Pages

Monday, March 29, 2010

:: CARI PASAL BETUL LAH ::

Semalam aku pergi kuala pilah, hantar adik ipar aku balik UiTM. Sampai rumah around pkl 11 malam. Masuk2 rumah je, dania jerit2, "mummy, bumbung pecah".. aku ingat apa yg pecah, rupanya...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.



Adei, cari pasal betul la... dan la aku nak buat gathering sabtu ni.






Friday, March 26, 2010

:: NEW BLOG ::

i was thinking to set up new blog.

Actually aku nak tukar layout blog sebenarnya.. tp aku tak sanggup menghadapi saat2 getir menukar layout tu, so jalan paling mudah ialah dengan setup new blog je la.. so aku dalam process nak mencari nama untk blog baru aku.

Think! Think! Think! (sound like tiger and pooh)






Thursday, March 25, 2010

:: LUAHAN HATI UTK HARI INI ::

Masih lagi nak bercerita pasal analisa harga yang aku kena buat, walaupun bukan aku punya... sakit2 hati... geram2...

masalah nak buat, tak de masalah... masalah aku ialah apabila aku kena buat dari A-Z. itu pun sebenarnya tak de masalah sangat, cuma masalah aku bila nak buat keputusan.

Suppose benda ni kita kena buat meeting, bincang setiap ahli jawatankuasa, check each and every dokumen sebutharga and check, sama ada apa yg aku buat tu betul ke tidak, then put the right coding tu the analisa... (complicated la klu nak ckp)

sebelum ni aku de xperience meeting benda ni dengan sorang bos lain. Bagus bos tu, dia suruh each and every one check satu dokumen, and check the analisa.

tapi masalah aku, bos aku x suka buat meeting2 gitu.. i'm talking about my big bos yer... so end up, aku kena boh sendiri coding and buat syor kat minute mesyuarat, yang mesyuarat nya tak ada pun.... suppose syor tu atas persetujuan bersama, the problem is, kang nanti aku da siap benda ni cantik2, molek2, time tu la dia nak reject.. memang nak kena hempuk dgn aku... main lepas tangan je..

hai, klu la ada 4 ke 5 syarikat ajer, tak pe la... ni 20 wei... 20!... geram2.... kang klu meeting dgn teknikal tak match kena buat lagi.... bencikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

for the time being, ambik gambar budak kecik yang suka melawo ni...

Pagi2 je menyibuk bila aku siap2 nak g kerja, dia pun nak makeup sama...






Tuesday, March 23, 2010

:: SAYA SANGAT SIBUK ::

Alhamdulillah, hari ni rasa sihat sikit, x macam semalam, bangun2 da raa sakit kepala, terus bawa ke malam. Malam tadi aku tido awal, sebab tak tahan sakit kepala... alhamdulillah pagi ni bangun fresh ajer...  Malangnya, laki aku lak yang da terkena badi... Pagi tadi sakit perut kata nya.

ooo... aku sangat sibuk hari ni... alkisahnya, last week kan aku de bagi tau kena buat analisa harga utk 20 syarikat kan... dekat surat tu kata, last day hantar is 5hb april, so aku pun rilek2 ajer la.. tak tau pulak yang diaorg nak awal. Pagi ni aku ambik lagi 1 sebutharga, diaorg bg tau aku, last week punya sebutharga nak meeting next monday. So paling lambat aku kena hantar kat bahagian proses is ESOK!

da la esok aku kena temankan bos2 aku bagi talk... dengan sebutharga yang tak siap lagi...

errr.... benci betul la... lain kali bagi la info betul2!


Monday, March 22, 2010

:: MAKAN & MUNTAH ::

Hari ni sajer aku da muntah 2 kali, tak termasuk pagi tadi masa aku mandi. Total up aku muntah hari ini adalah 3 kali... Ha, hambikkkk ko...

seksa betul kali ni aku rasa...

