Pages

Thursday, February 25, 2010

:: BAPA KU KAWIN LAGI ::

ooppppssss... gilo apo... bukan2... propah ajer lebih tu... bapak aku xcident lagi sebenarnya...

ok, kejadian di hari semalam, sewaktu perjalan pergi menghantar mak aku g pusat dialysis.
hikmahnya: nasib baik masa kejadian, bapak aku masih bersama mak aku. so mak aku boleh call aku immediately. klu la bapak aku xcident lps hantar mak aku, mcm mana agaknya bapak aku nak call aku? sebab dia x de HP, dan aku tak rasa dia ingat no HP aku. klu dia call rumah, aku da keluar g kerja mcm mana?

waktu kejadian lebih kurang pukul 7.30 la.
hikmahnya: smlm aku g keja lambat. da la bgn pagi tu aku baru iron baju, sekali pakai2 baju tu mcm bau busuk pulak, rupa2nya kena tahi cicak kot... da x pasal2 aku kena gosok baju lain pulak. so smm betul2 kelam kabut. da lambat. suddendly got call from mak aku kata bapak aku xcident. siap ckp org yg bapak aku langgar tu mati pulak... perghhh... gambra sekejap.

terus hantar anak aku kat rumah babysit, nasib baik da siap2 mandi, tp x sempat nak sikat kan rambut. then terus g tgk bapak aku. bapak aku mcm biasa, KELIHATAN cool sajer... (hati dia mana kita tau), yg gambra lebih da tentu mak aku. dlm keta tu gak ada jiran aku yg dialysis sama dgn mak aku.

masa aku sampai, polis da sampai. so aku terus bwk masuk mak aku dan jiran aku dlm keta, terus hantar pegi dialysis centre. settle kat sana, aku patah balik tmpt bapak aku xcident. both laki dgn abg aku tak sampai2 lagi... tak leh harap kan org laki ni? sabo ajer la aku...

alhamdulillah, mak bapak, jran aku tak ada apa2. kereta pun x de la teruk sgt. tapi tau la kereta buatan m'sia ni kena langgar sikit pun da kemek kan. so kereta boleh jln. aku call laki aku suruh tunggu kat dialysis centre ajer.

org yg berlanggar dgn bapak aku naik moto. yg pemandu tak de apa2, pembonceng belakang, perepuan tercampak atas keta bapak aku, so masa aku tgk tu dia terbaring atas jln, aku pun cuak jugak.. tp tgk keta bapak aku yg x berapa teruk sgt, aku tak rasa org tu mati.

so, aku dgn bapak aku konvoi g dialysis centre tunggu laki aku kat sana. yg cedera, ambulance da ambik. sampai dialysis centre, laki aku da sampai. check kerosakkan, rediator pecah. tapi still leh bwk. so call abg aku suruh g traffic klang ajer.. laki aku keja pagi hari tu. then kitaorg pun g la traffic klang. lama jugak settle kat sana... agai, org laki ni x boleh pakai kan? dia ior ajer bapak aku buat report sorang2. org tua tu da la tua, kang dia salah cakap ke apa ke... anak prmpr dia jugak yg kena teman... tu yg ada drama sikit kat sana tu.

kepala aku da la memang tak betul... berdenyut2. so sblm buat report tu, bg bapak aku relak kejap, kita minum2 la dulu. so aku minum air teh ais, tak mkn. lps tu g buat report. masa kat kaunter tu kepala aku berdenyut... angin2... then aku memang mcm tak tahan da, so aku keluar, sempat tanya mana toilet. tp belum sampai toilet aku da muntah atas jln... hahahahah, drama betul... sabo ajer la aku.... nasib baik sempat kuar, klu tak aku muntah kat kaunter laporan tu...

lps buat laporan, jumpa pegawai penyiasat. chit chot chit chot, lama gak, then dia bawak bapak aku g tmpt kejadian. x kan aku nak iat bapak aku sendiri? aku pun ikut la naik keta polis.. again, x leh harap kan anak lelaki ni? sabo ajer la aku... polis tu leh la pulak ambik lapoan lg sekali tgh2 jln raya tmpt kejadian. siap stop2 kan kereta kiri kanan... siap ambik gambar.... lama jugak, then bwk kami g hospital tgk org tu pulak

aku x masuk hospital tu.. bapak aku je yg masuk, alhamdulillah, prmpr yg terbaring tu cuma patah/terseliuh tulang kaki ajer.. x de la mati mcm sanggkaan mak aku pagi td... then patah balik ke traffic klg. sblm tu ambik gambar kereta pulak... lps tu jumpa balik pengawai penyisat td... pun ama jugak.. aku sampai pening2 kepala da...

last sekali settle dlm lebih kurang pkl 12.... alhamdulillah, settle gak akhirnya...

apa pun, alhamdulillah semua nya selamat

note: i've got my 1st RM100 yesterday... huray2...



