Created with PhotoShake iPad
Ok, lama tak share resepi kan? Mmmm, kalau ikut pemerhatian aku bila tengok nuffnang tu, ramai yang masuk blog aku, cari resepi cheese cake. So mana la tau kalau aku share resepi jelly kelapa ni, ramai pulak yang tersesat kat sini, alhamdulillah.
So, mula-mula korang pergi beli serbuk jelly kelapa tu.biasa dia ada jual kat kedai-kedai bakery kat bahagian jual serbuk dadih tu. Aku tak pasti giant/tesco ada tak. Cuba la korang tengok. Murah ajer, 1 paket tu RM3 lebih.
Selain dari serbuk jelly tu, bahan yang penting da tentu la air kelapa, kalau tak, idok la dipanggil jelly kelapa kan. Kalau untuk sepeket serbuk tu, kita kena gunakan 3000 ml air dari campuran air kelapa dan air paip. Tapi kalau nak sedap, ko guna semua air kelapa, baru la originality tu ada. Tapi kalau payoh beno nak dapat kelapa, air dari sebiji air kelapa pun da memadai. Macam aku, aku memang guna 100% air kelapa. Kelapa pulak, jenis yang baik adalah dari kelapa pandan. Tapi kalau tak de kelapa pandan, kelapa muda biasa pun boleh. Aku pun guna kelapa muda biasa ajer.
Jangan lupa ambik isi kelapa tu. Apa korang panggil isi kelapa tu? Aku orang jawa, panggil "de'gan". Isi kelapa tu, basuh bersih dan potong kecik-kecik, nanti nak masukkan dalam bekas jelly. So bila orang makan, bolehlah gigit-gigit isi kelapa tu kan.
Kemudian, tapis air kelapa tu, dan masak hingga mendidih. Untuk mendapatkan bau kelapa pandan, boleh la masukkan sehelai dua daun pandai. So bau dia nanti akan wangi la... Bila air da mendidih, masukkan serbuk jelly tersebut dan +/- secawan gula. Kacau, dan biarkan mendidih.
Masukkan isi-isi kelapa yang telah dipotong kecil-kecil kedalam bekas, kemudian tuangkan jelly yang dimasak tadi di atasnya. Biarkan sejuk, kemudian boleh la ditutup dan disimpan didalam peti sejuk.
Da SIAP!. FYI, untuk sepeket serbuk tu, kita boleh dapat dalam 50 bekas kecil tu... Biasa aku buat 2 paket utk dapatkan 100 bekas.
Ok, itu sahaja, SELAMAT MENCUBA!