Pages

Friday, January 17, 2014

:: SELAMAT TAHUN BARU ::

Happy new year 2014.... fuhhhhh lama giler tak update blog, setahunnnnn. Berapa kali da tukar hp, setiap kali tukar hp, mesti download blogger application. Tapi tak update2. Dulu tak update, tapi still baca blog orang. Ni, update pun tidak, baca blog orang lain pun tidak. Giler sibuk aku sekarang.

Sekarang tengah hot citer ni kan? Hari tu aku g cari kat MPH kat SACC, tak jumpa. Lepas tu aku g beli online kat karyaseni. Da seminggu tak sampai2 jugak. Tension aku tengok cerita ni, geram punya pasal aku g popular hari ni. Nasib baik ada. Sok kalau yang beli online sampai, aku jual.

Ok, tu je nak cerita. Tak reti da nak cerita panjang2. kalau rajin aku update lagi, kalau tak tunggu la setahun lagi yer...

Thursday, December 27, 2012

:: MY BABY GIRL ::

Is not a baby anymore. Hari orentasi tahun 1, SRAI Seksyen 7.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 12, 2012

:: DATO VC ::

Created with PhotoShake iPad



Thanks HEP, sebab kalau tak kerana aku bekerja untuk HEP, aku tak dapat ambik gambar dengan Dato' VC. Ni tahun kedua penganjuran Jamuan Hari Raya HEP bersama Dato' VC. Kalau tahun lepas, kitaorang dapat hadiah untuk gerai paling sporting, tahun ni aku berpeluang untuk terima cenderahati dari Dato' VC. Walaupun ini, event HEP, tapi HEP tak pernah lupa untuk invite Bahagian Kewangan untuk turut serta dalam semua event-event dia. Giler tak jemput, habis, saper nanti nak proses bayaran-bayaran dia??? Hahahahaha, atleast diaorang hargai la kitaorang yang kat Bahagian Kewangan ni. Nak harap department sendiri, memang idak lak, sebab asyik keje keje keje...
Sekian, tak de penutup.

Saturday, October 6, 2012

:: RECAP SEPTEMBER - ERYNA TURN 2 YO ::

Created with PhotoShake iPad



My no 3 turn two last september... Mmm..... kejap je da 2 tahun.. Dulu kakak-kakak dia, bila ngam 2 tahun je da ada adik, ni dia tak beradik lagi... Ish.... Lepas tu apa yang ketara sekarang, bila dokong dia, berat giler. Bukan la sebab dia tu besar sangat, tapi dulu, bila kakak-kakak dia masuk 2 tahun je, aku tengah sarat ngadung, so tak berapa nak dokong-dokong sangat. Ni bila tak ngandong, dokong dia, ishhhh terasa la beratnya...

Ini budak banyak cheeky.... Kadang aku rasa macam nak tampar-tampar dia, sebab geram... Macam nak tumbuk pun ada, sebab geram, kenapa la ko gediks sangat kan... Kalau melawo nombor satu. Pagi-pagi, lepas mandi mesti nak pakai mekap... Pandai la cakap sikit-sikit, pelat-pelat. Masih breastfeed malam-malam... Kejap-kejap je la, bagi lepas gian dia kan... Susu pun da tak banyak sangat. Kuat makan, pagi-pagi cari nasi. Antara 3 anak aku, yang ni paling ringan masa lahir, tapi sekarang, dia yang paling semangat.

Kalau alisya, nak tido mesti ada bantal busuk dia nak gentel-gentel bucu bantal tu, Eryna pulak, cari puting aku gentel-gentel... Ish, rimas betul... Kalau merajuk, nombor satu, hahahahahaha... Budak ni memang lawak, rasa nak bagi penyepak je sekali... Geram aku... Hahahahahaha

Ok la, semoga jadi anak yang solehah, taat pada suruhan agama, hormat ibu bapa dan orang tua, membesar dengan sihat dan sempurna, insyallah... Ameeennnn...

Sunday, August 26, 2012

:: THE GEDIKS DUO ::

Created with PhotoShake iPad


Foto gediks kami berdua. Ni semua kerja laki aku, dia yang beriyer nak berrgambar bagai macam ni, layan kan ajer....

Laki aku, bab baju raya memang gediks terlebih. Baju raya tahun ni, paling awal aku siap kan, siap in term of beli kain semua la, tapi siapnya kain menajdi baju, masa bulan puasa jugak. Color code, choosen by en suami (eh, tiap tahun pun dia yg pilih, aku ikut aker), material kain je aku yg pilih. Mine is chiffon, lining with satin, anak aku apa ntah, tapi kain sulam macam orang dulu-dulu la... Suami aku punya kain jugak paling murah... RM12 semeter.... Tak per, dia bukan Pakai selalu pun, biar pakai yg murah-murah ajer... Hahahaha...

Bertuah la baju raya tahun ni, sebab siap menang baju raya terbaik/tercantik sekeluarga untuk majlis jamuan raya family sebelah suami aku... Sakan kan? Padahal kain plain ajer. Ni yg excited nak prapare baju raya tahun depan ni.. Eh?ganti puasa pun belum, da berangan nak cari color code...