:: SHORT NOTE ::

kepada sesiapa yg berkenaan.

ok, saya maaf kan awak, and at the same time, saya pun mintak maaf.. mungkin saya ada kekurangan dimana-mana.. its a learning process for all of us... i might wrote that entry with emotion... but atleast aku jujur bercakap dari hati... kan?

so korang, saper2 yg da mintak maaf, jgn la korang tak maaf kan pulak..






Tuesday, February 23, 2010

:: SUKA SUKA ::

well, x de saper ye yg nak joint aku dlm duit infinity? mmmm, x per la, we'll see how it goes la.

So hari ni pagi petang aku kena attend meeting orang. Bukan aku sorang ajer, dr bos aku, kwn aku dengan aku2 sekali kena attend meeting utk orang lain. Best kan? Suka kan? Suka sangat2,

Pagi td on the way kuar mkn, bos call, kata pls attend another meeting on b'1/2, sebab dia pun terpaksa attend another meeting on b'1/2 jugak. bagus kam kami? g meeting orang lain? nasib baik la bos aku jenis tak berkira, pergi ajer. tak merungut pun. kitaorg yg kesian dengan dia, sebab last2 minute ajer kena jadi bidan terjun...

kadang2 aku tak paham, knp la bila kita da tau kita ada meeting besok, besok jugak la kita nak cuti, nak MC nak EL. sebelum ambik cuti atau MC atau EL tu, tak boleh ke confirmkan dengan anak buah kita, ada tak kat opis, boleh tak gantikan g meeting. Berinteraksi la dengan anak buah, bertolak ansur, jangan buat hal sendiri ajer. Mungkin its really urgent tak boleh nak dtg, tapi tak de ke perasaan bersalah atau rasa tanggungjawap tu?

klu aku la, seboleh2 nya, i want the 1st hand infomation drpd meeting yg aku attend, sebab kerja tu pun, nanti aku akan buat jugak. so aku nak tau la detail2 nya. Lagipun itu memang kerja aku. Klu aku suruh orang lain pergi, org tu x boleh/berani nak buat keputusan bagi pihak aku. kang klu dia buat salah keputusan mcm mana? tak kan aku nak tanggung? aku da tentu2 nak selamatkan diri kan?

dari sebelah pihak yg mengadakan meeting jugak menghadapi masalah. Well, klu aku ada, tapi aku tak boleh nak komen apa2, so tak guna jugak. Diaorg pun susah jugak. Diaorg nak kata putus dr kita. jadi semua pihak rasa susah. Dalam masa yang sama menunjukkan kelemahan kita sendiri.

So, kesimpulan nya, jangan menyusahkan orang lain la. Aku rasa klu la aku tiga ekor (bos, norley dgn aku) tak dtg serentak dlm 1 hari, dan ada meeting pulak nak kena attend, da lama kitaorg kena surat tunjuk sebab... dan aku tak rasa ada org sudi nak attend mesyuarat kami dengan senyum lebar... in +ve note, its a leraning process for all of us.


Monday, February 22, 2010

:: SAPER NAK JOINT AKU? ::

pembetulan, pembetulan: ia nya bukan MLM...

Aku ada la silent reader kepada THE-KEK. Dalam beberapa entry dia yg lepas, she did mention pasal dapat duit dari Facebook. So aku baca komen2 dia, and some of her readers did ask her how she get it? dan most of the time aku tgk dia reply, suruh email kat dia utk tahu maklumat lanjut.

So as a silent reader, aku memang malas nak tinggal kan jejak, so aku just email dia terus. Straight to the point, aku kata aku interestd nak tahu maklumat lanjut. So dia reply ini:-

HI Hidayah..

sorry for the late reply..stuck in a miting...
tgk ni dulu http://www.youtube.com/watch?v=8dQ0tirojrc utk tgk how this thing can give u money.
it really works for me and i am loving it bit time..yes i am scpetical mula-mula tapi skrg...:P i am 1 happy lady

x0x0..elin

 So, balik rumah, aku tgk la you tube tu. Actually dia mcm MLM gak. Nak kata tertarik sgt tu tidak la, tapi aku rasa mcm nak cuba. lagipun modal dia tak banyak, RM100 ajer... so aku pikir, why not give it a try kan, sbb tak menggunakan byk modal pun.

