Pages

Sunday, August 26, 2012

:: THE GEDIKS DUO ::

Created with PhotoShake iPad


Foto gediks kami berdua. Ni semua kerja laki aku, dia yang beriyer nak berrgambar bagai macam ni, layan kan ajer....

Laki aku, bab baju raya memang gediks terlebih. Baju raya tahun ni, paling awal aku siap kan, siap in term of beli kain semua la, tapi siapnya kain menajdi baju, masa bulan puasa jugak. Color code, choosen by en suami (eh, tiap tahun pun dia yg pilih, aku ikut aker), material kain je aku yg pilih. Mine is chiffon, lining with satin, anak aku apa ntah, tapi kain sulam macam orang dulu-dulu la... Suami aku punya kain jugak paling murah... RM12 semeter.... Tak per, dia bukan Pakai selalu pun, biar pakai yg murah-murah ajer... Hahahaha...

Bertuah la baju raya tahun ni, sebab siap menang baju raya terbaik/tercantik sekeluarga untuk majlis jamuan raya family sebelah suami aku... Sakan kan? Padahal kain plain ajer. Ni yg excited nak prapare baju raya tahun depan ni.. Eh?ganti puasa pun belum, da berangan nak cari color code...

:: SALAM AIDILFITRI 2012 ::

Created with PhotoShake iPad


:: RECAP AUGUST - DANIA TURN 6 YO ::

Created with PhotoShake iPad



Macam tak percaya anak sulung da umur 6 tahun, next year da sekolah betul. Alhamdulillah, Dania ni senang jaga, compare dengan Alisya, Dania is kinda a good girl la, tapi pada aku kurang explore. Tak macam Alisya, dia panjang akal, Dania ni kurang sikit tang situ, bila nak apa-apa, dia minta kat kita, tak nak usaha ambik sendiri. Dania ni reserve orang nya, pemalu pun iyer... Ahamdulillah, da pandai baca buku, BM & BI. Tahun depan, masuk sekolah Integrasi, seksyen 7 tu.

Dear kakak,

Mummy doakan semoga kakak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah pada mummy daddy dan adik-adik. Semoga menjadi contoh yang baik pada adik-adik di masa hadapan, insyallah...


:: RECAP JULY - ALISYA TURN 4 YO ::

Created with PhotoShake iPad


Ok, sambung update, mood blogging aku ke laut betul. Page nuffnang pun da lama tak bukak. Tadi sajer gatal bukak, bila tengok earning tu ada seratus lebih, wah terus semangat nak blog balik. Tengok la berapa lama angan-angan tahi ayam aku ni.

So Alisya turn 4 last july. Alhamdulillah, membesar dengan sihat. Aku tak pasti la aku pernah blog tak pasal Alisya ni ada hernia (angin pasang), so berdasarkan pemerhatian, bengkak dia tu da obvious la, kita boleh nampak... So mungkin nak buat operation kot, since aku laki bini dok tertangguh-tangguh bawak dia urut. Tahun lepas, masa dapat tahu tu, orang kata suruh bawak g urut, orang kata kalau urut selalu, dia boleh kecik, tapi aku laki bini dok kisah kan sibuk masing-masing, so asyik tertangguh je nak bawak dia g urut. Lepas tu, aku ingat nak biarkan jer benda tu, since dia tak komplen pun sakit atau tak selesa, tapi bila pikir balik, kang dibuatnya jadi effect kat dia bila besar nanti tak boleh ngandung, lagi susah, tak pasal-pasal dia salahkan aku... So aku decide buat operation la. Doktor pun ada cakap, kalau nak buat, baik buat sekarang, masa dia kecik ni, dan masa dia tak rasa sakit lagi ni.... Btw, mesti ada yang pelik, orang perempuan, ada yang kena hernia ker?, ada! Memang ada, tapi kes terpencil. Macam mana, dan bagaimana ianya berlaku, sila cara doktor google untuk maklumat lanjut.

Berikut perkembangan alisya buat masa kini.

