, ishhhh terasa la beratnya...

Ini budak banyak cheeky.... Kadang aku rasa macam nak tampar-tampar dia, sebab geram... Macam nak tumbuk pun ada, sebab geram, kenapa la ko gediks sangat kan... Kalau melawo nombor satu. Pagi-pagi, lepas mandi mesti nak pakai mekap... Pandai la cakap sikit-sikit, pelat-pelat. Masih breastfeed malam-malam... Kejap-kejap je la, bagi lepas gian dia kan... Susu pun da tak banyak sangat. Kuat makan, pagi-pagi cari nasi. Antara 3 anak aku, yang ni paling ringan masa lahir, tapi sekarang, dia yang paling semangat.

Kalau alisya, nak tido mesti ada bantal busuk dia nak gentel-gentel bucu bantal tu, Eryna pulak, cari puting aku gentel-gentel... Ish, rimas betul... Kalau merajuk, nombor satu, hahahahahaha... Budak ni memang lawak, rasa nak bagi penyepak je sekali... Geram aku... Hahahahahaha

Ok la, semoga jadi anak yang solehah, taat pada suruhan agama, hormat ibu bapa dan orang tua, membesar dengan sihat dan sempurna, insyallah... Ameeennnn...