Basically, dia punya flow mcm ni, aku register, dapat kan 4 orang bawah aku. Orang 1 dan 3 aku punya, orang 2 dan 4 penaja aku punya. Orang bawah aku tu setiap sorang dapat kan 4 orang lagi, dan begitu la seterusnya. contoh nya mcm ni:-

1st downline pay direct to me, (if this person dpt 4 org then the 2nd & 3rd will pay direct to me)
2nd pay direct to penaja, (if this person dpt 4 org then the 2nd & 3rd will pay direct to penaja)
3rd direct to me (if this person dpt 4 org then the 2nd & 3rd will pay direct to me)
4th to penaja. (if this person dpt 4 org then the 2nd & 3rd will pay direct to penaja)

Bukan tu sajer, dgn RM100 tu jugak, kita entitle utk get online training, such as excell, word, photoshop etc etc etc.. 

all payment will be paid direct to our bank account, So klu korang agak2 fobia, korang sediakan la 1 bank a/c kosong (yg tak melibat kan bank gaji korang)

so, saper nak try dengan aku? jom kita cuba jom... kita buat sama2.. lagi pun modal RM100 ajer pun...  email aku kat hidayahrugani80@yahoo.com



Friday, February 19, 2010

:: DUIT INFINITY ::

Saper tau pasal ni? Boleh bagi tau aku detail? aku nak try la. Modal RM100 je kan, no sweat ka klu try... aku dgr kena cari 4 orang kan? saper nak joint aku... jom2.. kita test...

aku gatal mintak detail segala, lps tu aku pikir, saper la nak joint under aku nanti, da la marketing aku tak bagus... adei.... benci2... tapi aku nak give a try...






Thursday, February 18, 2010

:: FENINGGGGSSS ::


currently, mcm ni la agaknya kepala aku... pening ko... baik pagi, ptg, mlm, masa tido, aku boleh rasa kepala aku berat. tapi aku still boleh bekerja, and i rather work, than stay back home. Klu dok rumah ajer, makin lemau aku. Serba serbi tak kena. As long as aku boleh lay back my head to the chair, its ok with me.. jangan bos aku hantar aku dgr ceramah ker, meeting ker, sudah.. sebab klu aku terpaksa attend meeting atau ceramah atau taklimat or whatsoever, yg kena dok kerusi lama2 like 2hrs direct, memang la, bengong aku... masa tu mcm2 jenis gaya duduk akan aku buat. Alamak, got amanat new year from my bos this coming 25th february.... cabut boleh tak? hahahahahaahahha



untuk mengelakkan pening yang melampau, i'm back on my reading track... hahahahahaha.. buku ni beli masa confinement alisya kot, baru skrg nak baca... hahahaha, aku de lg 3 buku dr collections dia yg belum beli, termasuk the latest one


tu yang gigih membaca tu... hahahahaha



pregnancy kali ni aku dok bernafsu kat makanan western foods sajor... x tau knp... lps tu testing2 resepi, semua tak jadi, tension je aku... kali ni nya pregnancy, bukan aku je yg ngidam, laki aku, anak aku pun ngidam.. yang paling best DANIA... masa CNY hari tu, balik kampung. OTW nak balik kampung tu, boleh lak dia dalam kereta cakap "mummy, kakak nak minum air watermelon"... adoi, terkejut badak aku laki bini, apa mimpi dia dok mintak air tembikai. Sampai rumah pak mertua, keep saying the same thing, sampai mak mertua aku ckp "amboi, berlagaknya nak minum air watermelon"...

on the way balik rumah, pass by khhemah2 yg jual tembikai tu. tp bapak dia malas nak berhenti, so dia kata beli tembikai kat pasar mlm ajer. sampai pasar mlm, kan CNY, mana la ramai penjual2, so tak de la org jual buah... ha, hambik ko, anak ko da mokak2 nak air tembikai tu. nak jadi cerita, org jual air, x jual pulak air tembikai. Selalu ada je org jual air tembikai. Tunjuk kat dia air lain, tak nak. dia kata nak gak air watermelon... pengsan...