Pagi tadi aku sedar dalam pkl 4 lebih, terasa pening kepala dan sait perut. Lepas tu try sambung tido balik x boleh, so end up aku baring je atas katil... sayang nak tinggal kan katil.

Then dlm pkl 6 aku gn, siap2 nak g kerja, masa tu kepala sakit, perut sakit, semua sakit... so masa mandi, mcm biasa, aku akan memuntah kan air... so done! anak2 aku lak, nak mak dia mandikan jugak. Tak nak bapak dia mandi kan.. aku da la pening kepala, geram betul aku...

last2, aku kuar rumah lambat. Nasib baik laki aku off hari ni, so dia hantar aku. Sblm masuk opis, g la breakfast dulu. tapi aku tak lalu nak mkn, cuma mkn 1 biji tahu sumbat, sambil aku kacau laki aku nya "lempeng".

Sampai opis, dlm 1 jam, aku keluarkan balik tahu sumbat tadi.... seksa betul... lepas tu konon nak isi perut kosong, aku g belasah makan jambu air dgn kuah rojak... bedal punya bedal, x sampai 2 jam, keluar balik semua....

oooo..... aku sungguh terksesa.... petang ni nak jumpa bos pulak... bertambah terseksa aku....


Friday, March 19, 2010

:: MARI BUAT KERJA ORANG ::

 

Tu sebutharga yang perlu aku analisa harga nya.... the best part is, tu bukan aku punya pun (bukan zon aku punya pun..)... hahahahahah...  redha ajer la...
hambik ko!!!




Monday, March 15, 2010

:: MOOD TAK MARI ::

Aku demam dari last week, mula2 batuk, lepas tu baru demam... tak de mood la nak update blog. Tak de cerita yg best yang nak disensasikan.

Aku tak leh dok rumah, klu dok rumah, lagi aku sakit. Aku duduk pun aku pening, aku baring pun aku pening. Bila duduk balik, gurantee muntah....

dok rumah, nak masak malas, tapi nak makan. klu dok opis, ada kwn2 leh tapau kan, kan best tu...

selalu batuk ni pakej sekali dgn selsema. tapi kali ni mcm tak de lak selsema. Aku rasa sebab aku berjaya keluarkan kahak kot. Itu pun, pakej bila aku muntah tiap2 pagi masa gosok gigi...

muntah tiap2 pagi, memang aku sengaja kan. Mana ko nak, nak muntah air ke muntah isi? Aku prefer muntah air, mulut aku tak pahit. Klu muntah isi, elok2 aku nak muntah sikit, terus muntah byk... tu belum aku mengigil2 geli rasa mulut aku pahit... so baik aku muntah pagi2 masa gosok gigi tu... Sebelum tu minum air 1 cawan.... air tu aku akan keluarkan balik nanti...

aku rasa pregnancy kali ni agak teruk sikit. babysitter aku pun perasan. Ye la, umur pun da tua, da pernah beranak 2 kali, tu belum aku cerita tak de pantang2 masa dlm pantang. Ni la kot akibatnya....

So far, alhamdulillah, anak2 aku tidak menunjukkan tanda2 utk dijangkiti. Jgn la hendak nya.... siksa aku nak bg diaorg mkn ubat... Oh iyer, sepanjang aku demam ni, aku x makan ubat lansung. Aku memang pemalas nak makan ubat, somemore aku mcm takut je klu de effect kat baby kan... eventho panadol tu diketahui selamat utk ibu mengadung, tapi sajor je la, tak mo bagi anak aku immune dengan ubat.. bagi dia kuat sikit melawan penyakit.

result spm da kuar kan. aku ada 3 org sepupu yg ambik. Yg sorang dari keluarga yg agak senang. Aku tengok betapa susah payah nya mak paka dia menghantar dia g tuisyen, every weekend, bersungguh hantar, tapi malangnya, nasib tak berapa nak menyebelahi dia.

