Pages

Monday, November 30, 2009

:: HRH'S POST MOTERM ::


HRH stand for Hari Raya Haji. Hahahahahah, dapat idea dari bapak mertua aku. Sebab dia beli kereta sorong baru, nak letak daging kurban, then orang tua tu, segala benda yang baru, dia akan conteng tarikh kat benda tu. So dia punya kreatif, dia g spray kat kereta sorong tu HRH then tarikh dia beli kereta sorong tu... Rumah dia byk date2, date orang sipolan2 pinjam duit la, date beli kereta baru la.... date anak beli kereta baru, ada ajer dia conteng kat meja la, kat pintu la... hahahahahah Kalau dapat cucu baru, dia conteng kat al-quran. Contoh nya mcm dania hari tu, dia tgh mengaji kat juzuk ke berapa, so dia conteng la, tarikh lahir dania, mcm tu gak cucu2 dia yang lain.

enuf with that, nak cerita post morterm hari raya haji aku hari tu. Entry ni tak bergambar, so mungkin agak boring sikit. Tak per,sebagai kenang2an aku. Well hari khamis hari tu aku masih kerja lagi. Kena berkorban untuk kwn2 yg ada kampung nak balik kampung. Aku yang tak de kampung ni kena kerja back-up diaorg la. Hari khamis tu, aku doa2 harap2 tak petang la... I hope, i can stay in thursday ajer, tanpa melalui hari raya. Boleh gitu? klu ada kuasa ajaib boleh la... Tapi hidup mesti di terus kan!, so balik la rumah ptg tu, dengan ketabahan di hati menghadapi hari2 mendatang... Kahkahakahh.. lawak2... make it fun... dont be sad...

So, laki aku kerja malam, b'4 dia g kerja malam tu, aku da siap prepare barang2 nak masak esok nya. Since no lontong this year, aku rebus nasi himpit segera. No sweat  la... malam tu siap rebus nasi himpit mini. Aku beli 2 paket. 1 paket ada 30 biji, since i can see no want yang nak mkn masakan aku, so aku rebus 1 paket ajer. Kang membazir pulak. Mlm tu aku da sesiap masak kuah kacang jugak. Then pkl 11.30, aku anak beranak off to bed. Laki aku pergi kerja.

Mlm tu tido tak lena, da sebulan pun tido tak lena. So pkl 5.30 aku da bgn, sebab dgr bapak aku da bangun. So aku ckp dgn bapak aku tolong parut kan kelapa. Aku tak berani nak mesin kelapa. Lps subuh terus masak sayur lodeh dgn rendang ayam. Kali ni aku masak 2 ekor ayam ajer. Cukup la, nak hantar rumah yg dekat2 ni kan. Eventho ai think no one want to eat my masakkan, i think this is my tanggungjawap to prepared the dish. No sweat la. So by 7.30 siap semua nya, budak2 pun da bgn, mandi2kan diaorg. And lepak2 je depan tv. Bila laki aku balik around 9.00am, mkn2 then dia tido. Aku dan anak2 tgk tv sambil belajar2 je sikit. Lps tu dlm pkl 12.00 pakcik aku dtg. So chit chat, then dia blah.

Lepas tu kejut laki aku suruh g sembahyang jumaat, sebab aku da tak sabar2 nak balik kampung. hehehehehehe... lps dia balik sembahyang jumaat, aku rasa mcm malas pulak nak balik kampung (bukan malas nak balik, tapi rasa nak balik lps asar lak. So pkl 4 mcm tu, aku siap2 kan budak2 tu, kitaorg pun balik kampung. So aku bungkus kan sesiap lauk utk abang aku. Sampai rumah abng aku, mmmmmm muka semacam, well i guess berita da tersebear la kot. Tak per, tanggung jawap adik kepada abng, hantar je mknan tu. Nak mkn, mkn, tak nak sudah. So balik la rumah mak mertua aku

Hurayyyyyyyy!!!!! lupa sekejap masalah aku... stay sana sampai hari ahah... seronok, tapi kekadang teringat jugak masalah2 sedia ada... tp tak boleh di pikir kan sgt la... lantak situ la kan. Well, kat rumah mertua, mak mertua aku buat lontong. Hurayyyyy!!!! dapat jugak makan lontong this year kan... Nikmatnya... no sweat la.