last2 aku ckp dgn bapak dia, "awak singgah je la mana2 restaurant, bungkus air tembikai". at last, dapat gak la dia minum air tembikai.... hai... pengsan bapak dia layan selera anak dia.. hahahahahah




Wednesday, February 17, 2010

:: I-CITY, SHAH ALAM ::

 

Banyak sgt gambar, sampai rasa mcm nak muntah klu letak semua.. hahahahaha, so buat collage guna PICASA... apa itu PICASA? gi google la! Semua benda nak kena "suap"
selama 5 hari bercuti, da mcm org bengong dok rumah... tension aku, duduk tak kena, baring tak kena, serba serbi tak kena... laki aku la kerja shift mlm, siang dia membuta, aku terpaksa la layan anak2 aku sendirian... lawak sei budak 2 org tu... si kecik tu la paling lawak... bk benda nakal dia buat, sampai geram je aku tgk dia...
ini kali kedua pergi ke I-CITY ni, masa mula2 pergi last week, hujan lebat, so tak dapat turun ambik gambar. masa tu org pun tak ramai sangat. Sekali mlm td pergi lagi, hambik ko, jln masuk je da jemmmmm.... laki aku la g park kat jln hujung jln masuk... punya la jauh nak menapak... sabau je la haku. aku ingat aku sorang je yg jakun tgk lampu2 tu semua, rupanya ramai gak yg jakun... hahahahahah...
mungkin ini kali ke-2 dan kali terakhir la laki aku bawak g sini. Kalau ajak g sini lagi CONFIRM laki aku tak nak.. hehehehehehe







Friday, February 12, 2010

:: HAPPY CNY ::

last day kerja, b'4 semuaorg cuti panjang sempena raya cina. Aku cuti sampai hari selasa. Tak de sambung cuti pun, sebab tak de plan nak kemana. Laki aku pun kerja sampai selasa...

Hari ni ramai yang da start cuti, MC tiba2, ambik 1/2 day.. aku ni yg tak berkampung, kena la bekorban stay kat opis. Bos aku baik kecik, baik besau, semua da cuti. Klu tak cuti pun, tetiba MC atau pun tetiba 1/2 day... sabau je la haku.

Pg td dok pikir2, mana aku nak merayau tgh hari td... nasib baik tak jadi merayau, sebab ngam2 loceng punch card aku bunyi, orang JAKEL jenguk kat pintu nak pasang roller blind untuk opis.. nasib baik makcik tak jadi merayau. kome pun, awat la dtg maa lunch hr kami... bengong betul..

ngam2 dia siap pasang, nak blah, aku pun blah jugak... Aku ada MISI... heheheheheh hari2 ada misi.

:: MISI PERTAMA ::
pergi kedai printing. Ingat tak dulu aku ada mekak2 tanya mana nak print color kan? wokey, aku da jumpa 1 kedai kecik yg aku tak berapa nak segan g printing kat sana dan senang parking. Ye la, klu kat sek 2 kan susah nak parking, lepas tu org ramai pulak tu, malu aku nak tunjuk apa yg aku nak print.

kedai nya di seksyen 7 baru, selang 2 kedai dari kedai makan MOLEK.. kecik je kedai nya... aku print digital print, aku rasa mcm laser color la.. quality bagus. aku print atas kertas A4 biasa, dia charge RM1.00 sekeping. klu yg deskjet tu RM0.80.. baik aku ambik laserjet terus. then eliminate RM2.00. mahal la pada aku... memang mahal ke nak eliminate ni? aisei... aku de 10 keping nak print dan eliminate ni... tak pe la, sok2 la. bila aku de duit, print sikit2.

tadi aku print 8 keping, dan elimanate 5 keping total RM18.00....

nakkkk, klu ko tak pandai, tak tau la mak nak buat pe lagi...