Yang lagi dua orang tu kembar, memang orang susah., nak mkn susah apa lagi nak ambik kelas tuisyen. tapi alhamdulillah, kebanyakkan adik beradiknya berjaya.. cuma mungkin kekangan kewangan, membuatkan mereka susah nak further study. tapi, alhamdulillah, kembar tu berjaya dengan cemerlang.

Aku rasa la kan (pandangan aku), sepupu aku yg susah ni diberikan susu ibu, dan sepupu aku yg agak senang ni diberikan susu lembu... aku rasa la... Sebab nya, yang susah ni, tak mampu nak beli susu tin, so dia terpaksa susukan semua anak2 dia, sedangkan keluarga yang agak senang ni TERPAKSA memberi susu tin, sebab mak bekerja etc2...

ni pandanga aku... aku rasa la, ini adalah salah satu sebab nya.... tak dinafikan mungkin ada sebab2 lain jugak.. tapi BF ni adalah salah satu nya...

SETUJU atau TIDAK?




Monday, March 8, 2010

:: SIKECIK YANG NAK JADI KAKAK ::



ni la muka budak yang bakal menjadi kakak pada bulan september nanti, insyallah. Muka pun da menunjukkan ciri2 kenakalan yang amat sangat. Oooo, budak ni sangat nakal, tp dalam masa yg sama ada la penghibur hati kami sekeluarga. Sangat murah dengan senyuman dan sengihan. Pantang nak buat jahat, mesti sengih dulu. Klu jatuh basikal pun, dia x nangis, dia pandang kita, sengih2.... tapi bab nak buat jahat, nak mensabotaj sangat teror... klu dia sengih2 tu ada lah benda dia nak buat tu.

umurnya da masuh 1 tahun 7 bulan, tapi dia masih belum boleh bercakap dengan lancar dan jelas. yang dia tau "ayah' ajer... tapi da boleh paham segala suruhan dan arahan. nak susu pun, tunjuk2 ajer. bila la ko nak pandai ckp ni dik????

sangat kuat mkn, dan sgt kuat minum susu. tp dia x minum susu dengan kerap, tp sekali minum 1 botol boleh habis, dalam masa 1-2 minit. sangat laju... hahahahahahah

sangat suka permainan2 yg xtreame, contohnya, duduk kat hujung2 sofa, main lambung2, main lompat2 atas katil, diterbalikkan (bapak nya terbalik kan dia, kepala bawah, kaki atas).

walaupun muka dia menujukkan ciri2 kenakalan melampau, tetapi dia jugak sangat penakut... pantang dengar bunyi guruh atau bunyi mercun atau bunyi bunga apa... hahahahahha, lintang pukang lari... hahahahahaha...







:: DANIA ADA RAMBUT BARU ::

Dania ada rambut baru. Her 1st experience doing hair cut kat kedai.. hahahahahah, jenuh munjuk nya, berminggu2 aku pujuk, ajak potong rambut kat kedai, tp dia x mo, dia kata dia malu... Aduhaiiii...

then hari tu aku potong rambut alisya, rambut alisya x susah nak potong, sebab rambut dia lurus. Rambut dania yg aku x pandai nak potong, da la rambut dia byk ropol2, lepas tu lebat pulak tu. aku potong asyik senget ajer. Aku memang tak tahan tengok rambut dia. bila dia main, bila dia belajar, habis semua rambut dia kedepan. rimas aku.