Sabtu abg ipar aku sekluarga buat kurban, So melapah, memasak la kitaorg... seronok, best nya la hidup harmoni mcm ni kan...mlm tu ada bakar2 sikit, aku tak joint pun, sebab tak ramai pun. ptg tu da start bakar2 da pun.

Ahad tu nak g kenduri rumah makcik aku kat shah alam. Pkl 11 mak mertua aku ajak adik ipar aku g jusco, tapi aku gatal nak ikut sama. Ajak laki aku. Pkll 11.15 baru dia bagi kata persetujuan. Cepat2 siap, terus g JJ bukit tinggi. Jln2 kejap, pkl 1 balik rumah. Siap2 tukar baju, terus g rumah makcik aku kat shah alam.

Sampai shah alam, buat tebal muka ajer. Since aku tak tau saper 'yg da tahu' kes aku. aku tgk semua org ok ajer, termasuk seorang pakcik yang aku confirm 'da tahu'. Syukur sgt2, dia boleh berlagak seprti biasa, tanpa mencapur aduk kan masalah kami. Pakcik yang lain, aku tak sure. So biasala, tanya2 mana parents aku, so aku jawap la aku dr kampung kan.

Then balik rumah, laki aku basuh baju, sidai baju ;-) (bab ni aku suka, laki aku rajin), aku lak kemas baju, brg2 budak (tido kampung 2 hari, baju/brg2 mcm tido seminggu, hahahahahahah), then suruh budak2 tido. Ptg abg aku dtg. Then kakak ipar aku lepak dgn aku. So cerita la masalah kami kat dia. So far, alhamdulillah, dia tak mudah percaya. Cuma abg aku nampak mcm percaya. Tak pe la. One day, one time, Allah will show.

So, kesimpulan nya, i can say "I'VE SERVIVED THE DAY!". heheheheeheh

note: i've discussed the matter with my hub, and we decided to move out. tapi bukan la dalam masa terdekat ni. Insyallah klu ada rezeki. i think its time to move out and live independently. my friend always quote "yang jauh itu wangi, yang dekat itu busuk". pikir2 kan dan selamat beramal.... heheheheeheh







Thursday, November 26, 2009

:: SCHOOL ::


Member aku mazrina, tinggal komen kat entry sebelum ni. Soal nya, DANIA sekolah kat mana tahun depan? Since aku nak menjawap panjang lebar, aku buat entry ni. Thanks to her, sebab bagi idea nak buat entry apa hari ni. Kalau tak, mesti tak de entry.

Well, sejujurnya, aku berniat nak sekolah kan DANIA tahun depan. Since aku ni berangan mcm org kaya, nak sekolah kan anak kat sekolah yang best2 ajer. Malang nya, servey punya servey, yuran kemasukkan sekolah yang best2 tu ajer dan mencecah beratus2 ringgit and even beribu pun ada. Ater nya, sekolah mahal2 je pun yang terima budak 4 tahun ni. Sekolah2 subsidi kerajaan mana nak terima budak 4 tahun ni. Terima budak 5 tahun pun da cukup baik da.

Simple calculation, registration around ratus2, tak tau berapa ratus, letak la dalam RM500-800. Monthly fee dalam RM80-100. Then transportation balik rumah babysitter another RM50-RM80. Then bayar babysitter lagi. Tak bengkong aku laki bini? Da la aku nya status tak confirm2 lagi. Kalau da confirm, boleh aku lenjan duit KWSP. well, tak per, biar dia beranak pinak dulu. Harap2 nya tahun depan boleh kuar, so boleh beranak lagi. Tak sabo nak ngadung balik ni... (apa kaitan ntah)

Sebab tu la korang tengok aku rajin semacam ajer ajar DANIA kan? well, aku kena kerja lebih sikit la, sebab kena ajar dia kan. Tak kan aku nak biar dia tak sekolah, lepas tu tak ajar dia lansung. Nanti dia ketinggalan dari anak2 korang yang da sekolah sejak 3-4 tahun lagi.

Satu lagi sebab aku tak hantar DANIA g sekolah, sebab aku tak sampai hati kat babysitter. Sebab aku ingat bila aku hantar DANIA sekolah, aku akan pilih sekolah yang siap ada day care sekali. So tak payah aku nak bayar byk benda. Bayar day care sekali ajer, let say RM500 kan. Kalau tak, aku kena bayar transportation, kena bayar babysitter sebab DANIA will transit kat rumah dia kan. So perbelanjaan tu double la. Kata la aku hantar DANIA sekolah yang sesiap ada day care, so income untuk babysitter aku akan berkurangan, sebab DANIA da tak dok dengan dia kan? so, aku tak sampai hati la.