:: MISI KEDUA ::
g print gambar. Ok, hari tu masa aku g IKEA, aku de beli frame yg 3pcs  RM5.90 tu.. so masa tu aku beli 2 set, dpt la 6 frame... selama aku de digicam ni, belum sekali pun aku g print gambar2 yg aku da ambik... so disebabkan aku da beli frame2 tu, aku g la cuci gambar.

pertama: quality printing tak bagus lansung... tak hingin aku nak cuci kat kedai tu lagi... aku rasa print kat kertas kat kedai printing mula2 tadi tu lebih baik qualitynya dr aku print kat kedai foto... hampeh... sekeping dia charge RM0.80, mahal la pada aku, dengan kuality yang ntah apa2 ntah. muka aku pun da mcm muka hantu...

kedua: quality frame tu pun hampeh jugak... agaknya sebab murah la kot... cermin depan frame tu, ofcourse bukan kaca, tp plastik.. so dia tak jernih sangat, tambah bila letak gambar yg quality ntah apa2 ntah, makin ntah jd apa gambar2 kami... sabau je la aku... tak mo beli lagi da frame tu... tapi frame tu ajer yg murah... guano?

gambar semua aku tak ambik, makcik sogan la dengan kawan2 opis makcik.. sok2 makcik ambik gambarnya yer...

btw, happy CNY utk x-boss aku kat opis lama.. BOS, tahun ni tak dak hamper no... makcik tak dapat bonus... heheheheeheh


Thursday, February 11, 2010

:: STOK DA ADA ::


Ni hari tu, saper yang nak benda ni, da ada da stok nya kat IKEA tu... G la terjah IKEA untuk mendapatkannya. Aku da dapatkan aku punya. Seorang kwn aku baik hati belikan untuk aku. Walhal aku acah2 ajer, maklum la aku tak bg pun duit kat dia siap2. Aku ckp, bila2 g ikea, klu nampak benda ni tolong belikan. Aku ckp lg kat kwn tu, klu tak de duit, inform kat aku je pun tak per... Tak sangka pulak mlm bila hari tu dia pergi sana, dia siap2 belikan utk aku da kwn opis aku. Terima kasih la ye kak yam (sorry kak yam, jual nama...;-). susah payah dia bwk dalam keta. x muat kat bonet ko benda ni.

Pada yang kirim kat aku tu, maaf la yer. Aku tak la pesan sekali kat kak yam, maklum la, aku pun tak bg duit kat dia siap2, lagi pun pesan da lama. Mungkin kak yam lupa kot... sorry yek...

Anak2 aku seronok dapat main benda ni... Tapi pada aku la, kecik benda ni. Anak aku 2 orang main pun da siap gaduh. Tapi kapur IKEA, seyessss bagus giler... kapur tu aku da beli siap2 masa pergi dulu tu.. aku bengong g bayar jugak kapur tu, walhal da tau blackboard tu tak de. So kebetulan aku de kapur ikea yg color2 tu dengan kapur biasa yg beli kat kedai stationery. memang lain la quality dia...

So misi minggu ni adalah main cikgu2 dengan DANIA... alphabet capital letter da master, tinggal alpahet small letter ajer... tu pun certain huruf la dia x master. macam b dengan p dengan d.... tu la huruf2 yg biasa dia confius... aku stress nak kenal kan dia no ni.... klu ikut sequence 1-10 tu kenal la.. klu aku tunjuk random nombor, dia tak boleh recognise la... tak pe la slow2.... tapi klu slow2 sgt, mcm mana nak jd sifu calculus ni....






:: ALISYA'S FAV PHARSE ::

:: NTAH ::

mummy: Alisya, mana puting?
Alisya: NTAH

mummy: Alisya, mana botol?
Alisya: NTAH

mummy: Alisya, mana bantal busuk?
ALISYA: NTAH

mummy: ALISYA, mana selipar?
Alisya: NTAH

tanya semua jawap NTAH sajer... sabau ajer la haku....






:: YG PELIK PREGNANCY KALI NI ::

  • Gigi aku tak berdarah lagi... Kalau dulu, mesti gigi/gusi aku berdarah bila gosok gigi. Sekarang da tak de pun. Agaknya kalsium aku cukup kot...

  • Aku tak muntah2... dulu pun tak muntah2 jugak, tp bila gosok gigi mesti muntah angin atau air... skrg ada jugak, tp tak la seteruk dulu kot

  • lagi apa yek? oooooo..... jerawat... ye jerawat mencanak2 naik kat muka... *tipu* tak de la mencanak2, tp adalah sebiji dua.... knp yek?