1. Rajin, tak macam dania, bila suruh kemas mainan2 yang dia sepahkan, bersih rumah dia kemas...

2. cakap macam mak nenek... Cakap dan perangai macam orang tua. Dia ni observen orang nya... Dia tengok je apa yg kita buat, kang ada peluang, dia balas balik. Contoh, bapak dia selalu bising sebab dia suka sepah2 kan barang. Nanti bila barang bapak dia hilang, bapak dia pun cakap la, "alisya, nampak kunci moto dady tak?" sekali dia jawab "ha, tu la, letak lagi rata-rata, kan da hilang.. Tu la x nak dengar cakap lagi" hambikkkkk ko, berdesup sampai ke jantung, bapaknya tengok aku, aku buat sign tanda "bagus" je la... Hahahahahah

3. Cakap, masih pelat-pelat lagi, tapi pandai susun ayat dan buat ayat panjang-panjang.

4. Drama queen, bila bangun pagi... Bercinta aku nak mandikan dia, siap kan dia... X tau la sok kalau da sekolah macam mana..... Grrrrr......

5. Ada bantal busuk yang digunakan sejak kecil, tak ada bantal, tak boleh tidur. Bantal dia tu tak busuk, tapi sarung dia tu da tak boleh bersih la, walau di basuh. Dia bukan nak cium bantal tumasa tido, tapi dia nak gunakan bucu bantaltu untuk dia gentel-gentelkan, kat tapak tangan, cuping telinga, lubang hidung dan tempat-tempat lain yg dirasakan dia boleh "steam" untuk tido.

6. Kuat berangan... Suka cakap sorang-sorang, konon cakap kat phone la, main masak-masak...

7. Panjang akal tak bertempat. Pening kepala aku. Contoh panjang akal tak bertempat, ialah, tarik kerusi ke singki, nak main air, tarik kerusi ke peti ais, untuk ambik aiskrim... Kalau lapar, ambik pinggan dan nasi sendiri.. Haish, habis bersepah dapur...

Tapi kesian dia, sebab aku tak beri perhatian untuk ajar dia, macam mana aku ajar Dania dulu. Tapi alhamdulillah, da pandai color tak keluar-keluar, dan da pandai tulis ikut dot dot dot... Insyallah, tahun depan sekolah kat tempat kakak Dania.

So, happy birthday Dhia Alisya, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat... Insyallah...



:: RECAP JUN - OUR MARRIAGE TURN 7th YEARS ::

Created with PhotoShake iPad



Alhamdulillah, 10th Jun hari, diam tak diam, perkahwinan kami masuk tahun ke 7. Rasa macam baru je kenal, kawin dan beranak. Tahu-tahu, da anak 3. Hahahahahah. Alhamdulillah, perkahwinan kami tidak diuji dengan perkara yang bukan-bukan dan pelik-pelik.

Aku doa, semoga perkahwinan kami kekal hingga hujung nyawa, dirahmati sentiasa, dapat sama-sama membimbing anak-anak menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat, dimurahkan rezeki dan dijauhakan dari perkara-perkara yang tidak baik. Ameennn....

:: RECAP JUN - FAREWELL FOR BFF :

Created with PhotoShake iPad



Sedih dan gembira, BFF aku sejak aku kerja kat sini, got promoted and kena transfer ke Perak. Gembira sebab dia dapat promoted, sedih sebab dia kena pindah perak. Surat permohonan dia untuk penagguhan melapor diri, tak lulus, so nak tak nak kena lapor diri by 2nd July. So hujung Jun hari tu, kita buat makan-makan sikit untuk farewell dia. Sedih la, sebab da tak de saper nak dengar dan layan aku memekak-mekak kat opis setiap kali kena marah dengan PTJ....

A few days after dia pindah tu, every single day kitaorang sms, update gossip terkini lagi sensasi la kat opis, after a while, da kurang da sms, kecuali ada isu bombastik fantastik... Hahahahaha.. Dasar...

Hopefully, dia akan pindah balik sini, after 2 years, and we can get together balik, mungkin kat Bahagian lain... Insyallah... Wish her all the best and best of luck...