So aku pikir, kalau dapat anak lagi sorang, tinggal kan kat rumah babysitter dgn ALISYA, DANIA boleh la sekolah. kalau dia tak duduk kat day care tu pun, dia boleh balik rumah. Da besar kan, boleh jaga diri sendiri. Mak bapak aku pun ada kat rumah tgk2 kan. So tak de la income babysitter aku berkurangan, sebab aku da tambah anak kat dia.

itu la antara sebab kenapa aku tak sekolah kan DANIA tahun depan. Tahun depan DANIA baru 4 tahun pun. Insyallah 5 tahun nanti aku sekolah kan dia. Dan sebab tu jugak la, aku kena rajin ajar dia...









Wednesday, November 25, 2009

:: TEMPAT SIMPANAN ::

Sebelum ni, semua art works DANIA, aku g tampal kat dinding bilik. Seronok gak, sebab bila ALISYA masuk bilik tu, dia akan point out gambar2 tu, sambil merming la. Agaknya dia tanya, ni gambar apa? So aku ckp la, gambar apa yg ditujuk tu kan. Cth elephant ker, watermelon ker kan. Tapi sometimes, tangan dia gatal jugak. Dia bukan sahaja point out gambar tu, tapi dia koyakkan sekali. Budak tu memang lain mcm sikit.

So, click sana clik sini, aku jumpa satu homeshooler punya blog (can't remember la, apa nama blog URL dia), dia simpan artworks anak dia dalam fail plastik. Ohhh.. aku rasa its a great idea la, so boleh tahan lama sikit benda tu kan, tak de la koyak ke haper kan. So aku pun g la servey fail plastik yang biasa kita letak sijil2 kita tu, (aku nya sijil semua simpan dlm fail plastik tu, then senang, hangkut bawak g interview). Tapi fail tu mahal la. Dalam belas2 ringgit. So aku teringat masa kerja company dulu, dia ada beli plastik dia sajer, da siap2 puncher, so kita boleh simpan dalam fail sendiri. So cari punya cari, jumpa kat giant. Murah ajer, 10pcs RM3.49.


Tada!
ini la hasil nya






esok2 kalau da banyak artworks DANIA atau aku ada duit lebih, aku akan asing2 kan fail ikut subject, cth, shapes, colors, numbers etcs. Sekarang ni aku dumb semua dalam 1 fail.

notes: masih mencari color printer... klu la kerja company lama, da lama aku lenjan printer tu!







:: LETS TRY THIS OUT ::

Saper2 yang nak try, apa yang DANIA da pernah buat so far, boleh la rujuk kat link2 yang aku da bagi kat entry ini. Saper yang rajin, boleh la explore to get more excersice worksheet utk anak korang.


belajar tulis huruf A
so far tak pandai tulis lagi without tracing the dotted line

see? herot2,
gasak la
janji ada kemahuan
seronok dia dapat main magic pen


click HERE to try out this worksheet

budak kecik ni menyibuk
bila nampak camera je,
terus angkat tgn

F for frog




clik HERE to try this out


dan lagi
gambar budak ini


click HERE to try this out
yang ni pulak,  learn colors & numbers
color by number
setiap ruangan tu da ditulis no.
so color ikut no tu


click HERE to try this out

every nite dapat 2-3 sheet jadi la kan? memupuk semangat nak belajar.







Tuesday, November 24, 2009

:: JALAN-JALAN CARI PASAL ::

Jumaat lepas g teman sorang kawan aku yang nak bertunang 12 dis ni. At 1st, tak de plan pun nak kuar, tapi tetiba  kena kuar gak, kan fiqah kan? *kenyit mata*

so misi utama mencari baju dan bag. Masa ni duit tak dak lagi, so kita servey2 je dulu. Nanti gaji, boleh terus ambik. Seronoknya dapat keluar jalan2. Da lama tak keluar jalan. Selalu jumaat aku dok opis ajer. Kali ni dapat keluar, seronok betul. Tapi tak seronok sebab duit tak dak. Dapat teman member shopping pun da seronok da, kalau dpt shopping utk diri sendiri lagi seronok kan?