  • ken*** kontor la... dulu tak pernah mcm ni, tp skrg kerap la.. kejap ok, kejap tidak. bila dia dtg, aduhhhh sakit.... aku lak susah nak minum air, klu bukan waktu mkn... aku lak dok opis yg ber ekon kiri kanan dengan suhu 20  darjah celcius... sejuk2 mcm tu, mana aku nak haus.. tulang2 sakit ada la..
note: x sabar nak tunggu sebulan lagi (bulan2 kritikal a.k.a 1st trimister)



Tuesday, February 9, 2010

:: BEZA KAKAK DENGAN ADIK ::



Aku tak tau la nak merapik apa hari ni. Tapi aku nak share peel anak2 la hari ni... Last week, aku cuti hari jumaat, konon nya nak jaga ALISYA yang demam sebab kena JAb. Sekali propah ajer la.. dia nak mak dia cuti sebenarnya... aku ada kat rumah, sihat ajer dia... ceregas! So cuti 3 hari dari jumaat, laki lak kena kerja shift pagi, so sepanjang hari aku dengan bebudak tu. Seronok tgk peel diaorg. Bila baik tu, Subahanallah, baik sungguh, pimpin2 tangan, cerita berdua, walau x de siapa yg paham bahasa ALISYA. TApi bila da gaduh, pun dasat jugak. Aku lak, tgk ajer.. sampai da melalak, baru aku settle kan. Apa pun, walau keluar dr pintu yang sama, terhasil dr bapak yg sama, tapi peel dua2 berlainan.



Dania klu aku sibuk masak kat dapur, dia tak heran nak tolong. Ada tak ada pun, dia dtg dapur tanya "mummy da siap masak?". tu ajer, lps tu dia keluar tgk TV. Klu dia tgh buat kerja atau tgh tulis, aku ajak tulis kat dapur pun dia tak nak. Jangan Alisya. Alisya, siap panjat2 kerusi nak tengok aku masak. Nak pegang sudip. Segala periuk belanga dia nak main...



Si adik kalau suruh kiss kakak nya, dia nak.. tapi kakak, tak hinggin nak kiss adik nya.... bila aku ugut nak bg adik nya kat indon, tau lak melalak2. tapi bila adik nya de kat rumah, tak di layan pun.



Si adik nak bermain dengan kakak. nak naik basikal dengan kakak. Tapi si kakak tak suka adik nya naik basikal dengan dia, main dengan dia... Pelik betul aku...



Banyak lagi la peel pelik2 budak2 ni. Tapi satu je tak pelik. Dua2 mesti nak tido dengan aku. baik adik atau kakak...


:: 30% DISC ::

Malam tadi en. suami ckp, hospital tempat aku nak bersalin nanti tgh try masuk company dia utk jadi panel hospital bersalin. Good2.. so dengar2 nya diaorg akan bg 30% untuk staff company en suami klu bersalin kat hospital tu. Good2... best2... Tapi belum confirm lagi... Masih dalam perbincangan. Mintak2 sempat sebelum aku bersalin. 30% dari RM4K, da leh jimat RM1.2K... banyak tu... syukur2, walau tak ditanggung semua... jimat duit en suami...

Kali ni tak yah dok WAD PERDANA la, aku ingat kali ni dok WARD ajer la.. sian en suami... tak per2, lagi pun da tau kena ceser, so tak yah la laki tunggu...lagipun de 2 orang budak kecik nak kena jaga kat rumah.

Aku masih dalam dilema ni, nak beranak sebelum, semasa atau selepas hari raya...






Monday, February 8, 2010

:: BUGGY BOARD ::

I nak sangat benda alah ni... Tapi mahal rupa nya... ingat kan RM50.00 ker, boleh la aku beli... ratus2 rupa nya...

Korang tau tak benda ni apa? Benda ni boleh attached kat stroller.. so sorang boleh dok dalam stroller, sorang lg boleh berdiri atas buggy board ni...

sok2 la, klu dpt duit terpijak, aku beli...


ni murah sikit RM199.00
boleh beli kat SINI


yang ni mahal sikit RM299.00
boleh beli kat SINI







:: KUMON'S BOOK ::

Buku2 KUMON yang aku beli kat MPHOnline tu da selamat sampai hari khamis... lama jugak proses dia. Compared dengan kedai2 kat blogspot ni, consider lambat jugak dia proses. Aku buat tempahan on friday, monday dia g proses kot, cari2 buku, then selasa, dia hantar kat courier. Hari rabu courier tu call aku, tanya location opis aku kat mana. Dia kata nak hantar. So aku tunggu2, tak sampai2, hari khamis baru dia hantar. So aku salah kan courier service tu la, lembap...

Mungkin sebab staf MPHOnline to working up to friday ajer, sebab tu dia proses order aku on monday kot. Tak pe la, lambat sikit, as long as semua buku yg aku nak ada.