So, last week, aku pujuk2 dia,  ajak potong kat kedai. aku kata nanti da potong rambut kita g beli bag ben-10, jam ben10... hahahahaha, dia sblm ni dok giler kan permainan ben-10 tu, tp tak aku layan. tu toys budak laki. tapi demi nak suruh dia memotong rambut, terpaksa gak la aku beli.

patutnya nak g potong rambut dulu, baru nak g tesco cari barang dapur. Tapi da tersampai ke tesco dulu, so maka nya beli groceries dulu la. Then bila nak bayar kat kaunter tu, nampak pulak ada kedai rambut kat situ, terus tanya, boleh tak potong rambut dania. so dia kata boleh, terus la aku suruh dia duduk atas kerusi tu. Dia dok diam ajer, kepala tunduk ajer, x angkat kepala lansung, sampai sudah... hahahahahah, nasib baik tak nangis... klu tak haru aku.

da rupa lelaki anak aku, x per la, janji aku tak rimas tgk rambut dia berserabai mcm tak bersikat.... ini la hasil nya...


ni basah ni, baru lepas mandi pagi... klu kering, ok sikit...




:: PERASAAN MENJADI TUAN RUMAH ::

Seperti semua sedia maklum, aku akan menjadi host untuk majlis gathering bebudak sekolah aku. Korang tau tak peraaan orang nak menganjurkan ni? uishhhhh, sangat2 berdebar2. Agaknya mcm ni la klu orang tua nak menerima menatu kan.

At 1st aku sasar kan sebanyak 50 orang kwn2. Aku rasa tu paling tinggi la aku target, sebab aku takut budak2 ni tak nak joint la, malu la, malas la. Mula2 feed back x berapa sgt la, but from time to time, it show some progress. as at to date 37 orang da kata boleh/mungkin hadir.

oooooo.......... aku sangat terharu dgn kesudian kwn2 aku yg dok jauh2 utk turut serta... giler punya terharu la, mcm x percaya diaorg akan turun klang, datang rumah aku... seronok sangat, dan jugak terharu dan jugak takut.... takut diaorg x puas hati dgn layanan tuan rumah...

sangat stress memikirkan nya....








Friday, March 5, 2010

:: KHAS UNTUK E.L.I.S ::

ELIS, entry ni untuk ko.

Wei, ko da g tengok ALICE IN WONDERLAND ke belum?

aku kan tengah google sana sini, mencari party yang bertemakan biru putih. Aku nak cari kad ker utk letak kat atas meja ker, nak letak kat goodies bag ker kan. Tapi biasalah, orang putih ni design cun2 kan, cute2, geram aku... tapi tu la masalahnya, komputer aku bukan MAC, yang boleh edit, guna PS pun makan masa lama.

lepas tu, aku pun berblog hop dr satu blog ke satu blog, tetiba jumpa ALICE IN WONDERLAND party theme. siap dia bagi free download ko....

so pn ELIS, agak2 ko nak buat beday party anak ko tahun ni, boleh la gunakan ni sebagai panduan. Siap, dari kad jemputan, envelope, tempat balut cupcake, kotak, peannat bunting A-Z... ko tinggal hantar print ajer...

naper la tak de color theme biru putih.. aduhai.... tukar lan color theme la.. pakai ni senang, da siap semua.

So kepada sesiapa yang berminat boleh la download kat SINI.

jom cuci mata...







:: DOOR GIFT ::

note: tq pn elis, boleh sewa yek? mahal tak? wei, nak bg one drop perfume? mahal tu wei... yang murah sikit la...

korangggggg, apa DOOR GIFT yang murah tapi xclusif untuk diberikan pada kawan2 aku. Ada idea tak? selalu perjumpaan budak2 sekolah ni dapat apa yer? beday2 ni tau la gak nak bg apa... ni utk org2 tua ni, x tau la aku nak bg apa.

lagi satu, korang pernah tak nak tanya orang yang jual belon kat pasar2 malam tu, klu suruh dia dtg rumah tiup belon, kena cahrge berapa ha? belon tiup pakai mulut, belon x mo naik atas la, dok kat bawah ajer... kalau pakai helium gas tu, mesti dia dok tegak ajer... baru best...

mengada...






:: PINATA ::

korang tau tak PINATA tu apa? hasil pembacaan dan pemerhatian aku, PINATA ni berasal dari mexico (kalau tak salah). Aku pun baru2 tau je pasal PINATA ni. aku tengok orang2 kaya klu buat beday anak, mesti ada acara PINATA ni...