ni la bakal tunang org tu
tengah cari baju
kain ni lawa, tapi syg da habis
tak cukup utk baju dia


ni pun lawa gak
dan memang yg ni pun yg dia ambik
mahal
semeter seratus lebih
idok la makcik beli
tak per2, bakal raja sehari kan?
beli je, asal ada duit



ni lak, singgah butik guess
bag ni cantik
aku suka, dia suka
harga RM3++
lawa kan?
ada 2 warna
cream


aku rasa matching2 dgn dia
tak besar sgt dan tak kecik sgt

ni warna kelabu
korang rasa mana cun?
kelabu ke cream?
aku suka cream


matching purse
yg kelabu tu small purse
yang cream tu medium purse
tapi yg kelabu tu comel jer


 ni versi yg besar
aku sgttttttttttttttttttttttttttttttt suka
ni matching2 dgn aku kan?
RM499
tapi utk hantaran, yg ni tak sesuai kot
tapi lawa gak kan?
klu dia tak kisah, boleh ajer
hantaran kita, terpulang kita la kan
tapi klu beli yg kecik dgn wallet td baru RM5++
tapi klu beli bag ni tambah wallet, da jadi RM7++
baik go for bag yg kecik td tu ajer


ni clutch
klu g dinner2
boleh bawak ni
tp org mcm kita2 ni
g dinner mana ajer la
kena sedar diri gak dlm membeli ni kan?
so, this one not practical
beli benda yang practical yer, yg boleh dipakai selalu


ni partner in crime
sedang mencuba tudung ct
warna tudung ni matching dgn kain yg td member aku pilih tu
mahal tudung ni
RM100.00
member aku tak ambik pun
dia nak cari yang lain dulu


tu je la. best nya org nak kawin. Best sebab boleh shopping2... seronok nya... dia yg nak kawin, aku lak yg hover. Fiqah, ko da cari kasut belum?







:: TO THOSE WHO CONCERN ::

Kepada sesiapa yang berkenaan,

Last few week, sedang enak kami menjamu selera di rumah, tetiba laki aku dapat call. Tetiba aku dgr laki aku cakap "ha'ah, kat rumah. Nanti saya call balik". Ewah! sejak bila laki aku bersaya2 ni. Laki aku bersaya2 dgn aku ajer, apa ke jadah bersaya2 dengan kawan ni. Ni yang buat aku mushkil ni. Tak per, jangan serang melulu. Relax... So bila dia sambung makan, dia cakap dengan aku:-

eceh... entah apa2 kata nya...  Aku confirm sipolan tu mesti perempuan. Tak de makna nya kawan lelaki nak tgk gambar kawin kawan lelaki nya. Pelik je bunyinya kan?.
Suami: mummy de masuk kan gambar kawin kat blog tak?
Isteri: tak de, knp?
Suami: kawan daddy nak tengok
Isteri: apa ke jadah kawan awak nak tengok gambar kawin kita ni daddy? mushkil mummy
Suami: ntah la, ntah apa2 kan?


So, to those who concern tu, aku da add gambar kawin aku kat sini. Buat slide show ajer. I know u read my blog. Laki aku gak yg bg blog URL nya ni. Walau saper pun awak, selamat berkenalan. Kalau takat nak tengok2 gambar, apa salah nya, saya tak kisah. Jangan pulak awak hantar yang bukan2 atau gunakan gambar kami utk tujuan yang tak baik. Zaman sekarang ni, macam2 orang sanggup buat kan. Tak pe la, kita bersangka baik je la. Insyallah.

Kalau awak belum berkawin, kami doakan agar awak mendapat pasangan yang baik. Kalau awak sudah berkawin, peliharala hubungan suami isteri itu. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Kalau awak ada niat utk menganggu gugat (KALAU yer, kalau tak ada, saya minta maaf) hubungan kami suami isteri, harap dihentikan la. Biarkan la kami hidup aman bahagia. Kalau setakat nak call2 ajer, boleh apa salahnya. Asalkan tahu batas2nya, dia tu laki orang. heheheheheheh. So far aku memang tak pernah check hp dia, saper dia call, saper dia sms, sebab dia pun tak pernah usik hp aku kan. Tapi kalau aku tgk2 gaya lain mcm ajer, memang aku sport check habis2an la.