Tak susah sebenarnya nak shopping kat MPHOnline tu, considering korang tau tajuk atau author buku yang korang nak cari. And some can get online discount lagi. Courier service pun tak la mahal sgt... Up to RM150.00 korang kena bayar RM7.00. Kalau setakat nak beli buku 1, baik tak payah... membazir RM7.00. baik korang g store dia terus. Ni klu nak beli byk2 la.. Rate utk oversea dgn sabah sarawak lain la... Then >RM150.00, postage free...

Gambar aku tak ambik... tapi seyessssss best giler buku tu... mak nya yang teruja... anak aku pun teruja, dia nak buat semua buku... apa2pun, dont let ur child buat tanpa pengawasan la.. klu tak rugi ajer... buat sama2, tunjuk mana yg patut... baru la berguna.... tapi da nama nya budak, tau2 dia nak start kat page yg tgh2... bila dia tgk mana yg dia suka dulu... sabo je la aku....

nanti aku ambik gambo


:: ASTRO ARUNA DA TUTUP KER?

Dapat info dari SINI. Dia kata Astro Aruna da tutup... La iyer ker? aku tak tau pun, sebab aku bukan la pencinta cerita2 indon. Patut la aku terdengar mak aku ckp dgn DANIA hari tu, kata nya "cerita yg nenek suka tgk tu pun da kena potong". Aku tak ambik pot sgt, tp dlm hati aku ckp, "wei, aku bayar bil astro yer... tolong sikit, aku x de suruh potong mana2 chanel yer..." dalam hati ajer la... hehehehehehehehe

Ko da potong channel kan? ha, potong la harga pakej sekali... ni harga pakej makin naik, lepas tu channel g kurangkan.. byk cantik muka ko....







Tuesday, February 2, 2010

:: KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN ::

Honda Malaysia calls for product update for 2nd Gen City (2008) and 1st Gen Jazz (2003)

Current selling models are not affected

Petaling Jaya, 1 February 2010 - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia or the Company) shed lights on the recent product recall of 2nd Generation City 2008 Year Model (YM) and 1st Generation Jazz 1.4-litre 2003 YM due to possible failure of its power window master switch, which under extreme water sippage, could cause short-circuit.

As of today, there were no faulty cases reported in Malaysia.

There are a total of 12,935 units of 2nd Generation City 2008 YM with 7,713 units of V-TEC and 5,222 units of i-DSI respectively. As for 1st Generation Jazz, there are 3,090 units of 1.4-litre Japan made 2003 YM. Honda Malaysia will now call for Product Update for these models.

Honda Malaysia explained that when the power window master switch is exposed to excessive amount of water (such as rainwater), especially when windows are left open for prolonged period of time, electrolyte materials from rainwater would sip into the power window switch unit. This would decrease the insulation resistance between the electric circuits, which could lead to current leaks. In severe cases, the switchboard would melt or burn.

"We will be writing to all our customers directly and inform them of the preemptive measures to address this situation. We are in the midst of preparing the replacement parts and we will then carry out the necessary inspection and replacement when the parts are ready. All charges incurred in the inspection and replacement work will be borne by the Company," said Toru Takahashi, Managing Director and Chief Executive Officer of Honda Malaysia.

"We would like to assure our customers that all current selling models are not affected," added Mr. Takahashi.

There were a total of 3 burn cases reported so far, 2 in the US and 1 in South Africa. However, there was no confirmation that the fatality reported in South Africa was caused by the malfunctioned parts. The recall was subsequently announced in US, UK, Canada, South Africa and Ireland.

For more information, please call Honda Toll Free number at 1-800-88-2020, or visit any authorised Honda dealer.
sumber







:: ADIK & KAKAK ::


masa benda alah tu tak bergerak, si adik ni punya la action... boleh buat aksi rempit lagi.. sekali benda tu bergerak, dia punya kecut, nak tergolek... tgn bapaknya pun xnnak lepas...

Lepas dari tu, si adik tak nak toleh lansung benda alah tu. then klu nampak kat mana2 terus peluk mak/pak nya kuat...  penakut...

Kakak buat2 staedy la... tp dalam hati takut gak tu... bila aku suruh senyum, baru dia nak senyum.






Monday, February 1, 2010

:: NOMBOR YANG MENGERIKAN ::

alhamdulillah
masih lagi bernafas di usia
TIGA PULUH...
welcome to the 30th club...