PINATA ni ada mcm2 bentuk. Hari tu aku sajer la google, nak tengok ada tak orang jual online kat malaysia ni.. adalah wei... sekarang ni, apa yang tak der kan. Nak kata mahal sangat tu idak la, tp aku tak rela la nak membeli... hahahahha, klu aku banyak duit, mungkin aku beli... hahahahha.. price range around RM60-RM80 la... aku tak ingat lah website dia... tapi ada macam2 bentuk. ikan la, aiskrim la... macam2 lagi la...

dalam PINATA tu kita sumbat segala macam gula2, jajan2 ker, pensil ker, apa2 la yg korang nak letak, janji jgn besar2 sangat. Biasa diaorg letak gula2 je aku tengok. Then PINATA tu kita gantung kat atas. jangan tinggi sangat, kang budak2 tak leh pukul. Lepas tu, suruh sorang budak pukul PINATA tu. Klu dia pukul tak pecah, suruh budak lain lak pukul. Pukul sampai pecah. Ada jugak yang aku tengok, sebelum pukul tu, mata budak yang memukul tu kena tutup dengan kain ker, so nanti masa dia pukul tu, dia tak nampak la PINATA tu, sometime dia pukul angin kan. Then bila PINATA tu da pecah, maka akan berterabur la semua gula2, jajan2 dalam tu. So budak2 yg berkurumun tadi boleh la berebut2 ambik... instead of kita campak gula2 tu je kan? ha, syok tak?

aku x pernah nampak benda ni live, tapi aku plan nak buat masa kitaorg reunion nanti. Since yg datang reunion semua da beranak pinak kan, so bagi budak2 enjoy. Tp aku x nak beli, membazir, kang benda tu da pecah bukan boleh pakai lagi pun.. so aku plan nak buat sendiri. Klu korang google, ada diaorg tunjukkan macam mana nak buat PINATA ni, yg hiasan2 tu, ikut kreativiti masing2 lah..

aku ingat nak buat simple bulat ajer pinata tu. Macam ni. Cuba bayangkan aku tukar color dia warna biru dengan putih atau biru dengan silver... marvelous tak? hahahahaha.. berangan2...

nak buat nya tak susah.. (chewah, macam da buat...) melalui pembacaan aku lagi, kita boleh guna belon atau pun bola yg boleh isi angin tu, mcm bola pelampung tu. mula2 tiup belon atau bola tu, bila da dpt bulat dan besar yg kita nak, ambik potongan surat khabar dan tampal kat atas belon atau bola tu tadi. tampal mengunakan gam kanji. tampal sampai penuh, buat 2-3 lapisan. lepas tu biarkan kering. jangan lupa buat lubang untuk keluarkan belon atau bola tu nanti. bila da kering pecah kan belon tu atau kempis kan bola tu, keluar kan la bola tu td... tada! da siap!!!... bunyi mcm senang kan...

tapi aku ingat, masa dulu aku form 1, aku ada buat la benda ni. tapi masa tu utk subject geografi dan benda tu nak buat globe... saper ingat? atau saper pernah buat jugak?

so, sekali lagi, ini adalah entry berangan.... hehehehehhehe



:: WHITE & BLUE PARTY ::

aku kan akan menjadi tuan rumah untuk majlis ex-STARian gathering this coming april. Asalnya ada kawan aku sorang ni dok mintak idea kat kitaorg nak buat gathering somewhere out of KL/Klang la, nak stay 2d1n kat PD ker, kat bagan lalang ker... macam2 response budak2 ni bagi, tapi tak de kata putus.... then aku suggest kita buat majlis 1 hari ajer la, since klu nak stay2 ni mesti pakai duit banyak punya kan.. So diaorg pun, suggest la macam2 tempat, but still tak de kata putus. Last2 aku offer diri sebagai tuan rumah la senang..

so kata putus telah dicapai, we choose this coming april utk bat gathering. So nak bg mudah semua orang, aku volunteer utk sediakan semuanya, dari makanan sampai la aktiviti2. yang lain tinggal datang makan ajer. Aku dapat sokongan en suami sepenuhnya, malah dia yg terlebih xcited utk buat benda2 ni semua.