Apa pun, sebelum kita membuat apa2 tindakan/hubungan, pikir baik buruk dan kesan nya. Put ur self in her shoes. Kalau kita kat tmpt dia, apa perasaan kita kan.

Laki korang tak de kena kacau ker? ke laki aku comel sngat? hahahahahahah (perasan!)






Monday, November 23, 2009

:: PAINTBALL ::

Sabtu lepas g main piantball dgn budak2 Pejabat Benda****. Ni kak aja la ajak ni, tapi last2 dia tak joint. Apa da... Da lama tak bersukan, habis sakit paha2 aku, muscle pecah. Aku ingat aku sorang ajer, si alif ni pun sama. Padan muka aku!

Main kat atas bukit padang kawat tu ajer. Kecik ajer, medan perang nya, Pokok kelapa sawit pun kecik2, nak menyorok tak dapat. Hahahahah, tak sempat naik bukit da kena tembak. Sakit gak la kena biji tu.

Meh la, layan gambar ajer, tak sempat la nak story mory

tuan punya blog


dan lagi


dan lagi, bersama alif


dan lagi


bersama group
beriyer mintak tukar group
sebab tak nak sama dgn tut*
tup2 dia tak dtg pulak
cit!
da tukar group
kalah pulak tu
cit!


tuan punya blog, in action


dan lagi


aku bawak pemain simpanan samapi 3 orang
hahahahah
penyokong kuat
dania: mummy, lari mummy!
alisya: huh!huh! (suara ajer)


Terpaksa angkut pemain simpanan, sebab dania tak bagi aku keluar rumah. Bila da sampai, dia tak bg aku turun, so last2 kena hangkut dia turun. Then laki aku malas nak patah balik patah balik, so stay la kat situ sampai pkl 1. Sori kwn2, bwk back-up, lain kali tak buat lagi. Terpaksa la, babysitter diaorg ada kenduri, so tak leh nak tinggal diaorg. Next time, ajak lagi yer. Insyallah aku joint. Tak puas menembak.. overall, we have so much fun!

note: gambar lain, aku akan upload kat facebook.







Friday, November 20, 2009

:: PENGENALAN KEPADA GAM & GUNTING ::

Dania teringin sangat nak pegang gunting dengan gam. So kelmarin aku jumpa la worksheet yang boleh digunting. So aku bagi chance dia main gunting dengan tampal2, seronok dia. jom layan gambar

worksheet 1 2 3


potong 2 bahagian
yang sebelah atas bg dia gunting
sebelah bawah, reference untuk dia tampal no2 tu nanti

opps!!
budak kecik ni menyibuk sama
dia ni poser
menyampah aku...

gunting, jangan tak gunting
be careful yer, watch-out ur kid while she doing this
kang ada yang tergunting
melalak2 pulak



senget benget
tak per, 1st time
just for fun ajer

lepas tu
suruh la dia color nombor2 tu
ada color, baru cantik


then suruh dia tampal kat kertas lagi satu
kat situ ada nombor
so mintak dia tampal ikut nombor yang sama
ni nama nya main macthing2 gambar


sambil main potong tampal
boleh gak belajar nombor



tada!!!
da siap
no 1-5

sekarang cont no 6-10
klu korang perasan, part yg bawah utk ditampal tu ada nombor
untuk di tampal nanti
so budak2 tgk mana no yang sama
then dia tampal
ada gak worksheet yang sama
tapi bawah tak de nombor
kosong ajer
besok klu anak aku da master nombor
boleh la guna yg tu
so suruh dia tampal ikut sequence

seronok dia main gunting
tapi gunting ni besar, saiz aku
kena cari yg kecik
saiz dia

tampal





tada!
da siap

.
.
.
while we were doing this, ada helper yang membantu lipat kain
thank you dd, we luv u so much!

he might not able to help me in homeschooling
sebab dia tak suka rumah sepah2
tapi dia mungkin boleh tlg part lain
contohnya lipat kain
so apa yang penting?
KERJASAMA!
(wonder pets)
hehehehehe
.
.
.
so ada sesaper yang berminat nak try this out? clik SINI untuk yang sesiap ada jawapan. Untuk budak yang da master 1 2 3, boleh try yang INI , ni tak de jawapan, suruh dia tampal ikut sequence yer. Untuk lain2 aktiviti CUT & PASTE, boleh clik kat SINI. So weekend ni boleh la korang main tampal2 dgn anak korang.

Have a great weekends mommies!