So untuk memastikan semua nya berjalan lancar dan terbaik, (insyallah), aku pun dok google2 la sana sini. aku macam teringin nak buat majlis yg de color tema ni. tp aku x ckp pun lagi kat budak2 ni. rasa mcm hover pulak. Tapi aku rasa color yg aku pilih ni x de la menyusahkan diaorg kot. i choose WHITE & BLUE theme.. konon nya nak mendapatkan aura anak lelaki... bukan, bukan aku da tau jantina anak aku, tp sajer la... mana tau aura tu dtg kan... heheheheh... buka susah pun, diaorg leh dtg pakai t-shirt putih, jeans biru da ikut tema da kan?



klu la meja aku nanti boleh buat mcm ni kan best? (berangan lebih). x de makna la nak buat gini, nyusah hidup aku ajer... hahahahahha, da tentu2 aku sediakan mangkuk, pinggan polistrine ajer senang... hahahahah..
somemore, cuaca kat negara kita x sesuai la nak buat gini. da tentu2 kipas akan terpasang, mcm mana belon ni nak stay dok diri diam2 atas meja tu, ada gak yg belon nya meletup nanti.


ni leh buh atas cupcake, saper lak nak buat cupcake ni... hahahahaha. mcm superwomen, semua benda nak buat...

tapi bila tgk theme RED, WHITE, BLACK kat bawah ni mcm cun pulak....


ini entry berangan nama nya... tgk la nanti apa hasil nya... hahahahahah


Tuesday, March 2, 2010

:: KAMBING GUNA BOTOL AVENT? ::


yessss, u read it right... gilos, last week aku g balik kampung, terkejut beruk tgk inlaws aku bg kambings2 diaorg minum susu guna botol avent... gilos apa... aku tanya la, mana dpt ni? giler apa g beli botol ni, bg susu kat kambing... hahahahah, so diaorg ckp, ada sepupu laki aku ni bagi. Kan kita digalak kan menukar botol susu anak2 kita every 3 months... uuuiiissss... bagus betul sepupu laki aku ni, aku idok la tukar botol tiap2 3 bulan, tp puting tu aku make sure aku tukar la... dasat2... rugi aku tak de camera time tu, klu tak dasyat kambing2 bapak mertua aku... hahahahaha 

so utk next baby, x mo da beli botol avent... apa kelas beli botol avent, botol ni standard kambing inlaws aku jer... hhahahahaha (giler nya statement, sorry yer, aku gurau ajer) .. x de, x de, aku tipu jer, insyallah panjang umur, next baby nak try ni lak, lagi pun alisya da pakai avent. aku kena tukar2 botol budak2 ni, klu tak bapak diaorg ni main belasah ajer botol adik bg kakak, botol kakak bg adik... so klu lain2, senang sikit nak recognise kan... mcm skrg, baik adik baik kakak, diaorg tak suka nak share2 botol. masing2 geli dgn puting botol adik bradik diaorg. mcm kakak pakai botol NUK yg kecik, adik pakai botol NUK yg besar (kat rumah babysitter, adik guna avent), puting botol lain2, so diaorg da kenal botol masing2. klu aku tukar kan pun diaorg tak nak...

newborn set
ambik aura warna biru, mana tau de rezeki anak lelaki
tp dia ada color pink jugak






Monday, March 1, 2010

:: KISAH BLEEDING ::

ok, last week aku MC 2 hari. remember tak kisah bapak aku xcident hari rabu last week? suppose aku ambik EL on that day, tapi sebelah petang nya ada berlaku bleeding quite heavy jugak la... 1 pad penuh jugak la. So ptg tu balik rumah inlaws aku kejap, then kat sana, bertambah byk pulak kuar nya, so au paksa laki aku bwk aku g hospital terus.

So mlm tu buat pertama kali nya aku pergi antenatal check-up. so berat sekrang adalah 50kg. berat semasa aku adalah 47kg, so aku da naik 3kg.. aku seronok ngadung, sebab ini la masa nya aku nak tambah berat badan... hahahahahah, dan aku x peduli klu org kata badan aku naik, WTF, i'm pregnant ok...

suppose last week, aku around 10 weeks plus la, tapi hasil scan yang dibuat, doc kata aku da 11 weeks plus.. and due insyallah on 11.09.10.. bagus, itu adalah hari raya ke-2... tapi laki aku nak date 08.09.10.. tak kisah la, ceser kan, da nak dkt2 sok aku pilih tarikh.

hasil scan, doc kata uri/plasenta aku kat bawah, so kebarangkalian utk berlaku nya bleeding tu ada.. so doc suruh aku rehat ajer... sebab tu la aku dapat mcc on rabu and khamis tu.  iyor la tu rehat, dgn budak 2 org kat rumah, boleh sgt la aku rehat. Baby dlm perut sgt2 aktif, aku da takut klu anak aku sok hyperactive, sebab aku dok menggila mkn coklat. ada org pernah ckp dgn aku, klu budak hyperaktif ni, masa ngadung mak dia suka mkn coklat... at 11 weeks, kaki tangan da ada da.. aku boleh nampak dia berenang2 dalam perut aku.

aku rasa pregnancy kali ni sgt teruk. aku rasa sebab aku da semakin tua utk mengadung... hahahahahha.. aku mengalami pening kepala yg sangat berdenyut2... klu ko baring je, bgn mesti nak pitam. dan paling best, aku boleh pening dalam tido dan early moning sickness. let say aku tido da siap2 pakai baju sejuk (badan aku x berapa sihat, so w/pun skrg musin panas, tp aku tido pakai baju sejuk), tgh2 aku tido, aku boleh pening kepala berdenyut2, siap peluh2 dahi aku. So aku bgn minum air, terus duduk kat kerusi, mengeluarkan air tu balik at 2.30 in the morning... bersendirian mengeluarkan angin2 dalam badan... pergh... sayhdu rasanya.... compare muntah ada isi, aku prefer muntah air.. mulut tak pahit... sebab tu la aku hilang selera makan, klu x mkn, angin naik atas kepala, aku muntah air... bila aku lambat bg mkn, pun aku muntah jugak...

sabo jer la....


:: IKHTIBAR KISAH SAFIYAH ::

aku antara yang terlambat mengetahui berita ini. nak kata lambat sangat pun tidak la, aku ada baca kat FB masa tu, tapi tak berapa paham jalan cerita sebenarnya, sampaila semalam aku beli paper, baru aku paham... tapi masa tu tak seronok, tak de saper aku nak bawak bahas... hahahahaha

so hari ni masuk pejabat, semua jenis paper diaorg ni beli, nak memaham kan kisah disebalik kematian nya... memang tragis, klu dipikir2 kan, tak terjangkau dek akal perbuatan ibunya... muka nerd giler, rupa orang tak bersalah, rupa org tak berdosa (tapi saper la kita nak ckp dia dosa ke tidak) tak kan la keluarga kedua2 belah pihak tak tau ko da kawin ke belum? da sah bercerai ke belum? mcm mana ko bawak perut 9 bulan? mcm mana ko beranak? mcm mana ko berpantang? mcm2 soalan yg bermain di kepala otak aku. seronok dapat berbahas dengan budak2 opis... meriah sungguh...

apa pun, ambik la ihktibar dari kisah SAFIYAH ni. Benda2 macam ni, buat aku insaf dan beristigfar banyak. Semoga aku, keluarga dan kawan2 dijauhkan daripada semua kejahilan2.